MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Saturday, January 16, 2021

JAMBATAN BAILEY PENGHUBUNG SIRATULRAHIM

 ATM dan rakyat berpisah tiada.Itu lah motto ATM terhadap rakyat di kala susah dan juga di kala senang.Pemasangan dua jambatan jenis Bailey menghubungkan jalan2 yang terputus dua di dua daerah Pahang iaitu satu di Maran dan satu lagi di Raub.Pemasangan 2 jambatan ini bukan sahaja penghubungan semula rangkaian jalan yang terputus tetapi secara simboliknya terhubungnya siratul rahim antara ATM dan rakyat di kala susah.

Banyak berlaku jambatan di hanyutkan air yang deras terutama kawasan yang rendah ataupun berdekatan dengan hulu sungai.Mungkin jambatan tersebut adalah jambatan kayu yang telah uzur dan tidak kuat lagi untuk menahan tekanan dari arus yang deras laulu di hanyutkan.Untuk menunggu jambatan baru dari konkrit memakan masa yang lama untuk merekabentuk serta membinanya dan keperluan mendesak dari dari penduduk untuk ke pekan membeli belah,menghantar pesakit dan segala macam urusan penting dalam masa yang terdekat atau kecemasan.

Insianatif dari MKN melalui unit squadron jurutera dari ATM telah memulakan usaha membina jambatan Bailey di dua kawasan yang terbabit.Dua pengawai dan di bantu oleh 21 pembantu pengawai dan di bantu oleh kren dan jengkaut ,maka 2 jambatan tersebut siap dalam masa 24 jam sahaja.

Apa dia Jambatan Bailey ini?Jambatan Bailey adalah jambatan mudah alih,di pasang dahulu komponen2nya dan berbentuk kekuda.Di ilham kan oleh Donald Bailey pada tahun 1940 dan kegunaan utamanya adalah untuk tentera British dan US untuk mengankut jentera,senjata dan askar2 apabila menemui sungai yang menyebabkan penjalanan terhenti atau tersekat.

Jambatan Bailey ini strukturnya bergantung kepada 'end post; nya.Jenis SS,DS,TS,DD dan 'Triple Double'.Ini bergantung kepada pernilaian dari jarak rentang atau 'span'.Kalau span nya melebihi 40 m,mungkin post 'Triple Double di gunakan.

Jambatan Bailey ini telah ada piawainya.Jenis yang di gunakan oleh ATM adalah jenis Compact 200 yang telah lama di gunakan d beratus tempat di US dan juga di Australia.Telah ada modelnya dan telah ada semua saiz2 komponen2 utama jambatan ini dan boleh di buat atau di pasang di negara ini dengan kos yang lebih murah.Pemasangan jambatan ini tidaklah memerlukan kepakaran yang tinggi dan bole di siapkan dalam masa kurang dari 24 jam.

Beban yang di diguna kan dalam merekabentuk jambatan ini adalah T44 atau 1.25 ton/m UDL atau sekarang telah banyak menggunakan SM 1600,160t beban statik dan beban bergerak.Hanya 'abutmentnya' hendaklah di rekabentuk dan di bina di tapak.

Cuma penulis hendak tanya di manakah NGO berpaksa kejuruteraan dalam membantu rakyat?.Nampaknya fungsi mereka hanya di waktu senang.Sepatutnya di waktu rakyat susah,banyak produk2 kejuruteraan di cipta yang cepat dan murah untuk menyenangkan rakyat yang mengalami kesusahan seperti bot2 yang ringan dan pakai buang,rumah2 yang ringkas dan mudah terapung dan ringan yang boleh di tarik oleh bot pada bila2 masa,atau stor2 terapung untuk memindahkan barang2 berharga dahulu dan di tambat dahulu sebelum bor penyelamat tiba.

Usaha yang nampak adalah 'cubicle' dari bahan terpaulin yang di gunakan di penempatan banjir atau gelandangan untuk setiap orang guna untuk lebih privasi.Ialah di musim banjir untuk tukar pakaian bagi orang2 perempuan adalah sukar di kawasn terbuka maka sistem 'cubicle' ini inovasi yang amat di sanjung dan kalau boleh biarlah yang boleh di guna lepas itu di buang.Kosnya adalah murah kerana bahan mentahnya banyak terdapat di dalam negara kita ini.

Ternyata idea atau inovasi stor terapung telah di cipta oleh bukan dari kalangan orang teknikal tapi seorang pekerja kilang yang mencetuskan idea membuang RM 1000 untuk membeli bahan2 yang di gunakan untuk membina stor terapung.Mengambil idea dari kolam ikan yang terapung,stor yang di perbuat dari zink dan besi tersebut di apungkan dengan mengunakan tong drum plastik dan  di gunakan untuk menyimpan atau menyelamatkan barang2 elektrik ibunya sewaktu air banjir semakin meningkat dan stor tersebut di ikat atau di tambat pada pokok untuk kekal stabil.Idea ini boleh di perpanjangkan lagi supaya stor ini boleh menampung beban orang untuk kediaman, sementara datang pasukan penyelamat menjemput ke PPS.

Inovasi lain seperti tandas dan tangki septik sementara yang ringkas dan murah harus di inovasi oleh pakar2 kejuruteraan untuk membantu rakyat dalam kesusahan.Banyak lagi inovasi dari sekecil2 hingga sebesar2 seperti jambatan Bailey harus di fikirkan di dalam kehidupan mengikut SOP dan norma bahru.

Ayuh all engineers to create something useful for all.Thank you


No comments:

Post a Comment