Monday, March 30, 2020

UBAT BUKAN SATU2NYA PENAWAR PENYAKIT

Satu hadis berbunyi " diturunkan penyakit bersama2 dengan penawarnya sekali".
Apakah maksud hadis ini?
Penyakit akan turun di setiap Abad samada sebelum masehi dan selepas masehi.Di zaman nabi pun terjadi wabak penyakit yang mengorbankan 25 ribu manusia termasuk sahabat2 nabi.Di zaman moden pada tahun 1916 flu Sepanyol mengorbankan 1/3 penduduk dunia.Ramai yang meramalkan akan tanda2 akhir zaman.
Kenapa di turunkan penyakit?
Supaya manusia yang di berikan akal fikiran untuk mencari penawarnya.Penawarnya tidak semesti ubatan tetapi terbahagi kepada beberapa cara.
1.SECARA RITUAL- dengan berdoa dan membaca ayat2 Al quran,solat ,zikit dan sebagainya.Ai quran adalah di turun sebagai penawar dan rahmat kepada seluruh mamusia manakala solat dan doa adalah mengambakan diri meminra pertolongan Allah untuk memberi idea mencari ubat atau penawar kepada vitus ini.
2.SECARA FIZIKAL-riwayat dari satu hadis Nabi saw "kalau terjadi wabak dalam sesuatu negeri penduduk haruslah menetap atau jangan keluar dari tempat tersebut dan juga penduduk luar tidak digalakan memasuki kawasan wabak tersebut".Dalam bahasa moden ini adalah kuarantin.Nabi dah praktikan penawar ini 1600 tahun lepas di kala tidak ada lagi perubatan moden.Kuarantin bergantung kepada jankahayat virus tersebut.Masa 14 hari adalah kajian saintis terhadap virus2 yang terdahulu atau adik- beradik virus Qif 19 ini.Kuarantin diri adalah di rumah kalau di bawah PUI dan kuarantin di hospital adalah kes yang positif.Di Malaysia ade 3 proses kuarantin mengikut zon dan kadar bilangan pesakit.
FASA 1- PKP seluruh negara untuk kuarantin selama 14 dan fasa ke 2 adalah selama 14 hari lagi.
FASA 2-PKPD di kawasan zon merah.Sejak semalam sebanyak 13 zon merah telah di kenalpasti 47 adalah zon kuning dan 39 adalah zon hijau.Sejak semalam 3 zon iaitu 2 kampung di Simpang Renggam,7 kg di Hulu Langat dan Menara City One di KL.
FASA 3-perintah berkurung untuk seluruh negara.Minta di jauhkan.
3.SECARA MEKANIKAL-dengan pemakaian topeng muka dan amalan basuh tangan intuk seluruh rakyat marhaen,peralatan PPE untuk petugas di barisan hadapan seperti doktor jururawat polis,tentera dan lain2.Amalan mekanikal termasuk pembasmian nyahkuman jalan,dewan,masjid dan kawasan2 awam yang lain bertujuan untuk membunuh virus ini.
4.SECARA BIOLOGI-ini adalah penawar yang terskhir iaitu menyaring pesakit mengisoladi pesakit di wad hospiral,memberi ubat anti viral  sehingga pesakit sembuh.Kalau di sebalik nya itu adalah sudah sampai ajal.
Pencegahan adalah lebih baik dari berubat.Itulah penawar yang kita harapkan dapat mengubati virus ini.
Amin2

