MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Thursday, January 21, 2021

ARAH KIBLAT DAN HUKUM KOSAIN

 Terdapat beberapa kaedah menentukan arah kiblat dan diantaranya adalah:

  1. Kaedah Tradisional 1
    1. Matahari Terbenam
  2. Kaedah Tradisional 2
    1. Matahari remang di atas Kaabah
  3. Kaedah Tradisional 3
    1. Kaedah Buruj Bintang
  4. Kaedah moden
    1. Cara Pengiraan dengan formula
                    Hitungan adalah berdasrkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan besar bumi atau the great circle.Melibatkan model2 matematik sfera yang mengandungi koodinat geografi tempatan dan koodinat geografi rujukan(Kaabah) .Latitud dan longitud tempatan iaitu tempat yang hendak ditentukan arah kiblatnya boleh di rujuk pada peta bersaiz besar.Sementara latitud dan longitud Kaabah adalah nilai2 rasmi yang di keluarkan oleh pihak kedutaan Arab Saudi,sebagai panduan dan rujukan untuk pengiraan.Dan method yang di gunakan adalah metod Kaedah Segitiga Sfera
      • Өt= Latitud tempatan
      • λ t=Longitud tempatan
      • Өm=Latitud Kaabah/Mekah
      • λm=Longitud Kaabah/Mekah
      • formula pengiraan:
        • Tan α  =Sin ( λ t -λm)/Tan Өm Cos Өt - SinӨtCos(λ t -λm).Jelas di sini menunjukan hukum tan,sin dan kos di gunapakai untuk menentukan arah kiblat melalui kaedah pengiraan dan juga semua kalkulator kiblat adalah berdasarkan kaedah  pengiraan dengan menggunakan formula di atas dan sumbangan matematik amat besat untuk memudahkan kegunaan umat Islam di seluruh dunia,
        • Contoh untuk menentukan arah kiblat di Shah Alam
        • CONTOH KIRAAN
        • Semua penduduk di bumi boleh mengetahui arah kiblat yang tepat di semua tempat didunia dengan menggunakan kiraan ini.
        • Latitud adalah garis yang membujur dari timur dan barat dan juga yang menentukan jarak di sebelah utara dan selatan khatalistiwa manakala Longitud adalah garis yang membentang dari utara dan selatan dan di panggil juga garis meridian.
  1. Kaedah moden 1
    1. Kaedah kompas prisma
  2. Kaedah moden 2
    1. Kaedah teodolit
  3. Kaedah moden 3
    1. Menghadap kiblat ketika kenderaan bergerak.
Lain2 bacaan boleh mencari buku bertajuk Ensiklopedia Solat yang di tulis oleh  Datuk Haji Md. Hasim bin Yahya,Mantan Mufti Wilayah Persekutuan terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.
Semoga catatan ringkas ini menjadi panduan berjuta umat Islan di muka bumi ini.Inshallah

No comments:

Post a Comment