Semalam di negeri sabah,seorang pekerja binaan berbangsa Indonesia maut apabila tertimbus tanah di salah sebuah projek pembinaan.Mayat telah pun di keluarkan dan siasatan masih di jalankan untuk mencari punca nahas tersebut.
Dalam tahun ini telah banyak kejadian pekerja tertimbus tanah dan maut.Kenapa fenomena ini sering terjadi sedangkan kaedah,panduan untuk mengelakan atau mengawal situasi di kawasan korekan telah lama dan di praktikan.Tapi masih juga berlaku.
Apakah kaedah dan paduan tersebut meremehkan dan melambatkan kerja.Salah satu panduan adalah di keluarkan oleh pihak OSHA ataupun "Best Practise on Occupational safety and Health in Construction Industry 2019,Department of OSHA,Ministry of Human Resources.Kaedah dan panduan untuk berkenaan dengan langkah2 keselamatan ada di nyatakan dalam Chapter 19-Excavation Works,sub -chapter 9.6.6 dan 9.6.7 yang menyatakan kaedah yang am tapi lengkap dan hendaklah di ubahsuai mengikut keadaan setempat.
Apabila ia melibat kan Akta CIDB,ia lebih kepada bentuk hukuman dan denda yang akan dikenakan.Sikap remeh dan memandang ringan terhadap langkah2 pengawalan keselamatan ini selalu mengundang tragedi ini.Hukuman yang lebih ketat di kenakan setelah di kenalpasti kesalahan2 yang berlaku melanggar panduan dan kaedah yang telah ditetapkan.
Perkara kemungkinan pekerja asing ini memandu jentera untuk kerja 2 pengorekan.Dengan tidak mempunyai lesen yang sah,fenomena ini telah menjadi biasa di tapak pembinaan.Mesin penghentak cerucuk adalah yang paling selalu di operasi aatau di pandu oleh pekerja asing dan yang kedua adalah mesin pengorak tanah.Mengikut OSHA,setiap pemandu mesin atau jentera pembinaan adalah tertakluk kepada Akta Kilang dan Jentera.Pemandu wajib mempunyai lesen yang sah dan dan juga permit dari PMA kalau tidak silap.
Projek-projek berskala kecil sering terjadi perkara2 di atas yang mana semua kerja2 di serahkan kepada sub kontrak yang tidak berwibawa dan tenaga kerja yang terhad.Semua kerja di pantau atau dijalankan mengikut apa yang di fikirkan di otak tanpa ada panduan,
Itulah penamat cerita pada tahun 2020 yang penuh dengan cabaran. Cabaran yang paling besar adalah penyakit covid 19 yang menular yang mengubah semua lanskap cara kerja termasuk di dalam sektor pembinaan.Di harap tahun 2021 ada sinar untuk penyakit ini lenyap dan semua aktiviti akan berjalan seperti biasa dan mengikut norma bahru,
Selamat menyambut tahun bahru 2021.