Kita tahu krisis air di salah satu negeri di Pantai belum pulih sepenuhnya.Seketika telah pulih dengan pembaikan yang telah di jalankan di dasar Sungai dimane laluan paip tersebut pecah dan kemudian terjadi lagi paip pecah.
Persoalan nye kenapa laluan paip sebesar 1500 mm garispusat mempunyai jajaran di dasar sungai? dan kebiasaan laluan paip akan melalui diatas permukaan sungai.Banyak keburukanya pabila laluan paip sebesar tersebut fi tanam di dasar sungai dan salah satu sebab pecahnya paip tersebut di sebabkan aktiviti menhorek pasir,logik kah jawapan tersebut kerana mungkin paip tersebut telah lama ade dan aktiviti pengorekan adalah baru dan tidak mungkin tiada tanda2 atau papan amaran laluan paip di kawasan berkenaan.
Persoalan kedua alat membaiki paip diimport dari luar negara?munasabah ke dengan negara telah merdeka 64 tahun dengan peruntukan berjuta pada setisp tahun dan juga expertise dalam bidang pembinaan dan supplier pun tela ada masih lagi mengimport alat membaiki paip dari luar negara.
Takan saiz paip 1500 mm tiada di pasang di Malaysia dan sepatutnya alat tersebut telah tersedia kerana paip sebesar itu telah banyak di pasang di dalam negara ini.
Alasan semacam tak logik dan alasan secara tekmikal tidak di berikan dan kemungkinan kegagalan pam di mana2 menyebabkan tekanan bertambah tinggi dan paip tersebut boleh pecah di bahagian sambungan kerana paip tersebut mungkin baharu lagi umurnye.Dan mungkin ade lagi alasan teknikal yang boleh diberikan seperti kelalaian manusia dan sebagainya.
Di harap para pembekal air lebih profesional dalam mengulas sebab musabab terjadinya kerosakan sistem perpaipan kerana rakyat yang menanggung susah di musim covid ini dengan ketiadaan air.Fikir2kanlah
No comments:
Post a Comment