Friday, December 13, 2019

PERLUKAH KAMERA PENGAWASAN DI TAPAK BINA?

Idea ini tercetus apabila menyaksikan episod demi episod salah satu rancangan di dalam Astro bertajuk Kamera keselamatan boleh menyelesaikan banyak kes-kes pembunuhan di Amerika Syarikat.Dengan adanye rakaman -rakaman dari kamera keselamatan yang di pasang di merata tempat-tempat yamg strategik dapat merungkai rentetan-rentetan kronologi sehingga terjadinya pembunuhan tersebut.Kebanyakan kes-kes tersebut dapat di selesaikan dengan mencari punca-punca terjadnye pembunuhan sehingga kes-kes tersebut selesai.

Bagaimana dengan pemasangan kamera pemgawasan di kawasan tapak pembinaan.Pemasangan kamera pengawasan jarang-jarang di pasang di kawasan tapak pembinaan.Yang ada hanyalah gambar-gambar yang di ambil secara statik pada tarikh dan masa yag tertentu sahaja.Perjalanan sesuatu kerja itu sehingga sesuatu aktiviti pembinaan itu sempurna tidak di rakam sepenuhnya.

Pihak wakil konsultan pun bukan nya ade selalu mengawasi setiap perjalanan aktiviti pembinaan setiap saat dan minit.Kadang-kadang pihak konsultan menghadiri menyuarat di luar tapak bina dan kerja-kerja diteruskan tanpa pengawasan dari pihak konsultan.Apa jadi dengan pengawalan kualiti?

Apakah kelebihan kalau memasang kamera pengawasan di tapak bina?

Antara kelebihan nya adalah seperti berikut:

1.Antara aktiviti2 pembinaan yang memerlukan kerja-kerja pengawasan 24 jam adalah
  a.Kerja-kerja menanam cerucuk
  b.Kerja-kerja konkrit yang terlalu besar isipadunya
  c.Kerja-kerja kekuda bumbung
  d.Kerja-kerja tembok penahan dan kerja-kerja tanah
  e.Kerja-kerja penanaman paip pembetung dan saluran air

2.Untuk pengesahan bayaran
   Sebelum pembayaran hendaklah di lakukan segala dokumen dan tatacara hendaklah mendapat pengesahan konsultan.Selalu menjadi perbalahan antara konsultan dan kontraktor yang mana terdapat item-item yamg ada dalam B.Q tetapi tak di buat di tapak bina tetapi ada dalam claim tetapi tidak ade dalam pengawasan konsultan dan item tersebut menjadi isu perbalahan.Isu ini bole di selesai melalui rakaman video dari kamera pemgawasan dan mengelakan perbalahan yang berterusan.

3.Isu keselamatan di tapak bina
Menjadi satu kesalahan jikalau pekerja dan kakitamgan pembinaan tidak menghiraukan aspek keselamatan di tapak bina.Walaupun penyelia keselamatan(safety officer) ade di tempatkan di tapak bina tetapt mempunyai masa yang terhad untuk memeriksa di setiap bahagian pada setiap masa,Dengan adenya rakaman video,pihak keselamatan dapat memantau aspek keselamatan pada setiap saat dan pada setiap bahagian terutama pada kawasan-kawasan yang memrlukan pemantauan keselamatan yang tinggi.

4.Isu kecurian
Sering terjadi kecuriam bahan-bahan binaan terjadi di tapak bina.Kecurian simen.besi dan sebagai dapat di cegah dengan adanye kamera pengawasn ini dan juga isu pelawat -pelawat yang tidak di benarkan masuk ketapak bina.

5.Untuk projek-projek yang bernilai tinggi atau berprestige.kadang-kadang perjalanan projek hendak di jadikan filem dokumentari,rakaman video dari kamera pengawasan ini menjadi bahan rujukan yang penting.



