Kalau di negeri Kelantan atau Terengganu,musim tengkujuh adalah kebiasaaan pada bulan 11 atau 12 dan kadang kala terjadi pada bulan 1 tahun berikutnya.Kelantan mempunyai banyak dataran rendah dan Terengganu adalah berhampiran pantai dan air pasang besar akan memungkinkan banjir terjadi.
Temerloh ,Maran dan beberapa daerah lagi di Pahang telah mengalami banjir besar sehingga ke bumbung dan negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai hutan atau kawasan hijau yang paling besar di Malaysia.Temerloh melalui gambar yang tersiar di laman sosial keadaan banjirnya seperti Kota Tinggi yang di landa banjir pada beberapa tahun yang lepas.
Banjir terjadi disebabkan ketumpatan air hujan dalam sesaat atau sejam adalah tinggi.Taburan hujan yang biasa di negara ini adlah di antara 200 mm/hr ke 250 mm/hr.Mungkin kadar ketumpatan hujan melebihi dari kadar biasa dan berlaku selama berhari-hari lamanya.
Kedua keadaan air larian permukaan yang banyak.Hujan yang lebat akan menghempaskan satu daya graviti yang tinggi ketanah dan permukaan tanah menjadi tidak stabil dan dengan kelajuan yang tinggi dari kawasan berbukit membawa segala kelodak dan pasir menuruni sungai2 dan seterunya ke sungai2 kecil dan tidak sungai2 ini tidak boleh menampung kapasiti air yang banyak lalu melimpah lah air di luar sungai hingga boleh menengelam kawasan2 tanah rendah yang berhampiran dengan sungai2 tersebut.
Ketiga ,mungkin pada masa tersebut air pasang besar atau 'king tide' sedang berlaku di mana air dari sungai tidak dapat memasuki laut atau kapasiti yang sedikit memasuki laut.Air pasang besar boleh berlaku berhari2 lamanya dan ini memungkin banjir tidak gerak akan berlaku di kawasan rendah.
Pengondolan hutan untuk pembangunan.Kajian,penyelidikan dan siasatan hendaklah di jalan dengan lebih terperinci terhadap pembukaan hutan kerana setiap pengondolan hutan untuk pembangunan telah di semak oleh kerajaan melaui Lapuran Alam Sekitar(EIA) tapi cara meluluskan lapuran ini memerlukan pembaikan.Lapuran hendaklah di siarkan kepada umum selama 1 bulan sebelum pendengaran awam di lakukan.Kaedah 'present and judge' di mana para judge terdiri daripada semua golongan,ahli politik,NGO,penduduk,pakar kejuruteraan dari universiti2 yang akan menilai dan memberi kelulusan segera selepas pembentangan berakhir.Bukan satu badan sahaja yang memberi kelulusan seperti sekarang,mungkin.Kadangkala mungkin tidak menuduh Lapuran tersebut adalah copy cat dari projek yang lain cuma tukar tajuk,luas kawasan dan detail2 yang mudah sahaja.Kekadang lapuran tidak tele dengan kawasan yang di lapurkan.
Apa yang terjadi di Air Terjun Tanjung Batu di Segari,Manjung,Perak Darul Ridzuan yang dulu kawasan menghijau dengan hutan2 dan air terjun menjadi tarikan untuk bermandi-manda sekarang musnah di sebabkan kerja2 pembersihan hutan untuk projek kuari di kawasan HUTAN KEKAL?.Bagaimana kawasan simpanan hutan kekal boleh di beri kelulusan untuk projek yang berisiko tinggi dari segi pencemaran dan berimpak tinggi dari segi alam sekitar.Nampak macam sesuatu tidak kena dengan kelulusan ini.
Untuk mengelakan banjir atau air larian permukaan bertambah tinggi apabila hujan,kekalkan kawasan hijau semaksima yang mungkin,ban2 di tepi2 sungai hendaklah di tinggikan dan kalau boleh di tanam dengan pokok2 untuk mengelakan hakisan.Sungai 2 dan parit2 utama hendaklah di bersihkan sebelum musim ketujuh tiba dan kajian di lapangan hendaklah di jalankan untuk menentukan sebab sebenar banjir berlaku.
