MADRASAH RAMADHAN
▼
Pages
▼
others related field
▼
Thursday, October 24, 2019
KERETAKAN BANGUNAN PANGSAPURI TAMAN KERAMAT PERMAI
Kawasan Pangsapuri Tmn Keramat Permai adalah terletak di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan kedudukanya adalah tidak jauh dari KLCC.Pangsapuri sebanyak 12 blok yang berketinggian 4 tingkat setiap blok adalah di majukan oleh pihak PKNS dan siap diduki pada tahun 1991 dan telah berusia lebih 28 tahun.
Baru-baru di kejutkan iaitu pad 29 April 2019, salah satu blok iaitu Blok F telah mengalami 10 keretakan yang teruk (aiitu melebihi 10 mm-kategori major crack) sehingga memaksa 37 famili terpaksa berpindah ke tempat yang selamat.Pihak kerajaan negeri telah melantik pihak IKRAM dan A dan Z Konsultant untuk menjalan kajian dan pemeriksaan yang teliti keatas bangunan ini.
Hasil dari kajian dan sample tanah yang di ambil punca utama keretakan adalah bangunan menjadi tidak setabil disebabkan "erosion" di bawah permukaan tanah yang berlaku di kawasan salah satu tangga yang menyebabkan kawasan bawah tanah tersebut menjadi kosong dan menjadikan kawasan tangga itu menjadi tak stabil dan turut menyebabkan bahagian-bahagian lain menjadi tak stabil dan turut menhasilkan keretakan.
Pihak IKRAM mengesahkan bangunan tersebut selamat lagi di duduki tapi tak tahu sampai bila.
BAGAIMANA NAK SELESAIKAN MASALAH INI?
Bangunan ini tidak dilindungi oleh AKTA 133 ,Akta Jalan,Parit Dan Bangunan 1974,Jadual Kelima Seksyen 85A kerana bangunan tersebut tidak melebihi 5 tingkat.
Menurut polisi perumahan negara ,bangunan yang berusia 30 tahun sahaja yang akan bole di buat pembangunan semula ,itupun dengan persetujuan semua pemilik.
Polisi baru baru hendak di rangka untuk bangunan kediaman awam yang bertingkat akan di buat pemeriksaan setiap 5 tahun.
Penyelesaian smentara semua keretakan di baiki dengan kadar yang segera dan di pantau pergerakan keretakan pada setiap masa.Pendapat penulis tidak perlu menunggu sehingga 30 tahun sepertimana dalam polisi atau sehingga ada nyawa yang melayang seperti trajedi Bangunan Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa.Pihak PKNS atau kerajaan boleh menjalan perbincangan untuk membangunkan semula kawasan tersebut.Mungkin mengambil masa 1 atau 2 tahun untuk mengambil persetujuan semua pemilik2.Untuk menyediakan kawasan bangunan sementara seramai 3 ribu penduduk mengambil masa dan kos.Dua karakter utama telah berlaku keretakan yang serius dan umur bangunan tersebut telah menghampiri usia,dan pada pendapat penulis bangunan tersebut adelah tidak selamat untuk di duduki.
Dalam pembangunan yang baru biarkan bangunan yang akan di bina adalah melebihi 5 tingkat supaya ade akta yang kuat melindungi pemilik2 dan nyawa yang mendiami bangunan tersebut.Dengan adenya teknologi lif yang terkini,sistem IBS yang menpercepatkan lagi tempoh pembinaan dan sistem cerucuk yang kedalaman nya bole beratus-ratus kaki,pemilik2 mampu membeli kembali unit tersebut dengan harga yang mampu beli dan dengan adenya diskaun dari PKNS.
No comments:
Post a Comment