Nasib baik tiada kemalangan jiwa retetan dari runtuhan cerun di sebuah kawasan di kawasan menengok anak bulan.Lapuran telah dibuat supaya mungkin untuk membaiki cerun dari batuan besar tersebut tetapi tiada tindakan susulan dari pihak pemilik bangunan.Kenapa tembok boleh gagal?Berdasarkan gambar yang tersiar tembok penahan adalah dari jenis gabion atau gravity wall.
Tekanan hidrostatik yang meningkat akibat dari hujan lebat menjadi kebiasaanya tembok penahan bole gagal.Keadaan tembok penahan yang usang juga menjadi faktor kearah kegagalan nya.Pemeriksaan yang berkala dan pembaikan yang berkala juga penting untuk mengesahkan tembok penahan tersebut selamat sepanjang masa.
Juga ketinggian tanah yang di tahan di belakang tembok penahan juga perlu di ambil kira dan sistem saliran yang baik juga hendaklah direkabentuk untuk mengelakan air bertakung dan seterunya menolak tembok penahan sehingga gagal.
Peruntukan juga hendaklah di adakan atau disediakan pada setiap masa kerana kalau kegagalan tembok penahan ini boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.Langkah pro aktif diperlukan untuk semua tembok penahan yang agak kritikal di berikan perhatian khas dari segi penyelenggaraan berkala.Insyallah
No comments:
Post a Comment