Thursday, December 12, 2019

PERANAN NGO DALAM BIDANG KEJURUTERAAN DI MALAYSIA


SAM gesa jelaskan apa sedang berlaku


SAHABAT Alam Malaysia (SAM) amat cemas dan bimbang berhubung kerja-kerja tanah dan pemotongan bukit yang sedang dijalankan di kawasan cerun yang amat curam di Mount Erskine, Pulau Pinang, berdekatan dengan pangsapuri Mont Residence di Tanjung Tokong.
SAM dimaklumkan berhubung kerja memotong bukit oleh penduduk Pulau Pinang yang amat prihatin dengan keadaan itu, yang turut berkongsi gambar kerja tanah yang sedang berjalan.
Advertisement
Kami difahamkan bahawa sebahagian kerja pemotongan bukit yang begitu ketara itu melibatkan cerun melebihi 250 kaki (75 meter) dan berada pada kecerunan yang amat curam iaitu melebihi 25 darjah.
SAM juga mendapati pada September 2018, Penang Hills Watch (PHW), yang merupakan sebuah inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah memaklumkan kepada pihak berkuasa dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengenai aktiviti pemotongan bukit.
Kami difahamkan bahawa PHW dimaklumkan bahawa ‘kerja mitigasi’ dijalankan di tapak itu, di mana tanahnya dimiliki oleh kerajaan negeri.
SAM menggesa pihak berkuasa dan MBPP menjelaskan apakah ‘kerja mitigasi’ ini dan kenapa cerun yang curam itu dipotong dan dibersihkan?
Dasar kerajaan negeri di bawah Pelan Struktur Pulau Pinang ialah untuk melindungi tanah bukit dan tidak membenarkan kerja-kerja tanah di atas tanah melebihi 250 kaki atau cerun yang melebihi kecerunan 25 darjah, dan memandangkan ini adalah tanah awam, kami amat bimbang dengan kerja pemotongan dan pembersihan bukit yang sedang berjalan.
Kami juga amat bimbang dengan banyak bahagian cerun itu yang kini sudah terdedah, dengan musim hujan sekarang, hakisan tanah yang serius akan berlaku, ini akan menyumbang kepada tanah runtuh dan banjir kilat di kawasan itu.
Kami juga amat bimbang akan berulangnya tragedi tanah runtuh sepertimana yang berlaku di tapak Granito dan Bukit Kukus di Paya Terubong yang membawa kepada kematian pekerja yang bekerja di kawasan itu.
Pihak berkuasa dan MBPP mestilah menjelaskan dengan segera kerja-kerja yang sedang berjalan itu dan juga mengambil langkah segera untuk mencegah sebarang kesan sosial dan alam sekitar disebabkan oleh aktiviti pemotongan bukit dan kerja tanah.
MEENAKSHI RAMAN
Presiden Sahabat Alam Malaysia – 19/11/2019