Saturday, March 28, 2020

SEKALI AZAN DI LAUNG

Sekali azan di laung di surau berhampiran rumah penulis memberi harapan untuk bersolat untuk mendapat kejayaan melawan cQif 19 ini.Dah 11 hari PKP di laksanakan dan seramai 400 tangkapan telah di lakukan kerana melanggar perintah PKP dan masih ada golongan yang masih ingkar dengan perintah ini.
Apa kejayaan setakat ini dalam memerangi penularan virus yang merbahaya ini
1.Melandaikan graf yang di jangkiti dimana ggraf kumulatif kes yang positif menunjukan kenaikan yang melandai.Tidak seperti di Itali dan negara2 Eropah yang lain serta Amerika.
2.Menyekat pelancong dari Malaysia untuk keluar negara seramai ratusan ribu sebelum cuti sekolah yang lalu.Jikalau ratusan melancong ke luar negara dan balik semula ke Malaysia dengan membawa virus ini,bayangkan apa terjadi dengan sistem kesihatan negara kita.Akan GAGAL
3.Malaysia terpilih oleh WHO untuk membuat penyelidukan ubat rempsivir sebagai ubat anti viral.Satu penghormatan terpilih dari WHO.
4.Satu jawatan kuasa audit di tubuhkan untuk mengaudit atau kajian keatas kematian2 yang berlaku akibat virus ini dan mdapat mencari idea2 untuk membenteras penularan wabak ini.
5.Hospital sementara sebanyak 500 katil sebagai persediaan untuk kenaikan secara ekponen di Maeps ,Serdang telah di usahakan.
6.Proses nyahkuman di lakukan keseluruhan tempat awam,pejabat dan rumah2 bermula dari 30/3 ini.
7.Perintah curfew atau PKPD  di lakukan du kawasan 2 yang di anggap kawasan merah untuk mencari punca dan menyaring kes2 yang positif.
8.Pihak KAS telah mengerakan jawatankuasa penyelidik untuk mengkaji adalah terdapat virus hidup dalam bahan buangan manusia.Selain untuk mengelakan pekerja2 di dalam sektor ini terkena virus.
9.Pihak MOSTI dan kerjasama KK dan jabatan pendaftaran telah membangunkan AI untuk mengenalpasti pergerakan manysia yang di jangkiti dapat di asingkan dan di uji dengan kadar yang segera.
10.Kadar kematian masih lagi sekitar 1.1% yang mana masih rendah du bandingkan dengan kematian dunia iaitu sekitar 4.5%.
11.Pengumuman DEDAK bernilai RM 250 B yang memeranjatkan ramai penganalisa ekonomi politik dan pemimpin pembangkang yang selana 22 bulan melaungkan negara akan bankrap dan hutang yang banyak serta 1MDB.
12.Kerajaan tidak meminjam dari IMF untuk membiayai pakej rangsangkan ekonomi ini.IMF adalah along terbesar di dunia.
Semoga sekali azan di laung di seluruh dunia,inshallah ade kejayaan yang akan di kecapi dalam memerangi virus yang bahaya ini.
INSHALLAH,AMIN2

Thursday, March 26, 2020

PERANG SARAF MENGUNAKAN BIOLOGI

Dalam tempoh 3 atau 4 bulan ini heboh satu dunia perihal wabak Qif 19.Vitus ini telah mula nenyerang manusia pada tahun 2012 di mana satu kematian telah berlaku  du Asia Barat.Malangnya vitus tersebut tidak menular tapi kajian virus tersebut telah di ambil oleh negera China.China telahpun menyusun strategi untuk menguasai dunia dengan cara perang saraf menggunakan biologi virus.
FASA 1- mengenalpasti struktur keseluruhan vitus ini selengkap2nya siap dengan DNA  nya sekali dam juga vaksin untuk membunuh virus ini.China terkenal dengan pembuatan rahsia senjata2 canggih termasuk senjata biologi ini.Senjata ini perlu di bangunakan selama 6 tahun sebelum di guna pakai.
FASA 2-Ujian.Ujian di lakukan keatas rakyatnya senditi.Sebagai negara komunis rakyat wajib terkorban untuk negara.Nah tercetus wabak di negara sendiri selama 2 bulan dengan jumlah jangkitan 80000 dan kematian hanya 3 ribu lebih sahaja.Dengan berbagai usaha seperti pemakaian topeng muka sehinggalah ke pembasmi kuman ralyat di jadikan sebagai 'marketing tool' kepada dunia bahawa inilah cara untuk menyekat penularan tetapi sebenarnya vaksin telah tersedia di gunakan.
FASA3- PENYEBARAN-sekali lagi agen penyebaran adalah rakyatnya senditi sebagai pelancong.Semua negara di dunia mengharapkan pelanconh dari China untuk menaikan sektor perlancongan masing2.Setiap kes di negara  di dunia di mulai oleh pelancong dari China secara atau tidak lansung.Sekarang wabak menular di kalangan rakyat tempatan di negara masinh sebagai agen.
FASA 4-PERUBATAN- kini negara2 di landa wabak telah mula meminta bantuan China seperti pakar,ubat dan peralatan.Iran,Itali termasuk Malaysia dah mula meminta bantuan China.Jarum telah mula di cucuk di setiap negara dengan menyedia pakej rangsangan ekonomi untuk membeli bahan2 perubatan dari China.
FASA 5-LUMPUH EKONOMI- negara2 miskin akan menjadi lumpuh apabila vaksin yanhg akan di kelurkan oleh negara China kononnya selama 1 tahun supaya ekonomi kebanyakan negara akan mula lumpuh dan untuk menaikan kembali ekonomi sesuatu negara bantuan China akan di perlukan.Pada masa itu China akan memberi bantuan dengan adanya syarat dan balasan.Negara2 akan akur ape juga permintasn China dan seterusnya akan menjajah dunia dengan cara baru iaitu Perang Biologi.
Untuk Malaysia dengan bantuan Allah swt dan doa tang tidak putus2 supaya wabak ini bole di kekang tanoa bantuan yang terlalu bergantung dari China,inshallah negara Malaysia tidak akan di jajah.
Amin2

