Sunday, February 9, 2020

PENGALAMAN PEMBINAAN LEBUH RAYA DI MALAYSIA

Penulis berkongsi pengalaman mengawasi projek pembinaan penambahan  atau pembaikan lebuhraya antara Sg Besi dan Seremban lebuhraya Utara-Selatan pada tahun 1993.Penulis berkerja sebagai Penolong Jurutera di pejabat tapak bina berdekatan dengan pejabat IKRAM sekarang.Penulis berkerja dengan syarikat konsultan yang terkenal dengan di ibukota dan sering di anugerahkan kerja-kerja konsultan umtuk pembinaan lebuhraya baik dalam negeri maupun luarnegeri.

Terdapat 5 bahagian kategori pengawasan:
  a. Bahagian Kerja Tanah
  b,Bahagian Pavemen
  c,Bahagian Konkrit
  d.Bahagian Utiliti
  e.Bahagian Makmal

Penulis di tugaskan ke bahagian pavemen.Dari penyediaan subgrade hinggalah ke lapisan kemasan turapan(wearing course).Antara proses-proses penting adalah kerja-kerja pengorekan.pengesahan 'unsuitable material',penambakan pasir untuk bahan subbase 1 dan subbase 2,kerja-kerja penyiraman lapisan bitumen dan seterusnya kerja-kerja penghamparan lapisan asas dan lapisan kemasan.

Penulis tidak kan membincangkan kaedah pembinaan lebuh raya,banyak nota-nota dan penerangan bole di dapati dalam buku-buku dan banyak laman sesawang di internet yang telah menerangkan kaedah pembinaan lebuh raya .

Cuma penulis ingin mencatitkan makna-makna yang penulis kira adalah biasa dalam pembinaan lebuh raya:

Dipping-adalah satu proses pengukuran ketebalan  atau ketinggian setiap lapisan sebelum penambakan atau penghamparan sesuatu lapisan hendak di jalankan.Alat yang lurus di letakan di aras yang sudah ditentukan dan kemudian pengukuran di lakukan dengan pita pengukur pada setiap 1m sela secara mendatar.Dengan bacaan yang tolerenye kurang drp 10 mm,bacaan tersebut d luluskan.

Right of Way- adalah sempadan kerja di kiri dan kanan sesuatu jajaran lebuh raya tersebut.

Kerja Milling-kerja-kerja kerokan lapisan turapan bitumen yang sedia ada dengan mengunakan 'milling machine'

Power broom-sejenis mesin atau alat mekanikal untuk membersihkan habuk atau kotoran kering di permukaan jalan

Dengan jumlah pembiayaan untuk penyelangaraan jalan terutamanya jalan-jalan persekutuan yang meningkat saban tahun,cadangan penulis:

1.Kenal pasti jumlah trafik yang melalui laluan tersebut,aliran trafik akan meningkat saban tahun dan rekabentuk semula di perlukan
2,Jalan yang d rosak hendak di baiki daripada lapisan subgrade hinggalah ke lapisan turapan kemasan yang akhir
3,Gradient melintang dan memanjang hendaklah di ambil kira apabila membaiki permukaan jalan
4.Saliran dan pengurusan kawasan tepi jalan hendaklah di pertimbangkan apabila sesuatu kawasan hendak di baiki atau di turap semula
5.Kaedah kawalan kualiti berpandukan pembinaan lebuh raya hendaklah di praktikan walaupun membaiki kawasan jalan yang berskala kecil untuk mengelakan perkara kerosakan akan berulang lagi dan seterusnya meningkatkan kos penyelengaraan.

No comments:

Post a Comment