Berlaku di luar negara seorang lelaki di hempap satu kepingan konkrit apabila meruntuhkan bangunan lama.Dengan berlagak dan tidak memberi fokus terhadap pekerjaannya,kepingan yang satu lagi bersebelahan menghempap.Nasib baik tidak hilang nyawa.Dengan berat dinding kalau dianggap mempunyai ketebalan 200mm ,480 kg/m2 di campur dengan 10% daya graviti,berat dinding tersebut adalah lebih dari 500 kg/m2 dan kalau mengikut hukum fizik,mungkin telah kehilangan nyawa atau cedera parah dan tuhan lebih menyayangi nya dan bersyukur.
Keterangan Cara Kerja di perlukan sebelum kerja2 meruntuh struktur atau bangunan lama.Keterangan cara kerja mengandungi
- Pengenalan Jenis Kerja
- Cara Kerja
- Mesin2 yang di gunakan
- Perkerja yang di perlukan
- Kawalan kualiti setiap masa
- Cara bahan binaan di buang
Keterangan cara kerja ini penting untuk pihak berkuasa memantau kerja2 runtuhan tersebut dijalankan untuk mengelakan kejadian yang tidak diigini berlaku.
Apa dia dinding jenis konkrit?
Dahulu bangunan kebanyakan menggunakan dindingbatu bata sahaja samada tebal 3 batu,2 batu dan satu batu.Dengan perkembangan teknologi konkrit,dinding konkrit telah di perkenalkan di dalam industri binaan bangunan.
- Dinding konkrit IBS
- Dinding konkrit ini di perbuat di kilang.Dengan pengawalan kualiti yang ketat.Dinding ini adalah standard mengikut saiz yang di tentukan oleh perekabentuk.Biasanya dinding ini di bentuk dengan siap ruangan tingkap dan pintu serta sistem paip dan sistem letrik telah terbina.
- Dinding konkrit tuang di situ
- Konkrit ini biasanya di buat di tapak pembinaan.Dinding ini biasnya mengunakan sistem papan acuan yang spesial.Biasanya papan acuan besi di gunakan.Ruangan tingkap dan pintu telah di siapkan dan sistem pepaipan dan letrik telah di buat terlebih dahulu sebelum di tutup papan acuan dan di konkrit
- Dinding konkrit berpanel
- Dinding konkrit jenis ini adalah berbentuk panel mengikut ketinggian bangunan.Kelebaran adalah standard iaitu 600mm tetapi ketinggian adalah mengikut sesuatu projek.Terdapat 2 ketebalan 75mm dan 100mm.!00mm adlah untuk dinding luar dan 75 mm adalah untuk dinding sekat.Besi dovel di perlukan di tapak panel dan rasuk tetopi di perlukan untuk mencantumkan panel.Di setiap sudut ,bar sambungan di perlukan dan setiap sambungan panel dan ruangan dlam panel diisikan dengan konkrit di mana tempat di perlukan.Sistem ini ruangan tingkap dan pintu serta sistem paip dan letrik ,panel dipotong untuk ruangang dan sistem tersebut.
- Dinding bata struktur
- Terdapar bata yang di rekabentuk untuk menhan beban tegak.Batu tersebut mengandungi lubang berdiameter 10 mm di permukaan bata tersebut bertujuan untuk besi tetulang dan konkrit di masukan melalui lubang tersebut.
- Kebaikan dinding konkrit
- Tidak perlu membuat ambang konkrit di atas kerangka pintu dan tingkap
- Tidak perlu di lepa dan cuma lepaan skimnya di perlukan
- Daya tahan kepada tekanan mendatar dan amat sesuai untuk tembok penghadang kepada balkoni dan parkir bertingkat
- Amat sesuai untuk dinding luar bangunan atau kediaman bertingkat
- Kurang penjagaan
- Kesan keretakan kurang
- Keburukan
- Tidak boleh di renovasi
- Kerosakan sistem paip dan elektrik menyukarkan kerja2 pembaikan
- Kemungkinan mahal kalau sedikit kuantiti dan beratnya lebih berbanding dinding bata
- Mesin dan peralatan khas di gunakan untuk memasang
- Pekerja terlatih di perlukan untuk memasang
- Kelemahan di bahagian sambungan kalau kerja tidak di awasi
Kalau kerja2 perobohan hendak di lakukan seperti lelaki di atas,kerja2 haruslah di awasi untuk mengelakan kemalangan berlaku.
No comments:
Post a Comment