Thursday, October 24, 2019

TIANG SERI DALAM SESEBUAH BANGUNAN? MITOS ATAUPUN FAKTA


Tiang seri adalah amat popular atau pun penting dalam pembinaan rumah atau bangunan yang berasaskan kayu pada sejak beratus tahun dahulu.Tiang seri mempunyai banyak peranan ataupun fungsi.Fungsi utama nya adalah:


  • tiang pertama di dirikan untuk sesebuah bangunan ataupun rumah
  • tiang-tiang terletak di tengah-tengah rumah atau bangunan
  • tiang sendi rumah
  • tiang yang tak bersambung
  • ade terletak di ke empat sudut bangunan
Tiang seri yang paling tinggi terletak di Istana Lama Seri Menanti,Negeri Sembilan.Istana ini mengandungi 99 buah tiang dan 4 tiang adalah berfungsi sebagai tiang seri.Saiz tiang seri ini adelah 340 mm x 340 mm dan berketinggian 19.9 m dari tanah.Lain-lain tiang adelah berukuran 7.5 inci x 7.7 inci.Tiang ini tak bersambung.

Penanaman tiang seri ini di buat bersama-sama dengan ritual dan bahan seperti besi,emas dan duit siling di tanam untuk mendapat seri dan keberkatan untuk menduduki rumah tersebut.

TAFSIRAN TIANG SERI DALAM PEMBINAAN MODEN
  • pembinaan masjid -terdapat empat tiang seri di ruangan solat utama selain berfungsi untuk menahan struktur kubah dan bumbung,ia adalah berfungsi sebagai tiang utama dalam pembinaan nasjid tersebu
  • pembinaan rumah-pihak perekabentuk jarang menentukan kedudukan tiang seri di dalam pembinaan ini tetapi penulis yang berpengalaman merekabentuk struktur rumah banglo1,2 atau 3 tingkat mendapati bahawa tiang seri memang ujud di dalam pembinaan rumah moden.Cuma tiang seri mempunyai saiz yang agak besar dan beban  yang di tanggung adelah besar di bandingkan dengan tiang-tiang lain.Cuma kedudukan berubah-berubah antara sebuah rumah dengan rumah yang lain.
  • pembinaan bangunan tinggi-pembinaan tiang seri di namakan sebagai teras utama struktur benbentuk tiang seri atau lubang lift berfungsi sebagai penahan gegaran dan goyangan dari gempabumi dan tiupan ribut dan taufan.
CADANGAN UNTUK BANGUNAN DI ZAMAN MODEN INI

  • untuk rumah banglo-pihak perekabentuk hendaklah mengenal pasti kedudukan tiang seri ini seeloknya biarlah 4 bilangan.Dengan mengenal pasti kedudukan tiang seri ini pihak jurutera akan merekabentuk tiang ini berlainan dengan tiang-tiang lain
  • untuk projek perumahan-setelah mengambil kira arah angin,pihak perekabentuk boleh mengenalpasti rangkaian tiang seri untuk sederet rumah atau bangunan
  • untuk bangunan sekolah atau bangunan yang bentuk memanjang-satu unit modular atau bay bertindak sebagai unit tiang seri.Unit taing seri ini adalah berselang 4 atau 5 bay setiap deret bangunan
  • untuk bangunan tinggi-tiang seri adelah boleh berbentuk lubang lif atau sekumpulan 4 atau 5 atau 6 bilangan tiang bergantung kepada bentuk bangunan
KRITERIA TIANG SERI

  • saiznye lebih besar dari tiang2 yang lain
  • gred konkritnye mungkin lebih tinggi
  • saiz re bar adelah besar sekurang-kurang T16
  • saiz linknye sekurang2nya R10
  • lappingnye lebih  drp 40 D
  • saiz asas penapak adelah lebih besar dari lain-lain
  • juga re bar sekurang -kurang nye T16
  • kalau cerucuk di gunakan bilangan adelah banyak melebihi bilangan yang paling banyak
BACA LEBIH LANJUT

No comments:

Post a Comment