Wednesday, March 25, 2020

QIF -19:JENIS-JENIS PENGASINGAN ATAU ISOLASI

Corona dalam bahasa Arab adalah terus atau bersambungan dan hendaklah menyebut Qif yang bermaksud berhenti.Kalau di ulang2 kata2 corona bermakna kita hendakan virus ini sambunh -meyambung.
Jenis-jenis isolasi:
1.Just stay home-duduk di rumah untuk yanh tidak bergejala sesuai dengan perintah kawalan di Malaysia,perintah berkurang di kebanyakan negara,perintah kecemasan di sebahagian dunia.Terdapat beberapa ratus kes telah melanggar perintah di atas.Untuk pemahaman perintah kawalan pergerakan adalah berbeza dengan perintah berkurung.Perintah berkurung adalah lebih ketat peraturanya.Selama sudah 8 hari duduk di rumah,rasa boring atau bosan memang ada.Biasa bebas ke sana kemari terapi sekarang langkah sudah terbatas.Pemahaman perintah kawalan ini adalah untuk memutuskan rangkaian virus Q-19 .Katakan sebelum 18 /3 ,pergerakan masih bebas dan seseorang akan berjumpa dengan ramai kontak.Tidak di ketahui mane  yang ade virus dan yang tidak.Denga adenya 14 hari ini,seseorang yang ade virus akan menunjukan gejala dan pihak hospitak akan dapat menyiasat dari kluster mana ataupun dari kluster yang baru.Sekarang semua kes positif adalah lebih 65 % dari kluster tabligh dan selebih dari kontak rapat kluster tabligh ini.Kalau seseorang mula bergejala pada 23/3 ke atas punca dan kontak rapat senang di kenalpasti dan ujian saringan cepat di jalankan dan seterusnya proses isolasi akan di jalankan.
2.Ade bergejala atau simptom :di isolasi di wad di hospital samada di wad biasa atau di wad icu.Diberikan ubatan viral dan penahan sakit sehingga sembuh atau sebaliknya.Buay masa ini vaksin atau penawar belum di temui dan masi lagi dalam kajian dan tempoh sekurang'kuranya awal tahun 2021 vaksin bole di gunakan katas manusia.Buat masa ini ubat di berikan krpada pesakit mrngikut simtom,kalau batuk di beri ubat batuk di beri ubat batuk dan demam di berikan ubat demam dan sebagainya.Anti viral seperti cholroxypropuine retropviral dan sebagai di bagi untuk mempercepatkan lagi kadar penyembuhan.Ubatan anti viral ini pun di beri berdasarkan nasihat pakar dan keadaan pesakit.Ubatan seperti Angkin dari Jepun sedang di kaji oleh KKM sebelum di luluskan kerana mempunyai kesan sampingan.Kersjaan India di beritakan telah  melaramg eksport ubat anti malaria ke luar negara tersebut.Jikalau pesakit tidak menunjukan tindakbalas ,bantuan pernafasan di berikan di ruangan ICU.
3.Jikalau tidak mematuhi larangan perintah kawalan pergerakan dan berkurung akan di tangkap dan di isolasi di dalam sel penjara untuk 3 bulan bagi kes di Malaysia.Untuk negara2 lain mungkin tempoh isolasi nya lebih panjang..Tempih maksima penjara adalah 2 tahun dan di denda RM 5 ribu atau kedua-duanya sekali.
4.Yang akhir kalau 3 perkara di atas tidak di patuhi maka isolasi untuk selama2nya untuk pengakhiran kehidupan..Cara pengurusan jenazah intuk Qif ini adalah berbeza dari biasa,jenazah akan di balut dengan 3 lapisan plastik kemudian di tayammum kan dan di dolatkan seterunya di kebumikan oleh petugas2 dari KKM dan Jakim serta di bantu oleh ahli kariah.Talkin di bacakan aesudah itu.
Semuanya jenis di atas adalah sukar untuk di lalui.Sama2lah kita elakan dengan memutuskan rangkaian virus ini.Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.
Inshallah

