11.Jangan berbual atau bergurau semasa menggunakan aalat mesin dan jentera.Kadang 2 apabila berkerja dalam kumpulan yang ramai dan gurauan dengan menggunakan mesin sedang bergerak seolah2 meniru aksi lakunan TV atau filem boleh mengundang padah dan juga kalau bekerja di tempat yang tinggi.
12.Sebelum memulakan kerja tunggu sehingga mesin tersebut mencapai tahap kelajuan yang cukup.Jangan sekali2 di bebankan mesin melebihi had yang sepatutnya yang boleh mengakibat kemalangan,nesin boleh meletup secara tiba2 atau litar pintas akan terjadi kepada seluruh tapak binaan.
13.Pastikan semua panghadang keselamatan di pasang pada mesin yang hendak digunakan.Semada menggunakan tape atau perancah besi atau blok konkrit sebagai sempadan atau langka berhati2 supaya para pekerja mengawasi dan tidak mendekati kawasan mesin tersebut terutama sekali mesin2 yang akan membuat pusingan 360 darja di amana titik buta banyak berlaku.
14.Jangan biarkan sisa bahan berselerak pada mesin,Ini boleh mengakibat tergelincir yang bole menyebabkan kemalangan dan bahan yang mempunyai tepi yang tajam adalah amat merbahaya,
15.Pastikan kawasan yang mencukupi bagi sesebuah mesin.Pastikan pemilihan mesin dan saiz mesin di tentukan dahulu sebelum di panggil mesin tersebut untuk berkerja terutama di tempat2 yang sempit yang melibat struktur bangunan yang terlalu hampir dengan mesin.
16.Gunakan peralatan keselamatan pada badan sebelum menggunakan mesin.Peralatanh seperti gogle,penutup telings dsn mulut dan hidung,perlindungan badan dan kaki di pakai sebelum mengunakan mesin.
17.Pekerja2 mestilah mendapatkan KEBENARAN terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin.Kebenaran dari penyelia dan pengawai keselamatan di tapak bina mesti;ah di pohon dan di luluskan.
18.Pastikan bahwa semua bekalan kuasa elektrik telah di tutup setelah kerja habis untuk mengelakan pembaziran dan litar pintas terutama di musim hujan dengan ribut dan petir.
19.Selalulah mengikuti arahan pihak keselamatan atau penyelia.Jangan kerja2 di jalankan tanpa seliaan pihak atasan atau pihak keselamatan,
20.Jangan melakukan kerja yang merbahayakan keselamatan diri,orang lain dan keseluruhan projek,Ikut SOP atau MOS yang telah di keluarkan oleh pihak konsultant atau pihak pengilang atau oleh pihak pembekal.Jangan bertindak sesuka hati walaupun perkara tersebut nampak remeh dan kecil.
21,Jentera yang tidak digunakan lagi hendaklah di simpan tau di keliarkan dari tapak bina atau di simpan di tempat yang di khaskan untuk di gunakan lagi .
22.Selalulah mematuhi papan2 tanda dan arahan2 di tempat2 merbahaya.Papan2 tanda banyak di sediakan di tempat2 merbahaya seperti di lubang lift,di ruangan tangga,di tempat2 gelap ,di bahagian berdekatan dengan mesin2 yang merbahaya seperti genset,di krane menara atau di tepi2 bangunan terutama bangunan2 tinggi
23.Jaga kerbersihan di seketar tempat bekerja dan tapak bina.Aspek yang paling terabai di tapak bina.Kayu,besi,kepingan konkrit,takungan lopak air bertabauran di tapak bina,Faktor ini memang di ambil mudah kerana tidak ada nilai tambah dari segi keuntungan projek.Sepatut aspek kebersihan kalau tidak di beri perhatian akan mengundang penyakit terutama di zaman Covid ini,Aspek ini hendaklah di pantau bersama dibawah aspek keselamatan.
24.Selalu mengadakan mesyuarat peti keselamatan sebelum memulakan sesuatau kerja. Projek2 besar memang diamalkan tapi projek2 kecil tidak di praktikan.Walaupun projek kecil mungkin mengambil mas 15 minit saja untuk memeperingkatkan aspek keselamatan dan kebersihan kepada semua pekerja yang terlibat.
25.Selalulah berfikir dalam merancang kerja sebelum melaksanakan,SOP dan MOS telah pun ada,arahan kerja telah difirkan oleh penyelia dan pekerja cuma mengikuti sahaja semua rahan yang telah ditetapkan tanpa berfikir panjang dan kalau arahan tersebut tidak boleh di laksana oleh adanya halangan berbincanglah dengan penyelia untuk mendapatkan penyelesaianya.Jangan terburu2 menyelesaikan secara bersendirian,
No comments:
Post a Comment