MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Saturday, July 3, 2021

TANGGA KECEMASAN DI KAWAT DURIKAN?

 Heboh di ruangan portal berita menyiarkan gambar tangga di sebuah flat di KL yang di kenakan PKPD telah di pasang kawat duri,wajarkah?

Banyak pendapat dan komen dari nitezen yang mengatakan tangga adalah ruangan untuk laluan bagi kecemasan apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran,untuk menyelamat orang sakit dan sebagainya dan akasan dari pihak polis bahwa apabila ade kecemasan,pihak frontliner ade siap siaga 24 jam untuk membukanya dan tujuan pemasangan kawat duri adalah bertujuan untuk menyekat penjalanan manusia dari satu blok ke blok lain.

Apakah implikasinya dari segi undang2 kerajaan tempatan?Apakah UBBL tidak terpakai di dalam masa darurat atau bagaimana dan adakah pihak profesional seperti arkitek,jurutera,perancang bandar berada mengganggotai MKN?.Sepatutnya perkara ini telah di bincangkan masak2 dengan semua pihak yang terlibat dengan bangunan kerana untuk mengalihkan kawat duri semasa kebakaran adalah mengambil masa dan adakah masa membuka kawat duri tersebut telah mendapat kelulusan bomba?

Tujuan utama tangga dibina bukan sahaja alat perhubungan antara tingkat tapi juga sebagai alat untuk menyelamatkan diri jikalau berlaku kecemasan di dalam sesuatu bangunan dan kedudukan tangga juga mengandungi kiraan juga yang mana masa larian yang mudahsabah untuk manusia yang duduk di kedudukan palung jauh mempunyai masa yang secukupnya untuk mendapatkan tangga untuk keruangan yang lebih selamat.

Dzn arahan terbahru dari Menteri,kawat tersebut perlu di buka kerana Menteri adalah building planner yamg bertauliah yang ternyata arif tentang keperluan bangunan di masa kecemasan tetapi untuk di masa hadapan setiap tindakan melibatkan bangunan ataupun kawasan perumahan hendaklah di bincang bersama pakar2 bangunan sebelum sesuatu tindakan ataupun keputusan di laksanakan.

Atau akta telah terhapus apabila darurat di kenakan?.Pakar perundangan hendaklah tampil memberi peneranngan tentang isu ini walaupun nampak kecil tetapi efeknya besar bila sesuatu terjadi di bangunan tersebut.

Bukan kita hendak memperendahkan usaha para frontliners yang telah bertungus lumus untuk mengekang penuralan wabak penyakit ini tetapi undang-undang tetap undang 2 yang wajar di patuhi dalam apa jua keadaan termasuk darurat dan yang paling penting adalah perbincangan sebelum keputusan di buat.

Kadang2 terkhilaf dalam tindakan dan ini wajar di maafkan kepada para frontliners.Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment