Thursday, October 24, 2019

INDUSTRI BULUH DALAM PEMBINAAN

PERTAMA :Penulis di lahirkan dan di besarkan sehingga mencapai usia 15 tahun di sebuah perkampungan di sempadan negeri sembilan dan melaka.Penulis mengenal buluh ini kerana setiap kali ade kerja kahwin di kampung,penangah ataupun khemah(istilah zaman ini) adelah diperbuat dari buluh untuk struktur utamanye.Baik penangah makan dan penangah memasak.

Sebulan sebelum kerja kahwin,orang-orang kampung bermesyuarah atau berkampung untuk mengatur strategi menetapkan tarikh untuk mendirikan penangah.Tiba hari yang di janjikan,orang kampung berkumpul untuk ke hutan mencari buluh untuk membuat penangah.Buluh yang bersaiz besar di gunakan untuk tiang manakala yang bersaiz kecil untuk struktur meja hidangan ataupun tempat duduk.Buluh yang panjang sehingga 20 kaki di angkat beramai-ramai ke rumah pengantin.

Kerja-kerja mendirikan penangah mengambil masa sehingga 2 minggu sehingga siap.Tiang di dirikan dahulu kemudian kasau atap di ikatkan atau di pasangkan untuk menguatkan lagi kestabilan struktur tersebut.Untuk kestabilan di bahagian bawah,struktur tempat duduk di bina.Untuk penyambungan.simpai yang diperbuat daripada rotan di gunakan.Setiap penyambungan takikan akan di buat untuk menguatkan lagi kekuatan sambungan tersebut.Buluh basah atau mengandungi kelembaban adelah lebih kuat berbanding dengan buluh kering.

KEDUA: Penulis sekitar tahun 1980 an memulakan kerja sebagai jurutera didalam industri pembinaan dan buluh amat terkenal di gunakan sebagai pagau atau perancah untuk kerja-kerja mengikat batu bata dan membuat kerja-kerja plaster.

KETIGA:Sebagai struktur sign board ataupun gerbang masuk kedalam sesebuah kampung.Biasanye untuk signboard atau pun kain rentang yang ringan sahaja di gunakan buluh ini dan struktur gerbang biasanye di buat pada hari menjelang puasa di mana lampu-lampu dan pelita di pasang di gerbang ini untuk menyambut tetamu pada hari raya.

KEEMPAT:Sebagai perancah atau paltform untuk kerja-kerja di tempat-tempat tinggi dan bercerun.Buluh adelah ringan dan boleh di angkat tanpa menggunakan mesin untuk ketempat yang lebih tinggi

KELIMA:Sebagai jambatan sementara merintangi sungai ataupu terusan yang kecil dan juga sebagai jeti untuk bot-bot kecil berlabuh dan mendaratkan ikan

KETUJUH:Sebagai saluran air daripada punca air yang tinggi.Dengan kuasa graviti air dari kawasan pergunungan akan di salurkan mengunakan buluh ke kawasan yang lebih rendah

KELAPAN:Sebagai lapisan dinding,buluh di buat lapisan nipis dan di simpai mengunakan rotan dan di anyam menjadi satu lembaran dinding dan di lekatkan ke tiang

KESEMBILAN:Sebagai rasuk dan kepingan lantai.Rasuk atau gelegar daripa buluh yang bersaiz besar dan kepingan -kepingan buluh di buat sebagai lantai.

KESEPULUH:Sebagai tulang bagi mengikat daun nipah-daun nipah untuk membetuk sekeping atap nipah yang meluaskan digunakan untuk bahan bumbung.


BULUH DI ZAMAN MODEN

  • Industri Kraf
  • Industri Perabot
  • Industri Kutleri
  • Industri Hiasan dan lanskap
  • Industri Fabrik
  • Industri Makanan
JENIS-JENIS BULUH SESUAI UNTUK BAHAN BINAAN:
  • buluh semantan
  • buluh betong
  • bulug akar
KEKUATAN :(spesis luar negara)
  • kekuatan 'tensile'-160 N/mm2
  • kekuatan ;shear'-8 N/mm2
  • kekuatan 'bending'-50 N/mm2-150 N/mm2
  • kekuatan 'compressive'-40 N/mm2-80 N/mm2
KEGUNAAN:
DiMalaysia cerucuk Bampile(Bamboo+ concrete pile) menggantikan bakau pile
Di luar tengah di uji untuk menggantikan re bar atau bahan kompasit dengan konkrit