KUASA POLITIK MENGATASI KUASA LAPURAN TEKNIKAL KEJURUTERAAN


PSR banyak keburukan, tetapi diteruskan

EIA diluluskan JAS dalam 2 hari amat diragui

KEPALA BATAS: Perbahasan banyak pihak mengenai projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) yang bertujuan mendanai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion itu jelas mengutarakan begitu banyak keburukan bakal terjadi.
Mohd Farhan Yusri menyenaraikan sekurang-kurangnya lima impak negatif akan mengundang disebalik keghairahan Kerajaan  Pulau Pinang untuk tetap berdegil meneruskan projek berskala super mega itu.
Advertisement
Pertama menurutnya, terhadap alam sekitar yakni secara khusus kemusnahan kekal kepada ekosistem laut dan kedua, terhadap kehidupan golongan nelayan, manakala ketiga, kadar sumber perikanan serta pasaran jual belinya nanti.
Sementara keempat katanya, kampung-kampung warisan dan budaya berhampiran kawasan tambakan akan lenyap ditelan sejarah serta kelima terhadap geopolitik kependudukan rakyat asal yang menjadi wajah sebenar bumi Pulau Mutiara itu.
Keraguan terhadap Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang diluluskan dalam tempoh hanya dua hari, sedangkan projek tersebut berdepan 72 syarat wajib dipatuhi, selain 18 nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).
Farhan turut membidas betapa desakam projek PTMP juga telah mengkesampingkan sensitiviti umat Islam antaranya dalam kes Masjid Sungai Nibong Besar yang ‘dimangsakan’ ekoran perubahan jajaran Aliran Transit Ringan (LRT) sebagai sebahagian pakej projek.
Bidas beliau, tindakan Kerajaan  Pulau Pinang untuk tetap meneruskan semua projek super mega ini walaupun dibantah serta diminta tangguh oleh banyak pihak adalah kerana kuasa, sekali gus menuntut isu ini juga diselesaikan secara politik.
Tempelaknya, kerajaan yang memerintah seperti memandang enteng segala hujah dan tidak mempedulikan suara rakyat hingga dapat dilihat banyak tindakan bercanggah dari slogan dilaungkan mereka antaranya perubahan terhadap kehijauan alam semulajadi.
“Projek PSR ini beri kesan buruk. Lihat banjir yang kerap terjadi kini. Begitu juga penindasan terhadap nelayan, golongan lemah yang hidup miskin. Harga ikan hari ini dapat tengok sangat melambung. Begitu juga bila dilenyapkan kampung-kampung, beri kesan geopolitik.
“Ketika sama membangun projek perumahan yang tidak mampu dibeli masyarakat setempat. Menyebabkan mereka terpaksa berpindah keluar dari pulau. Hal ini sudahpun terjadi di Daerah Timur Laut di mana jumlah sedikit penduduk Islam menyebabkan Solat Jumaat tergendala, kerana makmum tak cukup.
“Paling utama, pembangunan cuba dilakukan ini tidak dibuat secara betul dan tidak mengambil kira komposisi penduduk di mana ini akan membawa situasi tidak aman kepada masyarakat di masa depan,” ujarnya. 

SUARA NGO MASIH TIDAK KUAT DAN INI LAH AKIBATNYA

Henti pemusnahan hutan di lereng bukit Banjaran Kledang

Sebahagian lereng bukit Banjaran Kledang telah dieksploitasi.
SATU lagi kawasan hutan di lereng bukit Banjaran Kledang iaitu bekas sebahagian Hutan Simpan Kledang Saiong (HS Kledang Saiong) seluas 500.2 hektar berhampiran Chemor dalam Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta telah mula dimusnah dan dieksploitasi sejak 1 November lalu.
Berdasarkan pemerhatian di lapangan pada 6 Disember, seluas kira-kira 20 hektar kawasan hutan telah dibalak secara tebang habis sehingga gondol.
Advertisement
Di samping itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) mempersoal sama ada pelesen kegiatan pengusahasilan (pembalakan) di bekas sebahagian HS Kledang Saiong tersebut telah mengemuka dan mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Laporan EIA) sebelum memulakan kegiatan pengusahasilan (keluasan kawasan kelulusan lesen pengusahasilan ialah 151.49 hektar).
Berdasarkan Jadual Pertama, Aktiviti 5(b), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015:
“Pembalakan, atau penebangan atau pengambilan kayu bagi maksud pengubahan hutan kepada kegunaan tanah yang lain meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih tetapi kurang daripada 500 hektar.”
SAM dan KUASA telah kerap kali menyuarakan kebimbangan dan menggesa Pihak Berkuasa Negeri tidak lagi memansuhkan sesuatu kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di samping mencadangkan supaya diwarta semula atau diganti kawasan tanah lain sebagai HSK tetapi saranan-saranan tersebut tidak begitu diambil perhatian.
Malah agenda pertama yang dibincangkan semasa pertemuan di antara SAM dengan YAB Menteri Besar Perak pada 19 Februari lalu ialah Pihak Berkuasa Negeri tidak harus memansuhkan sesuatu kawasan perlindungan terutama HSK tanpa justifikasi dan keperluan yang munasabah.
Walaupun pemansuhan sebahagian HS Kledang Saiong seluas 500.2 hektar tersebut adalah semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, YAB Menteri Besar selaku Exco yang bertanggung-jawab terhadap portfolio tanah, hutan dan sumber asli perlulah mengambil-kira kesannya kepada kesejahteraan alam sekitar dengan mewartakan semula sebagai HSK selari dengan salah-satu objektif Dasar Perhutanan Negara serta matlamat dan sasaran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) iaitu pada tahun 2020 keluasan HSK di Semenanjung Malaysia mencapai lima juta hektar.
Bekas sebahagian HS Kledang Saiong tersebut juga sepatutnya perlu dipelihara dan dilindungi kerana ia merupakan sebahagian daripada kawasan Geopark Lembah Kinta.
Setiap perancangan pembangunan khususnya yang melibatkan pengubahan guna-tanah yang hendak dilaksana oleh Pihak Berkuasa Negeri perlu merujuk dan mengambil-kira serta selari dan tidak bercanggah dengan semua dasar, pelan perancangan fizikal, ketetapan dan garis panduan berkaitan alam sekitar sedia-ada.
SAM dan KUASA berharap Pihak Berkuasa Negeri Perak akan meneliti dan memperhalusi semula lain-lain cadangan projek yang boleh memberi impak atau kesan ketara kepada kesejahteraan alam sekitar sebagaimana yang terkandung dalam salah satu inisiatif Manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
MEENAKSHI RAMAN
Presiden Sahabat Alam Malaysia – HARAKAHDAILY 10/12/2019