Adakah ketumpatan air hujan yang tinggi dari biasa atau air larian permukaan yang sangat tinggi atau masa berlaku adalah sama dengan air laut pasang besar.Model atau 'live flood mapping' hendaklah di bangunkan untuk meramal kawasan2 terjadinya banjir,langkah menyelamat dapat di beritahu lebih awal dan segala aset dapat di kerahkan secepat yang mungkin.Mungkin boleh di bangunkan umpama amaran tsunami yang telah di bangunkan oleh negara Jepun dan negara2 maju yang lain.
Model ini boleh di gunakan di seluruh negara memandangkan data2 hujan dan yang berkaitan dengan pengairan dan saliran telah lengkap di dalam MASMA 2010 dan model dalam bentuk digital hendaklah di bangunkan untuk kemudahan semua.Inshallah
2.BANJIR TERMENUNG
Setiap kali hujan lebat terhadilah bamjir di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai tetapi air akan surut selepas beberapa letika atau jam dan kawasan rumah boleh di bersihkan dan kalau penduduk dipindahkan boleh balik mencuch rumah.
Ini tidak banjir tal surut selama beberapa hari dan keadaan tinggi air adalah sama seolah2 terendam di dalam kawasan tersebut dan itulah banjir termenung namanya.Sebab2 banjir termenung boleh berlaku
1.kawasan tersebut umpama valley atau kolam yang mane tanah di sekeliling adalah tinggi dan apabila banjir air tidak bole keluar di sebabkan sistem pengairannya tidak sempurna atau tersumbat atau tidak diselenggara dengan baik
2.keadaan struktur tanah yang senang tepu apabila hujan kadar resapan adalah rendah dan air amat mudah bertakung
3.berdekatan dengan pantai yang mane air laut pasang akan menyebabkan air tidak boleh menemui jalan keluar dan air akan bergerak selama beberapa hari
Air yang bertakung selama beberapa hari akan menjadi busuk dan juga berpenyakit dan amat merbahaya dari segi kesihatan.Mungkin telah ade penyelesaian secara am dan penyelesaian secara konkrit adalah mengikut kes iaitu satu kajian yang lebih mendalam perlu di lakukan di kawasan tersebut dan libatkan juga student dari universiti tempatan untuk sama2 membuat kajian tersebut dan kalau boleh pengumpulan data secara digital dan mapping hendaklah dilakukan supaya satu model atau moddeling kawasan tersebut dapat di hasilkan dan juga menjadi rujukan untuk kawasan2 yang seumpamanya berlaku lagi banjir termenung.
Selain dari cadangan struktur binaan atau hidrolik di bina di kawasan tersebut untuk menghalang terjadinya banjir termenung dan juga langkah2 jangkapendek dan juga langkah jangka panjang kalau terjadi juga banjir termenung ini supaya bantuan dapat di salurkan segera di kawasan terbabit.
3.BALAI BOMBA PUN BANJIR
Semalam di salah sebuah daerah di Sabah,sebuah balai Bomba di tenggelami air semasa banjir berlaku di sana,Sepatutnya tugas menyelamat mangsa banjir dapat di cepatkan lagi jikalau tempat atau tapak balai Bomba tersebut pada pada ketinggian yang betul.Masa yang di peruntukan untuk memindahkan aset-aset ketempat yang selamat dapat di gunakan untuk menyelamat mangsa2 yang lebih memerlukan,
Tapak2 perkhidmatan penting seperti sekolah,dewan,balai polis,bangunan kerajaan,kem2 tentera termasuk bomba harus lah terletak di kawasan yang paling selamat dari bencana seperti hujan lebat,angin taufan,banjir dan lain2 bencana kerna ini lah talian hayat dan pasukan penyelamat yang akan menyelamatkan mangsa2 apabila terjadinya bencana dan kalaulah temapat ini tidak selamat macamna hendak selamatkan mangsa,
Sebelum sesuatu perancangan untuk membina bangunan atau di peringkat merancang,kedudukam tapak dan kesesuaian tapak hendaklah di ambil kira oleh para arkitek dan perancangan bandar.Dalam hal ini yang berkaitan dengan banjir ,aras banjir yang tertinggi sekali bagi kawasan tersebut hendaklah di perolehi dari Jabatan yang berkaitan.Pihak Jabatan Parit dan Saliran mempunyai data-data tentang banjir bagi kawasan tersebut dan juga kedudukan longkang besar atau sungai untuk mengalirkan air atau air tidak akan tersekat apabila hujan lebat dan sebagai dan kalau tanah terhad .aras bangunan hendaklah di tinggi ke paras yang melebihi aras banjir tertibggi dengan cara menambak aras tanah yang sedia ada.
