Air adalah nadi kehidupan.Tanpa air hidup tidak sempurna,dulu2 di kampung sumber air selalunya daripada perigi.Penulis yang tinggal di sebuah kampung tradisi sebelum akal baligh telah menggunakan perigi tradisi selama beberapa tahun.Perigi yang berusia lebih daripada 100 tahun tersebut di gunakan oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut.Pada masa krisis air di Melaka ,air dari perigi tersebut tidak pernah kering,kalau kering pun tunggu 1 jam lagi ia akan kembali penuh.Itu kisah 30 tahun yang lampau dan hanya tinggal kenangan apabila sistem bekalan terawat di siapkan di kampung tersebut dan perigi tersebut mula di tinggalkan.
Sistem bekalan air terawat atau air bersih menggunakan sistem paip untuk menyampaikan atau menyalurkan air kerumah2 atau ke premis2 perniagaan atau kemana sahaja di perlukan.Bahan utama paip sejak tahun 60 an lagi adalah paip berasbestos simen .Sekarang usia paip tersebut telah mencapai lebih 60 tahun ataupun telah usang di makan usia.Perlu di ganti dengan bahan2 lain kerana kesatuan Eropah telah mengharamkan penggunan asbestos untuk bahan2 yang di gunakan untuk membekal sumber makanan dan minuman.
Pilihan yang sekarang adalah MSCL(keluli lembut),uPVC,HDPE dan DI yang lebih murah dan tahan kepada serangan penghakisan dan kekaratan.Seringkali ketirisan atau kebocoran air terjadi di setiap masa dan lebihkurang 76,000 paip bocor setahun pernah di rekodkan.Kenapa paip bocor dan penyelesaian jangka panjang.
Menurut sumber paip bocor di sebabkan oleh beberapa faktor.Antaranya
- paip usang
- telah di terangkan di atas dan penggantianya melibat kos yang agak tinggi
- pihak ketiga
- kemungkinan dahulu dengan tidak adenya teknogi mapping utilities,pengorekan parit,jalan,menanam kabel atau sebagainya selalu terkorek paip air ini.Dengan adanya teknologi ini sebelum kerja2 pengorekan yang hendak di laksana,kedudukan utiliti di bawah tanah di petakan untuk mengetahui kedudukan sebenar bagi mengelakan terkorek paip air ini.
- tekanan berubah
- injap tekanan yang rosak menyebabkan tekanan air tidak dapat di selaraskan dan tekanan yang tinggi boleh mengakibatkan paip pecah dan kebocoran terjadi.Sensor telah di pasang untuk mengawal kerosakan injap ini dan injap ini sentiasa di kawal setiap masa dengan adanya sensor ini
- tahap asid yang tinggi
- laluan paip akan melalui berbagai jenis tanah.dari tanah gambut ke tanah yang berbatu dan sebagainya,tanah mempunyai sifat asid dan ini akan membuatkan paip mengalami kekasian atau kekaratan dengan cepat.sebelum paip hendak di tanam,ujian keatas tanah hendaklah di jalankan.tanah yang mengandungi asid yang tinggi hendaklah di rawat terlebih dahulu ataupun lapisan perlindungan paip hendak di tebalkan ataupun paip jenis uPVC atau HDPE yang lebih tahan kepada serangan asid di gunakan.
- keadaan topograpi tanah
- paip yang terletak di kawasan yang mudah berlaku pergerakan seperti tanah tambak.tanah bukit dan tanah yang berhampiran dengan pantai.kalau boleh elakan keadaan yang sedemikian dan kalau tidak ada pilihan gunakan paip jenis konkrit yang lebih kuat menahan daya ricih,daya lenturan dan daya mampatan.
No comments:
Post a Comment