Tuesday, December 10, 2019

EKONOMI DIGITAL-SUDAH BERSEDIAKAH KITA?

Digital Economy as the country’s new growth engine

AS ILLUSTRATED by the most recent Government reports and analysis, the country’s digital economy is growing at an unprecedented rate. According to the Malaysian Statistics Department, the sector’s immense growth contributed 18.2 percent or RM224 billion to the economy in 2016, primarily through digital industry and e-commerce, while also employing 1.07 million people.

This hectic growth in the digital economy reflects the sector’s  wider regional pattern. For example, some 10 percent of Singapore’s GDP in 2017 was contributed by the island state’s digital products and services sector, and it is forecasted that the digital economy itself will contribute up to 60 percent of the country’s GDP by the year 2021.

A similar phenomenon is being witnessed in Hong Kong, where the digital economy’s products and services contributed 5 percent of its GDP in 2017, with its total contribution from the digital economy also anticipated to contribute up to 60 percent of its GDP by the year 2021.

With this frenetic rate of development, the region’s digital economy, including Malaysia’s, has seen aggressive expansion in both capital expenditures and investment. According to a recent study produced by Google, Temasek and Bain & Co., some USD200 billion in business opportunities exist in Southeast Asia’s digital economy space today.

This has seen the flow of capital funds to the sector in Southeast Asia rise to USD6.7 billion in the first six months of 2019 alone, marking an almost 10 percent leap from the same period in the year before. As a whole, the region’s digital economy has seen USD37 billion invested from 2015 until the first half of 2019.

Of this amount, e-hailing was the biggest beneficiary, receiving two third of all investments. This reflects the larger trend, with investors pouring more than USD14 billion in e-hailing services in the last four years alone.

Chief among the investor concerns noted by the Google, Temasek and Bain & Co. study include inconsistent policies and unforeseen developments; legal and procedural uncertainty and risks that inevitably lead to a lacklustre business model. The PAS Central’s Economic, Real Estate and Entrepreneur Development Committee feels it is timely for the Government to pre-empt such concerns here, and create an exhaustive infrastructural framework to support the country’s digital economic growth.

The Government needs to urgently consider two key factors to ensure that investments in the country’s digital economy is able to create and support substantive opportunities within the larger economy:

1.      The country needs a comprehensive set of laws to be drawn up to manage and monitor all digital economy activities, to ensure its continued momentum and subsequent growth within the scope and framework set by the Government, and to ensure it is in line with the country’s long term aspirations.

This is the opportune time for such measures, as Malaysia draws the 11th Malaysia Plan to a close in the year 2020. There is a need therefore for proper planning in the form of an exhaustive infrastructural framework for the digital economy sector, and create the most effective platform for the 12th Malaysia Plan which will begin in the year 2021.