Sekarang telah di wajibkan kolam takungan MASMA dan SPAH untuk mengelakan banjir kilat terjadi di sesuatu kawasan dan kalaulah bangunan tersebut adalah bangunan lama di syorkan membina satu kolam takungan MASMA yang baru untuk mengatasi masaalah banjir ini,
Seringkali terjadi ,bangunan2 stategik kerajaan berada ataupun di bina di kawasan yang berpaya dan rendah.Seperti contoh perunahab rumah murah dahulu,seringkali kawasanya adalah di tempat yang rendah dan berpaya dan tambakan dan kerja-kerja cerucuk tidak dijalankan untuk asas yang menyebabkan keretakan terjadi apabila telah diduduki dab juga sering kali masaalah banjir berlaku kerana kedudukan tanah ini mestilah berhampiran dengan tebing sungai.
Sekarang apa yang terjadi di bandar2 adalah tanah2 yang di sediakan oleh pihak pemaju untuk mendirikan masjid atau suarau bagi sesuatu taman.Pihak pemaju memberi tanah kosong shaja yang tidak di sediakan infra dan kadang-kadang keadaan tanah adalah di lembah atau bercerun-cerun.Di cadangkan di masa hadapan sebelum tanah tersebut di serahkan kepada pihak berkuasa agama,pemaju hendaklah memastikan keadaan infranya telah di bina seperti tanah telah di tambak dan diratakan,tebinh telah di bina tembok penahan,keadaan longkang yang sempurna dan sebagainya.Pihak berkuasa majlis tempat harus meluluskan dan memastikan tapak tersebut sempurna sebelum di serahkan kepada pihak berkuasa agama.
Bukan apa,pembinaan masjid dan surau adalah di biayai oleh derma dari orang ramai.Orang ramai terpaksa membayar tapak yang belum dalam keadaan sempurna apabila di ambil alih.Peruntukan undang-undang telah ada dan kalu belum ada hendaklah di buat seberapa segera kerana derma dari orang ramai boleh di buat perkara-perkara lain yang lebih afdal dan itu adalah tanggungjawab pemaju di bawah program CSR.
Didoakan mangsa banjir tabah menghadapi dugaan di bulan Syawal yang mulia ini dan juga di musim pendamik ini tentulah amat sukar sekali dan walauapa pun SOP hendaklah di jaga,Pastika dewan dan sekolah tempat berteduh tidak di tenggelami air juga.Sama2lah kita berdoa,amiin ya rabul alamin,
4.BANDAU MELAKA BANJIR
30 tahun negeri Melaka pernah di kejutkan dengan krisis air.Tiba2 semalam sekali lagi di kejutkan dengan banjir kilat yang melanda kawasan daerah Melaka Tengah.Sehingga ke saat ini lebih 500 orang telah di pindahkan ke kawasan PPB.
Menurut salah seorang Adun yang juga bekas ketua menteri ,kolam takungan yang sedia ada hanya berkeluasan 9 hektar sahaja yang mana kolam takungan ini tidak mampu untuk menakung air dan melimpah kekawasan sekitar yang rendah.
Kolam takungan yang di perlukan adalah 60 ekar dengan kos pembinaan 350 juta amat di perlukan untuk menakung air serta menahan air apabila hujan lebat berterusan.
Kolam takungan adalah kolam yang di rekabentuk untuk mrnyalurkan air permukaan dari segenap kawasan sebelum di lepaskan kesungai.Kini dengan adanya MASMA 2012 setiap pembangunan baru baik yang berskala besar,kecil,bangunan sesebuah di wajibkan untyk menyediakan kolam takungan sendiri mengikut garispanduan MASMA dan menjadi salah satu syarat kelulusan bangunan dan pengeluaran CCC.
Masyarakat yang tidak berpengrtahuan teknikal menganggap syarat untuk membina kolam takungan adalah menambahkan kos membina rumah atau bangunan dan ramai yang bertanya boleh kah kolam ini di ubah penggunaannya ataupun diubahsuai apabila pengeluaran CCC telah di buat.
