Hari ini satu kejadian gempa bumi telah berlaku d Bukit Tinggi,Sumatera,Indonesia yang bermagnitud 6.5 skala Ritcher dan kesan gegaran dapat di rasai di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia terutama d Melaka,Bangi dan Putrajaya.Semua bangunan tinggi akan turut merasai huyung hayang seolah2 serangan darah tinggi yang secara tiba2.
Kalau di Jepun atau Taiwsn semua bangunan tinggi telah di rekabentuk boleh tahan gempa dan bermacam2 mekanisma telah di tambah untuk menyerap kesan gempa ini dari menghancurkan struktur utama dan seterusnya menghalang keretakan yang serius kepada bangunan dan mengelakan runtuhan terjadi.
Bersediakah Malaysia untuk kearah merekabentuk bangunan rendah yang boleh menahan gempa.Kebelakang ini telah kerap terjadi kejadian gempa di mana titik utama gempa telah semakin dekat dengan Semananjung Malaysia.
Rekabentuk struktur tahan gempa boleh menaikan kos pembinaan kerana saiz dan jumlah besi tetulang akan bertambah dari segi saiz dan juga bilangan.Dengan bebanan harga baham binaan yang telah melonjak sebanyak 40 percen dan penambahan kos untuk gempa ini boleh menyebabksn kos pembinaan akan melonjak dan daya beli dan bina bangunan akan mengecil.
Adakah kos tambahan tahan gempa boleh dikurangkan atau bahan binaan yang berteknologi tinggi dan murah untuk merendahkan kos pembinaan tersebut.Atau ketinggian di kawasan berisiko tinggi di kawal.Adakan sistem zon pembinaan atau satu kajian impak gempa keatas kos pembinaan di lakukan oleh pihak berkenaan terutamanye pihak universiti melalui tesis para pelajarnye.
Alhamdullilah belum lagi ade kehilangan nyawa akibat gempa di Malaysia buat masa ini tetapi 20 tahun akan datang dan kena bersedia untuk mengelakan nye.
No comments:
Post a Comment