Besides providing for the protection of investment and interests of all stakeholders, such a framework will also ensure the country maximises the returns from every investment made within the digital economy, and that the sector’s productivity gains are achieved accordingly. It is essential that both significant returns and productivity gains are achieved concurrently in order to avoid the Solow Paradox, in which productivity and returns are out of step with investments.

2.      As per our previous recommendation, Malaysia also urgently requires a specific taxation system for the digital economy, to ensure that the sector’s prolific growth is taxed appropriately, without either falling short of its responsibilities to the country nor burdening it unreasonably. The existing tax structures such as that provided via the corporate tax structure today does not provide for this, and is a situation that the Government needs to rectify in order to maximise the country’s returns, and close the widening fiscal deficit.

These two factors alone should form the backbone of any cogent and comprehensive framework that needs to be urgently created, if we are to learn from the lessons of the past, fulfil the potential within Malaysia’s digital economy and build a new growth engine for the country, in the most prolific and cost-effective space in the world today.


MAZLI NOOR
Vice Chairman 2
PAS Central’s Economic, Real Estate and Entrepreneur Development Committee

3 Rabiul Awal 1441H
1 November 2019 – HARAKAHDAILY 1/11/2019

WAKAF ADALAH SOLUSI UNTUK PEMBANGUNAN AKAN DATANG


MP PAS saran wakaf solusi pembangunan Kg Baru


KUALA LUMPUR: Isu pembangunan Kampung Baru mendapat perhatian ramai pihak sehingga dibangkitkan oleh pembangkang dalam Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan bagi Kementerian Wilayah dan Bandar, baru-baru ini.
Beberapa cadangan dan pandangan telah dilontarkan bagi menarik pihak kerajaan mengkaji untuk diambil tindakan bersepadu.
Advertisement
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam ucapannya telah mencetuskan idea wakaf sebagai solusi bagi membangunkan Kampung Baru.
Menurut beliau, wakaf mampu dijadikan langkah terbaik dalam berhadapan dengan saingan pelabur-pelabur luar sehingga mengakibatkan tiada peluang bagi orang tempatan kerana terbatas dari sudut kemampuan dana.
“Berdasarkan data di Kampung Baru, kita ada 101 hektar, Datuk Keramat 87 hektar, Segambut 293 hektar, Sungai Pencala 320 hektar.
“Ini semua adalah kawasan yang bersaing dengan pelabur-pelabur luar yang membangunkan projek-projek besar, bangunan-bangunan tinggi yang bernilai jutaan hingga timbulah isu kita akan menjual rumah pada orang luar sebagai rumah kedua mereka.
“Maka persaingan seumpama ini akan menenggelamkan jerung akan makan bilis kerana bilis tidak mampu bersaing dengan jerung.Maka wakaf adalah penyelesaian yang baik,” tegas beliau.
Dr Khairuddin berkata, mereka bergantung kepada tauke yang besar dan biasanya bukan daripada Melayu Islam dan mungkin warga asing daripada dana luar dan sebagainya.
Justeru, jelasnya wakaf satu penyelesaian dalam jangka masa panjang. – HARAKAHDAILY 22/11/20

TEKNOLOGI IBS UNTUK REVOLUSI IR 4.0

Syor IBS, 3D untuk projek RMM

BERDASARKAN Laporan Harta Tanah Separuh Pertama 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tanah, jumlah rumah kediaman yang diklasifikasikan sebagai ‘overhang’ paling tinggi adalah dalam lingkungan harga antara RM200,000 hingga RM400,000. Jumlah keseluruhan rumah bagi kategori tersebut telah mencecah 13,000 unit (39.8 peratus). Belum ada faktor yang pasti untuk menelah natijah tersebut sama ada berpunca daripada ketiadaan data permintaan yang tepat, harga yang masih terlalu tinggi atau masalah risiko dan akses kredit.

Tujuan penulisan artikel kali ini adalah lanjutan daripada soalan tambahan yang telah saya kemukakan di Dewan Rakyat, 2 Disember lalu. Saya bertanya kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai sikap segelintir pemaju perumahan yang masih kuat bergantung kepada tenaga buruh asing dan kurang beralih kepada penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS). Walhal IBS telah mula diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1999 menerusi inisiatif Pelan Strategik IBS.

