Hari ini Menteri Kerjaraya menyaranksn agar kontraktor melayu berani membida projek swasta.Secara statistik perintukan pembinaan selyor swasta tiada had jika di bandingkan dengan sektor kerajaan.Tahun 2021 sebanyak 15 bilion perintukan infrastruktur dan pembinaan dari pihak kerajaan yang perlu di rebut.
Saranan ini baik tapi mampukah semua kontraktor melayu bersaing dengan non bumiputea.Pandangan penulis masih jauh umtuk ini berlaku.Terlalu banyak sebab musababnya.Faktor utama adalah kapasiti kewangan pihak bumi adalah berbeza dengan pihak non bumi.Faktor kepakaran tidak jauh membezakan.Faktor harga juga amat membezakan kerana non bumi mengawal baik dari segi barang maupun mesin2.
Faktor hubungan antara kaum juga menyukarkan bumi untuk bersaing dengan non bumi.Kita tahu non bumi mengawal pasaran di pihak swasta dan untuk menembusinya sama seperti memecah monopoli sektor perniagaan yang telah lama di pegang oleh pihak non bumi.
Penulis bukan merendah2kan kewibawaan bumi tapi itulah hakikatnya.Selagi taraf bumi itu di berikan,selagi itulah halangan ini akan berlaku antara bumi dan non bumi.
Saranan tersebut adalah cabaran yang perlu di sahut oleh bumi dan memerlukan kesabaran tahap tinggi dengan permainan di dalam bidang pembinaan.Sebenarnya bumi telah lama bersedia tetapi kekangan hubungan kaum menjadi halangan buat masa ini.
Kalaulah usaha kerajaan untuk menghapuskan kekangan berdasarkan kaum di semua sektor atau di permulaan sektor pembinaan,nescaya bumi akan mampu bersaing.
Formulanya sudah ade di mane pekerja Indonesia boleh bekerja menggantikan buruh non bumi dan kontraktor non bumi terpaksa bergantung kepada sumber pekerja ini.
Usaha2 kerajaan perlu untuk menambah kilang2 dan pembekal 2 bumi,melatih pekerja bumi dengan kemahiran tinggi baik dari segi pengurusan atau pelaksanaan dan seterusnya bersaing untuk mendapatkan tender dari syarikat swasta.
Takrifan bumi tersebut hendaklah jelas had2nya.Dengan penglibatan bumi sebanyak 70% di dalam pengurusan,adakah taraf bumi dapat di berikan kepada sesuatu syarikat atau kelonggaran taraf bumi ini di laksanakan untuk membolehkan sleeping patner tidak terjadi.
Untuk 100% syarikat bumi untuk menang bida pihak swasta,kena fikir2kan lah
No comments:
Post a Comment