Kolam takungan yang di bina adalah terbahagi kepada 2 jenis iaitu yang jenis bawah tanah(underground) dan jenis yang di atas tanah(on the ground).Dan terbahagi kepada berpusat(centre) atau secara individu.Biasanya untuk untuk pembangunan berskala besar seperti kawasan perumahan,perindustrian,jenis kolam takungan sepusat akan di bina dan untuk bangunan sesebuah ,jenis individu akan di bina.Semua keperluan dari peringkat rekabentuk sehingga ke peringkat pembinaan telah pun ada garispanduan yang wajib diikuti.
Satu lagi instrumen yang di gunakan untuk mengawal air lebihan permukaan dari memasuki ke longkang2 utama di dalam masa yang singkat yang boleh menyebabkan banjir kilat adalah SPAH{sistem penguraian air hujan).Air hujan dari bumbung akan di alirkan atau di tahan di dalam sebuah tangki SPAH yang di rekebentuk khas.Air takungan air atau ait tangki ini boleh di gunakan semula sebagai air untuk basuhan dan penyiraman kepada tanaman2 dan jika hendak di gunakan sebagai air domestik ai perlulah di rawat dahulu sebelum di gunakan.
Berbalik semula kepada kejadian banjir di Melaka,TAPS adalah di perlukan di mana ia adalah dwi fungsi iaitu sebagai kolam takungan dan juga sebagai kolam takungan untuk bekalan air tambahan kepada LRA apabila ia mengalami kerosakan ataupun sungai mengalami pencemaran atau empangan mini di bina di kawasan -kawasan kritikal selain untuk sebagai tebatan banjir ia juga boleh di gunakan sebagai salah satu sumber bekalan air mentah di mana Melaka pernah mengalami krisis air dan juga deposit air yang sangat berkurang ataupun di bawah paras kebangsaan.
Dengan sumber kewangan yang terhad,pembinaan struktur kolam takungan yang mempunyai dwi fungsi adalah lebih berkesan dan berguna di masa hadapan.Inshallah
- membaikpulih sistem sungai dan peparitan yang sedia ade
- membina emapangan
- membina kolam takungan
- melencongkan sungai
- membina ban di tepi sungai
- membina rumah pam
unutk mengurangkan banjir yang kerap berlaku di sesuatu kawasan atau penempatan.Kg Paya Jaras Hilir adalah terletak di dalam kawasan Lembangan Sg Buluh yangberkeluasan 451.926 km 2.Mengikut peta hazard banjir yang di buat oleh JPS,kg2 ynag berdekatan akan mengalami kenaikan air di antara 500 mm dan 1200 mm,malah kadang kala melebihi dari 1200 mm apabila hujan turun dengan lebat.
Renteten dari peta hazard tersebut,kerajaan mengambil usaha untuk membaikpulih dan membesarkan Sg.Kedondong yang melalui beberapa seperti Kg.Paya Jaras Dalam,Hulu dan Hilir.Projek yang telah di mulakan pada 2 tahun lepas menghadapi rintangan terharap rumah-rumah yang di bina di atas rezab JPS.Pada 18 Sept 2019,sebanyak 55 rumah atau sebahagian rumah telah di rubuhkan dan mendapat tentangan dari penduduk,NGO dan parti politik.
Projek pelebaran sungai sepanjang 1.15 km berharga RM 5.93 juta dan dimulakan pada tahun 2015 dan di jangka siap pada tahun 2017 tetapi telah tertangguh oleh masalah di atas.
CADANGAN OLEH PENULIS:
- pihak parti politik dan NGO hendaklah di berikan notis pemberitahuan di dalam TV atau surat kabar tentang niat kerajaan
- pihak kerajaan perlu membuat penyelesaian secara kejuruteraan seperti membina kolam tangkungan di hulu sungai dan membuat tunnel seperti 'smart tunnnel; dan aliran limpah akan melalui terowong ini dan di alirkan di bahagian hilir sungai,kos tinggi mungkin
- kalau betul penempatan asing,pihak Kastam harus bertindak dan umumkan kajian tersebut dalam suratkhabar dan lain-lain media untuk pihak lain mengetahui keadaan sebenar
- ade yang mendakwa telah ade geran tetap,penyelesaian kejuruteran adelah membina rumah pam di hulu sungai dan pam air lebihan melalui terusan buatan ke hilir sungai
- membina lebih banyak 'sub soil drainage' secara sistem tulang ikan untuk menyalirkan dan merendahkan air di kawasan terbabit,aliran air di alihkan kekawasan anak sungai yang lain
- pihak -pihak konsultant yang pakar dalam bidang hidrolik dan saliran di ajak duduk bersam-sama untuk mencari kaedah yang sesuai dan murah dan keputusan tersebut boleh di bincangkan dengan NGO dan parti politik kalu melibatkan penempatan
- jangan bergantung pada satu kajian ssaja,lakukan banyak kajian melibat pihak konsultant luar.
