MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Sunday, December 6, 2020

PEMBANGUNAN DI TANAH TINGGI

 Semalam,ratusan penduduk di Kemensah Height membuat demo untuk menghalang pemaju dari membuat pembangunan di lereng2 bukit di dalam kawasan kejiranan mereka.Bantahan terhadap 2 projek pembangunan tersebut bagi menghalang  kejadian runtuhan 1 blok bangunan Highland Tower dan siri2 kejadian tanah runtuh yang banyak mengorban kan nyawa.

Kenapa pembanguan tanah tinggi amat kritikal dan di bantah?.Tidak seperti di Hong Kong atau Taiwan pembangunan di tanah tinggi adalah perkara biasa kerana kurangnye tanah rata dan  kaedah nya boleh di aplikasikan di Malaysia.

Garispanduan pembangunan di tanah tinggi dan yang berkaitan telahpun di keluarkan oleh pihak kerajaan melalui kementerian KPKT,JKR dan jabatab2 yang berkaitan dengan kestabilan cerun dan sebagainya dan pihak Majlis Perbandaran Tempatan telahpun mengenakan syarat2 yang ketat sebelum meluluskan plan kebenaran merancang bagi projek tersebut.

Bantahan utama adalah dari segi densiti trafik yang akan bertambah apabila 2 projek pembangunan tersebut siap dan jalan tidak dilebarkan.Bantahan kedua adalah densiti parkir yang tidak mencukupi apabila bangunan tersebut siap walaupu parkir bertingkat di sediakan dan untuk mengawal penduduk untuk meletakan kenderaan adalah satu situasi yang amat sukar dan bantahan ketiga adalah gangguan terhadap alam sekitar di kawasan tersebut.

Draf perancangan awal Majlis  telah pun diluluskan dan sekarang adalah di peringkat kebenaran merancang yang mana semua kelulusan adalah bergantung kepada pihak2 yang berautoriti sahaja dan pihak pemaju di kehendaki menepati syarat2 yang di kenakan seperti Lapuran Penilaian Alam Sekitar,Lapuran Pernilaian Trafik dan Lapuran Penilaian Aspek Sosial dan Lapuran Pembangunan Tanah Tinggi.

Bantahan hanya bole di buat semasa Draf Rancangan setiap Majlis Tempatan yang selalunya di siarkan pada setiap awal tahun dan penduduk2 di dalam mukim atau yang bersempadan dengan projek tersebut bole membuat bantahan.Kalau pihak kerajaan atau pihak Majlis tidak menerima bantahan,draf rancangan tersebut adalah diluluskan dan boleh di buat pembangunan.

Dari segi struktur atau kekukuhan bangunan,teknologi yang ada sekarang membolehkan bangunan2 boleh di bina berhampiran atau di lereng2 bukit.Setiap pembangunan yang berhampiran atau bersempadanan hendaklah mendapat kelulusan Majlis.Apa yang terjadi di bangunan Highland Tower adalah pembangunan haram yang bersempadan dengan kawasan Highland Tower tersebut.

Di peringkat kebenaran merancang,bantahan boleh di lakukan juga tapi melalui saluran politik yang mana projek ini akan melalui kelulusan dari Ahli2 Majlis sebelum di luluskan di peringkat Exco dan dan menteri besar dan seterusnya di peringkat Majlis Tempatan.


No comments:

Post a Comment