Makna rezab secara umum adelah simpanan untuk sesuatu tujuan.Rezab sungai membawa makna kawasan di kiri-kanan sungai yang di khaskan untuk ban dan dataran banjir.Mengikut Akta 56/1996 dan Garis panduan JPS
- > 40 m kelebaran bahagian paling sempit-50m rezab
- 20-40 m-40 m
- 10-20 m-20 m
- 5-10 m-20 m
- <5 m-5 m
- koridor sungai 50 m dari sempadan rezab sungai
Sehingga kini masih tidak ada apa-apa kajian yang di lakukan untuk penandaan sempadan rezab sungai di seluruh negara.Bila masyarakat awam tidak tahu tentang sempadan rezab ini, mereka dengan sengaja melanggar atau mendirikan bangunan haram di kawasan rezab ini.
Dengan ketidaketahuan umum tentang apa kepentingan rezab sungai dan denda yang akan di kenakan keatas pelaku yang membina apa jua jenis bangunan di kawasan,sampai bila pun masaalah penempatan haram ini tidak selesai.Pemasangan papan tanda pemberitahuan tentang sempadan rezab sungai dan amaran denda hendaklah didirikan sebanyak lokasi yang boleh.
Kejadian pengosongan rumah-rumah yang di bina di atas rezab sungai Kedondong baru-baru ini menimbulkan impak dan spekulasi yang buruk kepada kerajaan negeri.Ada penduduk yang mendakwa rumah mereka tidak berada dalam rezab sungai dan ada yang mendakwa kejadian banjir jarang berlaku di kawasan tersebut.Penulis seperti juga orang awam yang lain tertanya-tanya manakah satu dakwaan yang betul.
Pengumuman dan penerangan dalam akbar atau dalam media sosial di perlukan untuk menjelaskan secara teknikal status rezab sungai dan sekaligus menjernihkan situasi dan spekulasi yang tidak betul dari pandangan masyarakat yang jauh ini.

Langkah-langkah:
- pemetaan keadaan rezab sungai seluruh malaysia
- menanda sempadan rezab sungai dan di pagar kawasan2 yang agak kritikal
- pasang papan tanda amaran tentang denda dan sebagainya
- buat 'road show' menerangkan kepentingan rezab sungai seperti kempen perangi denggi yang amat berkesan
- memantau aktiviti penempatan haram dengan kamera dan dron
- menggunakan akta dan mengadakan penguatkuasa rezab sungai untuk memantau aktiviti di tebing sungai
- ukuran rezab sungai di update atau di buat pelurusan tebing untuk menstabilkan ukuran maksima rezab sungai
- untuk sungai yang mengalami kerokan tebing yang teruk,pembinaan terusan di cadangan dan rezab sungai boleh di kecilkan
No comments:
Post a Comment