CADANGAN DAN PENDAPAT PENULIS:
  • memandangkan buluh adelah tumbuhan hidup untuk mendapatkan bekalan yang tetap dan banyak adelah mustahil di bandingkan dengan re bar,kegunaan sebagai ganti  bahan binaan adelah tidak di galakkan
  • banyakan kajian -kajian untuk kegunaan buluh sebagai bahan-bahan untuk hiasan,kraf,perabot dan element lanskap
  • kajian menunjukan buluh adalah lebih kuat dari setengah kayu tetapi pengunaan kayu hendaklah di hadkan bagi memelihara alam sekitar dan hutan guna untuk mengimbagi kesan green house
  • memandangkan kadar penyerapan CO2 buluh adalah 32%.tanaman buluh hendaklah di kekalkan sebagai tanaman
  • BACA LANJUT
2.SURAU DI PERBUAT DARI BULUH

 Minggu lepas kerajasn membuat suatu kenyarasn untuk membina surah buluh yang pertama di Malaysia di Kuala Nerus dengsn kerjasama MITB dan agensi swasta.Dengan berkeluasan 3000 m3 dan peruntukan 400k,model surau ini akan di jadikan rujukan untuk projek2 seterusnya.

Ladang buluh pula di ujudkan untuk memastikan bekalan buluh tidak terputus.Bukan semua jenis buluh bole di gunakan.Buluh yang keras,tebal dan tahan serangan penyakit sahaja di gunakan.Buluh perlu di rawat sebelum fi gunakan sebagai struktur bangunan.Buluh juga ada sebagai bahan hibrid yang di gabungkan dengan konkrit untuk di jadikan bahan utama pembinaan.

Kajian lebih lanjut di perlukan sebelum buluh dapat di komersialkan sebagai salah satu bahan binaan.Bagi masyarakat orang asal penggunaan buluh amat senonim dengan mereka,dari alaran sumpit sehingga ke rumah dan seterusnya kebakul anyaman mereka.

Penulus berkesemparan merasai penggunaan buluh sebagai bahan binaan sementara.Dulu3 khemah belum popular lagi untuk dijadikan sebagai penangah untuk majlis kahwin.Sebulan sebelum majis pemuda dan orag kampung bergotong royong untuk mencari buluh.Biasanya buluh yang berketebalan 10mm akan di tebang yang panjangnya lebih kurang 5 m.Mungkin 1 atau 2 hari proses menebang dan mengumpul buluh2 tersebut.

Pemasangan dengan di mulakan dengan kerangka dahulu seperti tiang di tanam kemufian alang atas dan seterunya slang bumbumg di pasang Di bahagian sambungan buluh di takek sedikit dan di lekatkan dengan memggunakan simpai rotan dan diikat kemas.Tempat duduk dan meja pun di perbuat dari buluh yang disusun rapat dan diikat dengan menngunakan rotan.Tempat gerbang persandingan juga di perbuat dari buluh dan dihiasi tiang tersebut dengan berbagai warna.

Adat minangkabau pengantin di arak dengan tandu yang di perbuat dari buluh juga dan tandu jenazah pun di perbuat dari buluh.Untuk merentasi anak sungai ,jambatan yang di perbuat dari buluh dan juga untuk mengambil buahan2 yang tinggi pengalah dari buluh juga di gunakan.Rangka atap rumbia di perbuat daripada buluh dan ada sesetengah rumah dinding di perbuat dari kepingan buluh.

Buluh telah sebati dengan kehidupan  manusia dahulu sehingga teknologi material binaan bertambah maju seperti besi dan konkrit.Kajian lanjut terhadap kekuatan regangan,kekuatan mampatan, kadar tahan haba, pengecutan dan pengembangan harus di lakukan sebelum teknologi buluh bole di kembangkan.

Bertuahlah  satu tempat di resort di Hulu Langat,Kajang yang chalet2 nya di perbuat dari pohon buluh ini dan tahniah kepada JPS yang telah memulkan inovasi bamboopile untuk menggantikan cerucuk bakau yang di gunakan untuk mejaga tebing2 sungai dari hakisan.

Semoga usaha ini berjaya.

No comments:

Post a Comment