MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Wednesday, January 27, 2021

UNSUR NADIR BUMI

 Apabila kerajaan Kedah mengumumkan ade lebih RMB65 b bahan nadir bumi di bawah tanah Lembah Sik,semua pihak tercengsng dan mengaru2 kepala.Ini angan2 mat jenin atau betul2.

Semalam satu perjanjian atau MOA antara syarikat mineral tempatan dengan Tenaga Atom Malaysia untuk penyelidikan  untuk  melombong REE secara selaamat di empat negeri iaitu Kedah,Kelantan,Terengganu dan Pahang.Syarikat mineral akan mengeluarkan modal permulaan sebanyak 1/2 juta untuk projek printis ini dan SOP ,makmal dan tenaga pakar dalam bidang ini disediakan oleh kumpulan Tenaga Atom ini.

Apakah unsur nadir bumi ini?.Unsur nadir bumi ini adalah set 17 unsur kimia dalam jadual berkala.Didalam ruangan lantanoid  yakni 15 unsur di tambah dengan skardium dan yitrium.Bagi pelajar2 sain jadual ini amat penting dan kena hafal untuk peperiksaan kimia.Cuma bezanya yang di hafal rasanya jadual yang di atas,jadual 17 ini memang tidak kenal pun dan di hafal.

Galian nadir bumi ini tidak terkumpul pada kepekatan tinggi di sesuatu tempat  dan kandungan yang tidak beradoaktif ter dapat banyak di kawasan khatulistiwa dan negara2 di sub-tropika seperti Malaysia. seperti contoh gadolinite yang mengandungi serum,yitrium,besi,silikon dan lain2 unsur.Pernah di Malaysia dahulu,galian bijih timah menjadi amat popular di lombong di bumi Malaysia.timah di extrak dari tenotime atau monazite dari kumpulan batuan ingenous  dan sendiment dan bersama2 tempelan timah tersebut terdapat Ce,La,Cad,Nd dan juga Th iaitu nadir bumi yang beradioaktif .Daripada Basnasite terhasilah nadir logam Ce.

Pihak CAP Pulau Pinang ada memberi reaksi komen terhadap rancangan kerajaan Kedah yang nampaknya lebih banyak keburukan daripada kebaikan hasil dari perlombongan hasil bumi unsur nadir ini tetapi kajian demi kajian harus di lakukan untuk mengenalpasti unsur yang lain yang beradioaktif yang hadir semasa perlombongan unsur nadir bumi yang tidak beradioaktif.

Kesan impak residu terhadap alam sekitar hendaklah di kaji sepenuhnya bukan di lapurkan sahaja kerana ada unsur nadir bumi yang beradioaktif.Kesan penutupan kilang REE di Bukit Merah sebelum ini boleh di jadikan tauladan dan pengajaran untuk lebih prihatin terhadap alam sekitar dan manusia khasnya.Jangan kerana kesan ekonomi yang positif melangkaui kesan negatif keatas alam sekitar dan manusia.Dan begitu dengan lapuran kajian EIA yang lebih ketat dan lebih terperinci dengan di sediakan oleh beberapa pakar dalm bidang masing2.

Apa guna nya unsur nadir bumi ini?.Di lombong untuk mendapatkan logam lembut yang banyak di gunakan dalam perlatan elektronik,telepon bimbit,komputer dan magnet serta peranti2 yang lain.Di Malaysia terdapat 2 kilang memproses REE iaitu satu di Ipoh dan satu Lynas di Kuantan.

Kaedah baru adalah menggunakan kaedah ISL dan tidak adanya perlombongan terbuka dan kerosakan kepada alam sekitar adalah minimal.Kaedah menggunakan salur paip yang di tanam atau di korek kepada kedalaman tempat galian tersebut dan proses menyuntik galian tersebut dengan agent iaitu sejenis asid dan di sedut keluar melau salur paip untuk di kumpulkan dan di prosesmenjadi nadir karbonat.Nadir jenis ini akan di ekspot keluar negeri untuk mendapat unsur galian tersebut.

Buat masa ini hanya negara China yang mempunyai keupayaan untuk meleraikan nadir karbonat ini menjadi unsur yang di kehendaki.Teknologi dan kilang ini harus di pelajari dan dibina untuk kita dapat memaksimumkan lagi pengeluaran dan keuntungan dari usaha melombong bahan REE ini.

Mungkin perjalanan ini memakan masa yang agak lama iaitu 10 tahun ke hadapan tetapi persediaan ke arah itu telah di mulakan  dari sekarang.Inshallah tiba masanya pengeluaran dapat di optimumkan dan tidak bergantung kepada negara luar untuk mendapatkan unsur nadir bumi.

Itulah serba -sedikit info berkenaan dengan unsur nadir bumi ini.

No comments:

Post a Comment