MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Tuesday, June 6, 2023

DINDING KONKRIT VS DINDING BATA

 Dalam satu kejadian selepas ribut di ibukota salah satu dinding di sebuah flat usang telah mengalami kerosakan dan kejafian nie jarang2 berlaku.Selalunye dinding bata akan menurun kualitinye apabila berusia hendak lagi dinfing trrletak di sebelah luar,di kawasan dapur yang mana mungkin dinding tersebut telah ada tanda2 keretakan ataupun plasternye telah tertanggal dan sebagainya.

Bukan dinding batu bata tidak bagus kerana sudah berkurun2 bata di gunskan untuk membina dinding bangunan dan suatu masa dahulu bata di gunakan sebagai struktur bangunan sebelum konkrit di perkenalkan dan bangunan setinggi berpuluh meter dapat di bangunan tanpa struktur konkrit.

Dinding bata seperti element bangunan yang lsin adalah bata yang tidak bersifat kejuruterasn seperti bata merah ataupun bata pasir dan diikat dengan berbagai ikatan dan yang saya ingat adalah ikatan Inggeris dan flemish bond.Sebelum bata diikat pastikan rasuk telah ade dan kerataan rasuk hendaklah rata dan untuk beam bawah biasa diletakan penahan kelembapan atau dpc dan selrpas tu bancuhan motar di lepekan dan bata mula di susun satu persatu dan biasa benangdi gunakan untuk memastikan kerataan permukaan bata tersebut dapat dikawal.

Kalau dulu bata hendaklah di lembabkan dahulu sebelum diikat untuk mengawal keadaan suhu antara motar dan bata di mana bata yang kering akan menyerap kelembapan dari motar dan motar akan cepat mengering tetapi tidak sekarang.Setiap 4 lapisan bata satu lapisan wire exmet di rentangkan dan susunan bata kembali disusun dan diulamg2 sehingga satu dinding tersebut siap.

Setelah siap dinding tersebut haruslah di tinggalkan sehari atau lebih gunaye untuk betul2 ikatan motar dan bata tersebut serasi dan barulah proses melepa di lakukan dan sebelum di lalukan lepaan pastikan lapisan bata tidak terlalu kering dan di simbah air dahulu untuk melembapkan.Campuran motar dan lepaan simen hendaklah betul iaitu 1.1.3 dan sebagainya kerana itulah yang mengawsl kualiti kemasan dan aspek ini telah di abaikan dan 20mm tebal lepaan pun telah di abaikan dan biasanye kalau terlslu tebal lepaan akan di buat secara 2 lapisan iaitu satu lapisan pengikat dan satu lapisan penghabis.

Kelemahan dinding bata nie selepas siap timbul keretakan halus seribu dan keretakan antara sambungan bata dan konkrit dan seringkali lepaan diulang apabila perkara tersebut terjadi atau lapisan nipis atau lapusan skim akan di lakukan dan biasa keretakan akan berlaku pada sambungan bata yang lurus dan lapisan ecmet wire tidak dipasang dan begitu jugs sambungan sejuk diantara konkrit dan bata dan seelok3nye satu lapisan di letakan diantara sambungan sejuk tersebut.

Dan amat menyedihkan 3 sekeluarga cedera di hempap dinding yang sedang di siapkan di sebuah rumah di Selayang pada 12/6/23 dan kalau lihat dari gambar boleh di simpulkan bahawa kerja2 di lakukan sendiri dan tidak mengikut saranan seperti di atas dan juga kejadian ini sudah banyak kali berlaku dan punca utamanya adalah untuk menjimatkan kos buruh dan juga material dengan mengambil jalan mudah cara2 membina dinding yang betul.

Manakala dinding konkrit lebih mudah cara pemasanganye dan terdiri dari berbagai2 jenis dari sekeping besar sehinggalah kekepingan yang kecil2 sekecil 600 mm panjang dan ketinggian mengikut bangunan dan setebsl 100 mm untuk dinding luar dan 75 mm tebal untuk dinding dalam dan ada jyga yang sejenis sekeping atau sistem modular yang mana dinding telah disiapkan di kilang dan diangkut dan di pasang di tapak secara sistem permainan lego.

Kebaikanye sistem ini cepat dan kurang keretakan dan servises seperti elektrik dan paip telah tersedia pasang didalam unit modular tersebut dan kelemahan untuk mengangkut uniy ini memerlukan loti yang besar dan panjang dan tentulah sukar di kawasan pendalaman atau kampung di mana jslan selebar 6 kaki aje.Dan banyak inovasi jenis2 dinding sekarang fiana tujuan utamanye untuk mengganti bata yang melambatkan proses pembinaan bangunan.

2.FLAT USANG DI KUALA LUMPUR

 Isu ini timbul kerana dalam kejadian ribut baru2 ini salah satu dinding di flat yang berpenghuni di kawasan bandaraya telah mengalami ketosakan yang perlu di ganti dan selang beberapa hari seorang taikun malaysia dengan rasa sedihnya apabila menengok keadaan flat yang usang berselerak di Kuala Lumpur.

Dulu pun kejadian yang sama berlaku di sslah sebuah kawasan di Cheras telah pun mendap dan flat tersebut terpaksa di kosongkan untuk pihak berkuasa membuat pemeriksaan dan hasilnya penduduk di benarkan pulang selepas di sahkan selamat dan yang tosak ataupun retak telah di baiki.

Bole ke kejadian ini di kawal atau di periksa sebelum sesuatu kejadian ini berlaku.Di dalam akta bangunan tidak silap ataupun di bawah undang2 kecil kpkt(maaf kalau tersilap) telah pun ade akta yang menwajibkan bangunan yang melebihi 10 tahun selepas mendapat CF dan ketinggian melebihi 10 tingkat wajib di buat pemeriksaan berkala setiap 10 tahun untuk mengetahui tahap keselanatan bangunan tersebut. 

Pihak JMB di arah oleh Suruhan Jaya Bangunan sesuatu majlis untuk melantik pihak jututera atau arkitek untuk melakukan pemeriksaan lengkap bangunan dan satu lapuran wajib di kemukan seleoas itu ke majlus untuk sesuatu tindakan.

Item2 untuk di periksa adalah struktur konkrit,dinding,kawasan tangki air,bumbung,kebocoran air,tembok penahan,jslan dan longkang.Kalau ade perkara yang memerlukan pemeriksaan lanjut satu lapuran lain akan di sediakan.Semua kos adalah di tanggung oleh JMB yang mana mendapat dana dari bayaran yuran dari penghuni bangunan kediaman tersebut.Itu cerita bsngunan tinggi lebih 10 tingkat dan bagaimana dengan bangunan di bawah 10 tingkat dan saya belum nampak ade akta atau undang2 kecil yang mewajibkan pemeriksaan berkala ini.

Rata2 flat usang adalah terletak du dalam kategori ini dan pihak DBKL atau KPKT mempunyai data jumlah bilangan flat yang dibawah 10 tingkat dan usianye telah melebihi 10 tahun.Sudah sampai masa satu akta bahru diujudkan bagi kategori bangunan ini.

Kebanyakan flat usang tidak mempunyai tabung untuk pembaikan kerosakan dan pihak kerajaan hendaklah menanggung kos2 yang terlibat.Jangan sampai ade nyawa yang melayang baru tergopoh gapah mencari penyelesaian.

No comments:

Post a Comment