MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Saturday, March 7, 2020

BANGUNAN RUNTUH -TAMBAHAN BEBAN WALAUPUN SATU TINGKAT

Hari ini di Pakistan,16 oranh terbunuh di sebabkan pangsapuri 5 tingkat runtuh.Asalnya pangsapuri ini setinggi 4 tinggi tetapi telah di tambah setingkat lagi secara haram.
Penulis dalam menjalankan tugas kerana beberapa agensi majlis perbandaran meluluskan permohonan tambah tingkat.Alasan nya adalah ruang tanah yang terhad untuk pembinaan ruang tambahan?
Apa implikasi dari struktur binaan?.Dari sudit arkitek mungkin tidak menjadi masaalah yang besar tapi dari segi struktur banyak faktor yang harus di ambil kira.
Langkah-langkah yang berikut adelah kaedah yang di praktikan untuk mendapatkan kelulusan dari segi struktur
1.Pemilik hendaklah melantik pihak ketiga untuk meyediakan 'structural intergrity report" bagi mengesahkan struktur yang sedia ada kukuh untuk menerima tingkat tambahan.Biasanya kos lapuran ini cukup mahal melebihi RM 30 k.
2.Kalau daripada lapuran di perkara 1 tu ok barulah tambahan tingkat tersebut di benarkan.
Biasanya lapuran ini tidak memihak kepada pemilik kerana tambahan beban dari semua element akan menyebabkan struktut akan mengalami kegagalan terutamanta di bahagian penapak.Kesukaran yang utama ialah untuk mendapatkan lukisan asal dan perincian dari pemaju.Oleh kerana lukisan tersebut menjadi hakmilik pemaju melainkan dengan arahan mahkamah.
Kesukaran yang kedua ialah untuk projek yang telah melebihi 10 tahun lukisan dan sebagainya tiada lagi dalam simpanan pemaju ataupun pemaju telah jatuh bankrap dan sebagainya.
3.Penyelesaian yang lain pemilik masih bole menambah tingkat dengan syarat tambahan tingkat yang baru di dokong oleh struktur yang baru bermula dari penapak hingga ke bumbung.Kesukarannya adalah banyak kerja2 penebukan terhadap struktur yang lama dan mengakibat gegaean,bunyi bising dan habuk yang terlalu banyak.Kerja2 pun adalah merumitkan dan harga pembinaan akan menjadi lebih mahal.
4.Penyelesaian yang paling ideal adalah meroboh dan membina bangunan baru.Kalau untuk bangunan 4 tingkat untuk di robohkan dan membina  semula mestilah melebihi 4 tingkat untuk lebih menguntungkan.
Mudah-mudahan perkara sebegini tidak terjadi di Malaysia.Amin


No comments:

Post a Comment