- 'kajian impak sosial' hendaklah di jalankan jikalau penempatan ini di robohkan atau tidak dirobohkan.
Semalam hujan lebat dari pukul 2 hingga ke ptg,dengan taburan hujan yang tinggi,banjir kilat di beberapa kawasan telah berlaku dan yang paling teruk adalah di kg baru.DmSydah lama tidak mendengar banjir kilat di KL sejak Terowong Smart di gunakan.
Tidak berfungsi,?
Terowong sepanjang 9.7 km di bina bertujuan
- Untuk penyuraian traffik
- Untuk mengelakan banjir
- 3 mode
- Mode ringan- kawasan bawah sekali mengalirkan air
- Mode pertengahan- 2 tingkat untuk pengaliran ait
- Mode tinggi-semua ruang untuk penyaluran air
- Bila terowong smart telah selesaikan masaalah banjir,sungai dan longkang tidak di bersihkan secara berkala
- Semua kawasan hijau di konkrit dan di turap
- Pembangunan yang melampau di tebing sungai
- Longkang2 tidak di naiktaraf seiring dengan pembangunan
- OSD mesti di kuatkuasakan dengan lebih luas di KL
- Sistem amaran awal banjir di Terowong smart hendaklah di perkemaskan laggi
- Ini adalah amaran awal tidak berapa serius
- Kalau terjadi seperti hujan tahun 1970 an iaitu banjir besar,tiada persediaan
Masaalah gangguan bekalan air sering terjadi di mana-mana di seluruh dunia.Di Malaysia gangguan bekalan air juga sering berlaku pada setiap masa dan jam.Banyak sebab dan faktor yang menyebabkan gangguan bekalan.Sebab utama adlah selalunya di sebabkan oleh paip lama yang seringkali pecah dan gangguan air berlaku.Sebab kedua adalah pencemaran air di sungai-sungai yang membekalkan air dan menyebabkan LRA terhenti buat dan gangguan air akan berlaku selama berhari-hari.
Keadaan yang ketiga adalah kekurangan air akibat dari musim panas atau kemarau yang berpanjangan.Dengan kadar hujan yang turun berkurangan,seringkali gangguan bekalan air terjadi di musim.Selalunya musim panas ini akan berlaku di bulan Januari,Febuari dan Mac dan kadangkala boleh berlanjutan hingga ke bulan April dan Mei pada setiap tahun.
Banyak altenatif dan usaha di lakukan untuk mengelakan gangguan air ini .Antara usaha yang terbahru yang di lakukan dengan aktif di Malaysia adalah dengan membina TAPS untuk takungan air di pinggiran sungai .Apa dia TAPS itu?
TAPS adalah satu bentuk atau kaedah pengumpulan air sungai yang berlebihan apabila hujan turun dengan lebat dan paras air sungai menjadi tinggi.Lebihan air sungai akan di alirkan kedalam kolam takungan ini sebagai kolam sokongan dan di hubungkan keLRA untuk diproses menjadi air di rawat.Jikalau air sungai menjadi tercemar ataupun kurang di sebabkan musim kemarau,air mentah dari TAPS ini akan di alirkan ke LRA dan tiadanya gangguan bekalan air sebelum ini.TAPS ini di rekabentuk untuk menampung bekalan air dalam kuantiti yang telah di tetapkan .Biasanya kolam takungan ini di bina di kawasan hiliran sungai.
Selangor telah melangkah dengan melabur berjuta2 ringgit untuk membina kolam TAPS ini demi untuk mengelakan gangguan bekalan air dan juga untuk meningkatkan rezab air kepada 15% di masa hadapan.Kebanyakan negeri di Malaysia mengalami kekurangan rezab air di musim hujan dan akan menjadi lebih parah lagi pada musim kemarau.Terdapat 6 atau 7 negeri mengalami kkekurangan rezab air terawat disebabkan banyak faktor,Faktor terbesar adalah di sebabkan oleh air tanpa pulangan yang tinggi di negeri-negeri berkenaan.
