Sunday, March 8, 2020

JARAK ANJAKAN BANGUNAN(BUILDING SET BACK),KENAPA PENTING?

Hari ini lebih 39 keluarga yang menghuni rumah sewa tiga tingkat di Lorong Kiri 5.Taman Keramat telah di arah perpindah oleh DBKL ekoran dari tanah mendap dan bangunan retak.
Melihat dari gambar yang di siarkan melalui portal media masa bangunan tersebut berada di lokasi yang sesak dengan bangunan di kiri kanan tanpa ada ruang kosong diantara nya.Penyewa mengatakan bahawa keretakan mula timbul dengan teruk apabila projek rumah pam yang berjarak 2 m dari kawasan bangunan rumah sewa tersebut bermula.Setiap rumah akan bergoyang  apabila kerja2 pembinaan di lakukan.
Retak bermula di dinding dan kawasan sekitar sebelah luar dan pintu telah tidak boleh di buka dan seterusnya rumah menjafi condong.
Apa sebenarnya yang terjadi?
1.Jarak anjakan tiada-jarak anjakam adalah penting apabila mendirikan sesuatu bangunan.Selain dari kawasan lapang ubtuk utiliti atau kereta bomba dari segi struktur ia adalah zon penahan gegaran atau zon penampan gegaran.Dengan jarak anjakan 10 atau 7 kaki,zon oni berupaya untuk mengurangkan gegaran ke struktur bangunan
Penulis tak pasti samada bangunan rumah sewa atau projek rumah pam itu tidak mempunyai jarak anjakan.
2.Bamgunan rumah sewa itu di katsksn tidak ada kelulusan dari pihak DBKL.Kelulusan amat penting dimana bangunan tersebut di telah di rekabentuk  dengan mempunyai jarak anjakan yang di benarkan.Pemohonan akan menjadi gagal kalau jarak anjakan tidak di patuhi.
Dari segi struktut bangunan segera sebegini selalunya tidak rekabentuk dengan betul.Mungkin pemilik tidak perihatin araupun kos akan jadi meningkat kalau pembinaan mengikut pelan struktur yang betul.Kalau bangunan di rekabentuk dengan betul ,gegaran kecil bisa di tangani kecuali gegaran dari gempa bumi.
3.Tanah mendap-penulis tidak mrmpunyai data tentang keaadan tanah di kawasan tersebut dan memandangkan bangunan segera tersebut telah di bina lebih dari 10 tajun lepas dibina di atas tanah asal kejadian tanah mendap jarang berlaki kecuali tanah tersebut adalah tanah tambak atau berhampiran dengan sungai.Bangunan segera selalunya kajian tanah tidak di lakukan dan penentuan jenis penapak yang betul tidak di gunakan dan oleh kerana bangunan ini terletak di dalam daerah Kuala Lumput,penanaman cerucuk jenis ,jack in ' adalah di perluksn dan kos pembinaanya adalah tinggi.Kalau adanya jenis penapak yang betul,gegaran kecil tidak akan mengoyangkan dan meretakan bangunan.
Penguatkuasaan amat penting untuk memastikan semua bangunan persendirian terutamanya yang melibatkan di huni oleh penyewa atau orang ramai adalah selamat dan mematuhi undang2 demi keselanatan dan masaalah sosial dapat di elakan.
Kejadian kebakaran bangunan tahfiz di kawasan yang berhampiran yang telah meragut banyak nyawa akan berulang kembali.Sama2 kita berdoa agar kejadian ini tidak berulang.Amin



No comments:

Post a Comment