Jawapan daripada Timbalan Menteri ialah, “Apa-apa penilaian untuk membuat projek menggunakan sistem IBS, terpulanglah kepada skala atau scale project, dengan izin, di mana hanya projek-projek di atas bilangan unit tertentu sahaja membolehkan IBS System digunakan”. Beliau menambah lagi, “Bagaimana pun, memang menjadi satu tujuan ataupun polisi kita untuk menggalakkan projek-projek perumahan yang besar. Seperti yang kita tahu, rumah mampu milik profit marginnya, dengan izin, adalah tidak besar dan kita tidak boleh memaksa setiap projek rumah mampu milik digunakan sistem IBS tersebut. Terpulanglah di atas feasibility atau viability projek-projek tersebut”.

Persoalannya, adakah harga jualan rumah mampu milik sukar diturunkan kerana margin keuntungannya kecil?

Salah satu pengiraan untuk mengukur tahap harga rumah mampu milik adalah berdasarkan kaedah ‘Median Multiple’ iaitu tiga kali pendapatan Median tahunan isi rumah. Menurut pendapat Bank Negara Malaysia (BNM) dan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga rumah mampu milik yang perlu ditawarkan ialah RM282,000 sahaja bagi pendapatan Median bulanan isi rumah (RM5,228). Namun, harga rumah mampu milik di pasaran adalah 11 peratus lebih tinggi iaitu kira-kira RM313,000.

Sementara itu, pada bulan Jun lalu telah tular info mengenai kenaikan harga simen sehingga 40 peratus. Kenaikan mendadak telah memberi tekanan harga dalam industri pembinaan. Kenaikan harga simen berlaku sebulan selepas pembelian 51 peratus saham (RM1.6 bilion) Lafarge Malaysia Berhad oleh YTL Cement Bhd. Hal ini bermakna, 70 peratus pengeluaran simen di Malaysia dikawal dan dimonopoli oleh YTL Cement Bhd. Harga sekampit simen (50kg) boleh mencecah sehingga RM16 berbanding RM12 sebelum ini. Menurut kenyataan Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (Penang), harga rumah dijangka turut meningkat 15 peratus – 20 peratus.

Jika benar margin keuntungan jualan rumah mampu milik adalah sedikit, maka usaha penstrukturan kos perlu dilakukan secara efisyen. Salah satu mekanisme untuk memastikan kos pembinaan berada pada tahap yang efisyen ialah dengan menggunakan secara penuh aplikasi sistem teknologi seperti IBS. Selain mampu mengurangkan kos, IBS juga mampu menyiapkan projek dalam tempoh singkat. Justeru, pelaburan terhadap teknologi pembinaan perlu diutamakan termasuk memberikan latihan awal kepada para pekerja industri.

Selain itu, objektif penggunaan teknologi pembinaan seperti IBS adalah untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh asing. Setakat ini, jumlah pekerja asing dalam sektor pembinaan ialah seramai 330,000 orang, kira-kira 19 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja asing di Malaysia yang dianggarkan sekitar 1.75 juta orang. Sebagai rekod, had penggajian pekerja asing yang telah ditetapkan oleh Kerajaan adalah 15 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja (15.67 juta : S3 2019). Meskipun jumlah tersebut masih rendah, namun isu aliran keluar wang dan keselamatan negara adalah prioriti utama.

Definisi IBS telah mula diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Dietz sebagai “a total integration of all subsystem and components into overall process fully utilizing industralized production, transportation and assembly methods”. Setelah melalui pelbagai kupasan definisi dalam industri pembinaan, maka IBS ditakrif sebagai “an innovative process of building construction using concept of mass production of industralized systems, produced at the factory or onsite within controlled environments, it includes the logistic and assembly aspect of it, done in proper coordination with thorough planning and integration”.

