Isu kondo runtuh di Taman Desa,Jln Klang Lama masih lagi hangat.Sejak 2 hari yang lepas beberapa orang menteri telah mengeluarkan beberapa kenyataan.Pada hari ini seorang menteri telah membuat kenyataan yang peraturan baru atau garis panduan baru yang melibatkan kontraktor ,pemaju dan perekabentuk hendaklah di kaji dan di luluskan.
Pada hemat atau pandangan penulis ,bidang pembinaan telah pun mempunyai akta2 yang cukup selain garis panduan dan juga MS speksifikasi yang boleh di guna pakai untuk menghalang terjadinya keruntuhan ini.
Akta Bangunan Seragam-akta yang sudah lama di gunakan di seluruh dunia
Akta Jalan dan Parit juga telah di gunakan sekian lama sejak merdeka
Akta CIDB dan garispanduan atau CES telsh di rangka sejak puluhan tahun untuk mengawalselia kualiti pembinaan bagi berbagai- bagai bidang contohnya pemasangan perancah pemasangan kekuda bumbung dan sebagainya yang bole di jadikan panduan untuk mengawalselia kualiti pembinaan dan seterusnya mengawal tahap keselamatan sesuatu aktiviti pembinaan
MS atau BS telah wujud lama sejak tahun1900 yang memberi panduan secara tentang memantau kualiti bahan dan perlaksanaan aktiviti2 pembinaan
Akta Keselamatan Perkerjaan telah lama di wujudkan untuk memberi garispanduan dan perlindungan kepada pekerja2 di tapak bina
Berjenis-jenis spesifikasi telah di kepilkan bersama borang tender spabila kontraktor atau pemaju mengira kadar harga setiap bahan untuk mendapat kos keseluruhan ptojek.Untuk bidang2 baru MOS di kepilkan juga apabila sesuatu aktiviti pembinaan hendak di jalankan
Bagi pandangan penulis bukan kekurangan garis panduan atau pun akta tapi lebih kepada kekurangan aspek pemantauan dari segi kualiti dan aspek keselamatan dan pelanggaran 2 aspek ini menjadi punca banyak kemalangan di tapak bina
Oleh kerana banyak projek swasta,pemaju akan mengawal pihak perunding dan pihsk kontraktor.Pihak maju mahukan keuntungan dan cepat siap manakals pihak perunding mahukan kualiti ,satu bentuk pertembungan dari segi tugas2 masing2 di tapak bina dan di sebabkan bayaran perunding dari pihak pemaju bole di bayang kan tahap kualiti dan aspek keselamatan berada.
Bukan semua pemaju bersikap demikian tapi dari segi formula dan harakinya serta konsep yang demikian maka ia banyak terjadi.Penulis mencadang projek2 yang bernilai lebih dari 10 jutta,pemetiksa luar terdiri dari perunding2 bebas di lantik untuk mengesahkan atau memeriksa dari segi rekabentuk dan pemantauan projek.
Pihak Lembaga semua petunding telah ada pemeriksa luar ini tapi adakah di gunapakai?
Mungkin denda atau penalti yang ada dalam setiap akta terlalu am tafsiranya yang mana banyak pihak berani melanggarnya.Pembuktian amatlah penting kerana proses penyiapan sesuatu aktiviti mengambil masa berhari2 atau berbulan dan tanpa bukti yang kukuh,kes bole di buang begitu sahaja.
Cadangan penulis penalti atau denda yang di kenakan hendaklah lebih terperinci dan setiap item kualiti dan keselamatan di kenakan denda yang lebih tinggi untuk mengekang aspek ini di abaikan.
Pemasangan kamera pemantauan wajib di pasang di tapak projek.
Pihak pemaju di kehendaki memohon kepada CIDB untuk mengadakan pemetiksa ketiga bagi memantau aspek kualiti dan keselamatan.
Penggunaan IBS hendaklah di wajibkan semasa kelulusan sesuatu projek pembinaan .
Walaubagaimanapun punca sebenar kejadian belum di kenal pasti dan pandangan penulis adalah pandangan dari sudut kejuruteraan.
No comments:
Post a Comment