MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Wednesday, October 16, 2019

RUMAH RETAK? APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN YANG PERLU DI AMBIL

Sering kali kita dengar,apabila jiran atau rumah di sebelah membuat sambungan baru atau menambah tingkat pada rumah yang sedia ada,terjadi banyak keretakan di rumah yang bersebelahan.Di dalam akta maupun plan arkitek telah ada pengakuan bahawa segala keretakan yang di alami oleh jiran sebelah akan di tanggung oleh pemilik rumah yang membuat renovasi tersebut.Kalau keretakan tak terjadi sepanjang dan selepas pembinaan,alhamdullilah tetapi ape kah proses yang terbaik jikalau terjadi keretakan?.Kalau sebelum ini biasanye pemilik rumah yang hendak membuat renovasi tidak membuat pengesahan  yang rumah di kedua-dua belah tidak ade tanda-tanda keretakan baik kecil maupun besar.Gambar adalah akan menceritakan keadaan yang sebenar.Sebelum memulakan kerja-kerja ataupun menandatangai akuan sumpah tersebut pihak pemilik renovasi berhak untuk membuat pemeriksaan keretakan di jiran kedua-dua belah bersesuaian dengan akta yang di peruntukan berserta dengan gambar keadaan yang sebenar.Gambar sebelum dan selepas pembinaan hendaklah di ambil untuk simpanan.Keretakan baik di dinding maupun di bahagian lantai seringkali terjadi apabila ade pembinaan baru.Banyak sebab-sebab terjadinye keretakan.Keretakan terjadi kepada beberapa bahagian rumah antaranye

  1. keretakan dinding-ini paling biasa
  2. keretakan lantai
  3. keretakan di bahgian tiang
  4. keretakan di bahagian siling
  5. pintu atau tingkap tidak berfungsi lagi
Semua keretakan -keretakan di atas boleh terjadi di sebebkan adanya gerakan atau gegaran ataupun di sebabkan kualiti bahan dan kemasan semasa membuat pembinaan element itu sendiri.

Untuk konkrit keretakan di bahagikan kepada 2 bahagian

  • keretakan struktur
  • keretakan non struktur
Unrtuk banagian dinding,keretakan struktue dinding itu sendiri

Proses  yang perlu di ambil apabila terjadinye keretakan

  • rekod gambar lama sebelum pembinaan hendaklah ade untuk di jadikan bukti
  • keretakan di tandakan dan di monitor setiap hari samada semakin membesar atau tiada berlaku sebarang perubahan
  • melantik konsultant semada arkitek atau jurutera untuk membuat pemeriksaan awal secara visual
  • lapuran ringkas dari jurutera atau arkitek melapurkan situasi keretakan yang sebenar 
  • pihak jurutera ataupun arkitek akan membuat cadangan lanjut untuk mendatangani keretakan tersebut
  • biasanye keretakan yang terjadi akan di baiki terlebih dahulu untuk tempoh yang tertentu dan di monitor
  • jikalau keretakan tersebut berterusan,lapuran"structural intergrity report" rumah tersebut akan di buat 
  • lapuran di atas akan di buat oleh pihak ketiga dan di lantik oleh pemilik rumah dengan kos
  • rumusan akhir lapuran akan menentukan rumah tersebut masih selamat diduduki ataupun sebaliknya
  • jikalau pemilik hendak membawa perkara ini ke mahkamah,satu lagi lapuran 'forensik bangunan' hendaklah di perlukan untuk mengetahui punca-punca keretakan dengan lebih detail
  • lapuaran kedua ini di sediakan oleh pihak jurutera specialist dengan kos
  • apabila lapuran tersebut siap,proses mahkamah bole diteruskan.

No comments:

Post a Comment