Sebahagian mengistilahkannya sebagai Modern Method of Construction (MMC) atau Offsite Manufacturing (OM). IBS adalah inovasi dalam industri pembinaan. Ia menggunakan komponen pra siap (pre-fabrication) yang disediakan di kilang berdasarkan permintaan daripada kontraktor. Justeru, ia akan mengoptimumkan kerja dan kos binaan, kos buruh, tahap keselamatan dan penjagaan alam sekitar yang lebih baik di tapak pembinaan. Terdapat lima komponen utama IBS yang digunakan secara meluas di Malaysia iaitu Sistem Kerangka, Panel dan Konkrit Pratuang, Sistem Kerangka Keluli, Sistem Acuan, Sistem Kerangka Kayu dan Sistem Blok. Boleh rujuk lebih lanjut di Galeri Komponen IBS di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur untuk melihat lebih lanjut setiap komponen tersebut.

Penggunaan IBS di Malaysia mempunyai ‘proven track record’. Menurut CIDB, sejak IBS dipakejkan kepada sistem yang lebih berkualiti, ia telah menjadi salah satu komponen utama dalam pembinaan ‘signature buildings’ di Malaysia sejak tahun 1990-an. Projek KLIA, KL Sentral, LRT, Putrajaya, Cyberjaya dan Menara Berkembar Petronas KLCC banyak bergantung kepada komponen IBS. Oleh itu, penggunaan IBS dalam industri pembinaan di Malaysia tidak perlu dipertikaikan. Isunya, adakah penggunaan IBS dalam industri pembinaan sesuatu yang ‘viable’ atau ‘feasible’?

Beberapa tahun lalu, beberapa orang pelajar politeknik dan kolej komuniti telah membina sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik di Besut dengan kos sebanyak RM20 ribu sahaja. Meskipun, faktor lain seperti lokasi perlu diambil kira, namun pelaksanaan sistem IBS dalam projek tersebut sangat baik. Oleh sebab itu, ketika YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sangat impresif dengan Precast Technology yang dibangunkan oleh industri pembinaan Singapura, ia sangat pelik. Walhal, teknologi tersebut sudah lama diaplikasikan di Malaysia.

Begitu juga apabila YB Menteri umum akan melaksanakan semua projek rumah mampu milik di bawah Kerajaan dengan menggunakan sistem IBS pada tahun 2024, ia agak lewat. Adakah sasaran untuk membina 100,000 rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun akan tercapai? Sewajarnya, Kerajaan dan CIDB perlu agresif melahirkan dan memberi akreditasi kepada lebih ramai pekerja binaan, profesional dan penyelia tapak binaan untuk menggunakan IBS. Maka, industri pembinaan lebih laju dan bersedia untuk memenuhi permintaan pasaran dengan penstrukturan kos yang lebih efisyen dan efektif.

Sekarang dengan zaman robotik dan automasi, industri pembinaan khususnya perumahan telah mula mencerap perubahan ke arah pelaksanaan projek lebih berinovasi iaitu ‘3D Printed Housing’ atau Percetakan Konkrit 3D. Beberapa syarikat luar negara telah mula merintis projek ‘3D Printed Housing’ seperti ICON (Amerika), WinSun (China) dan Apis Cor (Rusia). Di UAE, mereka telah mensasarkan untuk menjadi hab ‘3D Printing’ dunia menjelang tahun 2030 dan 25 peratus daripada bangunan baharu kerajaan akan menggunakan teknologi tersebut pada tahun 2025.

Di mana kedudukan Malaysia? Difahamkan beberapa buah universiti telah mula menjalankan beberapa projek rintis seperti di UiTM dan Kolej Kejuruteraan USM. Namun, sejauhmana ia telah menunjukkan keberhasilannya? Projek perumahan mempunyai pelbagai material pembinaan yang rencam. Penggunaan 3D Printing akan mengubah pelbagai struktur. Ia juga akan melibatkan kestabilan sesuatu projek. Kerajaan harus mempunyai dasar dan hala tuju yang jelas mengenai hal ini terutama untuk memastikan aksesibiliti kepada rumah mampu milik lebih terjamin, tersedia dan pada harga yang lebih murah.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
11 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 11/12/2019
Advertisement