Kolam TAPS di Sg Rasau menggunakan kolam -kolam atau kolam lombong yang tinggal .Terdapat 9 lombong dengan keluasan 489 hektar telah di cadangkan untuk menempatkan kolam takungan ini.Tempoh pembinaanya adalah di antara 2 hingga ke 3 tahun.Projek ini terdiri daripada beberapa fasa yang kesemuanya akan membekalkan .Jumlah bekalan air mentah yang akan di bekalkan adalah berjumlah 2100 JLH yang boleh di menafaatkan kepada lebih 500,000 pengguna di Lembah Kelang.
Langkah Selangor ini boleh di ikuti oleh negeri2 lain yang mengalami kekurangan rezab air dan juga sering mengalami gangguan bekalan air.Dengan adanya innovasi kolam TAPS ini di harapkan dapat menyelesaikan masaalah bekalan air di setiap negeri dan juga ura2 kerajaan untuk mengujudkan Grid Air Nasional di Malayia bertujuan untuk bekalan air yang lebih mampan dan berterusan tanpa mengalami gangguan atau kekurangan.Inshallah
6.KAJIAN STRUKTUR KAWALAN BANJIR
KAJIAN TERHADAP STRUKTUR BAGI MENGAWAL HAKISAN DAN BANJIR DI TEPI SUNGAI KELANTAN. Seow Ta Wee 1 Roslin Binti Ariffin 2 Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan University Of Tun Hussein Onn Malaysia. tawee@uthm.com 1 cp080006@uthm.com 2 ABSTRAK Fenomena banjir dan hakisan merupakan bencana alam yang berlaku hampir setiap tahun di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Kelantan, taburan hujan pada bulan November hingga Januari meningkat sehingga 1750mm. Keadaan ini menyebabkan masalah banjir berlaku dan kadar hakisan juga meningkat secara mendadak. Langkah bagi mengawal masalah ini ialah dengan memberi perlindungan pada tebing sungai dan juga kepada penduduk setempat. Struktur kawalan hakisan dan banjir di tepi sungai merupakan kaedah pengawalan yang penting dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Pembinaan struktur kawalan ini juga dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan kemusnahan harta benda penduduk setempat dan ekosistem sungai. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji struktur pembinaan bagi mengawal hakisan dan banjir serta pandangan penduduk setempat mengenai struktur yang dibina di kawasan mereka tinggal. Skop kajian ini tertumpu di kawasan Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu di mana responden yang dipilih adalah JPS Negeri Kelantan dan penduduk di kawasan kajian. Kaedah temubual digunakan kepada pegawai JPS negeri Kelantan dan soalselidik digunakan kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumat data sekunder juga digunakan iaitu melibatkan kajian literatur daripada buku, surat khabar,KAJIAN TERHADAP STRUKTUR BAGI MENGAWAL HAKISAN DAN BANJIR DI TEPI SUNGAI KELANTAN. Seow Ta Wee 1 Roslin Binti Ariffin 2 Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan University Of Tun Hussein Onn Malaysia. tawee@uthm.com 1 cp080006@uthm.com 2 ABSTRAK Fenomena banjir dan hakisan merupakan bencana alam yang berlaku hampir setiap tahun di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Kelantan, taburan hujan pada bulan November hingga Januari meningkat sehingga 1750mm. Keadaan ini menyebabkan masalah banjir berlaku dan kadar hakisan juga meningkat secara mendadak. Langkah bagi mengawal masalah ini ialah dengan memberi perlindungan pada tebing sungai dan juga kepada penduduk setempat. Struktur kawalan hakisan dan banjir di tepi sungai merupakan kaedah pengawalan yang penting dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Pembinaan struktur kawalan ini juga dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan kemusnahan harta benda penduduk setempat dan ekosistem sungai. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji struktur pembinaan bagi mengawal hakisan dan banjir serta pandangan penduduk setempat mengenai struktur yang dibina di kawasan mereka tinggal. Skop kajian ini tertumpu di kawasan Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu di mana responden yang dipilih adalah JPS Negeri Kelantan dan penduduk di kawasan kajian. Kaedah temubual digunakan kepada pegawai JPS negeri Kelantan dan soalselidik digunakan kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumat data sekunder juga digunakan iaitu melibatkan kajian literatur daripada buku, surat khabar,
No comments:
Post a Comment