Saturday, March 14, 2020

GOLONGAN PROFESIONAL DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN

Tidak terkejut dengan perlantikan seorang jurutera profesional di lantik sebagai menteri besar di sebuah negeri di selatan tanah air.Beliau berkelulusan sain kejuruteraan awam dan seorang ahli profesional dalam bidang kejuruteraan.Tidak lama dulu di negeri Perak seorang lulusan profesional dalam bidang kejuruteraan telah di pilih menerajui kerajaan Perak.
Di dalam kabinet terdapat 2 menteri  yang profesional dalam bidang masing-masing.Didalam parti politik dan di dalam exco kerajaan negeri golongan profesional ini tidak terpinggir.Bagaimana golongan ini mempelajari bidang pentadbiran padahal di dalam subjek yang di belajar di universiti tak de lansung subjek yang menyentuh tentang pentadbiran.
Kebanyakan subjek bersifat teknikal .Subjek teknikal kebanyakan tentang  bagaimana teori dan praktikal untuk merebentuk sesuatu item contohnya dalam bidang kejuruteraan  bermula dari teori konsep dan formula bagaimana hendak merekabentuk kerangka sesuatu bangunan begitu juga dengan golongan profesional yang lain.
Bila masa mempelajari tentang pentadbiran?
Kalau di lihat mereka2 ini adalah bermula dengan berkerja dengan jabatan2 kerajaan di bidang pentadbiran dan bukan rekabentuk.Dari pegawai muda sehinggalah jawatan yang tertinggi di dalam satu2 jabatan.
Kedua mereka2 ini telah menjadi ahli dalam sesuatu parti bermula dengan ahli biada dan perlahan2 meningkat ke jawatan tertinggi parti.Dalam parti berbagai2 ilmu tentang pentadbiran ahli dengan mensyuarat cawangan,bahagian dan muktamar agung.
Belajar dari organisasi itu sendiri tentang pentadbiran adalah lebih efektif dari belajar teori daripada buku.Itu pendapat penulis sahaja dan amatlah berharap semua golongan profesional di dalam pentadbiran kerajaan dapat menjalankan tugas dengan lebih profesional untuk memajukan nefara demi rakyat.
Syabas dan tahniah kepada mereka2 ini

Monday, March 9, 2020

MENTERI ALAM SEKITAR-POTFOLIO YANG BARU DI KENALKAN

Hari ini pembentukan kabinet telah di ketahui nama-nama menteri dan timbalan menteri bagi potfolio mading-masing.Salah satu dari kementerian baru adalah kementerian alam sekitar yang di ketuai oleh YAB Tn Ibrahim Tn Man dan timbalan nya.Dulu alam sekitar di letakan di bawah kementerian tenaga.
Kenapa penjagaan alam sekitar amat penting sehingga di ujudkan satu kementerian.Alam sekitar adalah mempunyai ruang lingkup yang luas.Dari aspek pencemaran sehinggalah kepada aspek pemuliharaan.Aspek pencemaran seperti pencemaran udara,pencemaran air,pencemaran gas hijau dan sebagainya.
Pencemaran udara dari kenderaan,kilang2 memproses makanan dan pengeluaran produk2 binaan dan sebagainya terutama sekali di kawasan bandaraya dan bandar dan kawasan2 kilang.
Manakala pencemaran air adalah dari kilang2 haram yang tidak mematuhi piawai.kerja-kerja pembangunan seperti membersihkan kawasan hutan yang bole mengakibatkan mudarat kepada kehidupan mamusia binatang dan seluruh fauna dan flora.
Yang menariknya kerjasama dari keseluruhan bidang seperti pakar kimia,para jurutera dan lain2 di perlukan untuk merangka kaedah penyelesaian yang mampan terhadap isu alam sekitar.
Langkah yang pro aktif melalui penguatkuasaan undang sediada atau tambahan mana yang perlu bertujuan untuk mengekang pelangaraan  untuk merosakan alam sekitar.
Langkah2 pemuliharaan hutan penanaman pokok2 dan sebagainya mampu mengekalkan kelestarian dan keseimbangan alam sekitar.Sungai yang tercemar di rancang untuk di pulihkan  dan punca kepada pencemaran ini hendaklah di kenalpasti.
Isu alam sekitar sentiasa ada bilamana ada kehidipan dan paeameter2 nya berubah2 sentiasa berubah-ubah.Kajian demi kajian wajib di lakukan untuk menangani kaedah untuk menyelesaikanya.
Di harap dengan adanya satu kementerian khas untuk alam sekitar dan dengan peruntukan yang ada di lihat mampu mrnyelesaikan masaalah alam sekitar di negara ini.
Selamat bertugas YB dan timbalan serta seluruh kalitangan kementrian .

Sunday, March 8, 2020

PAMPASAN DARI INSURAN RUMAH

Beberapa tahun lepas,penulis berpengalaman berhadapan dengan pihak insuran yang mana pemilik menuntut pampasan dari pihak insuran akibat dari tembok penahan di sebelah kanan rumahnya runtuh akibat hujan lebat.Penulis merekabentuk struktur rumah tersebut tetapi tidak merekabentuk struktur tembok penahan itu.Tembok penahan tersebut tekah di rekabentuk terlebih dahulu sebelum rumah dibina.
Penulid telah di panggil apabila tembok penahan tersevut runtuh seleoas hujan lebat.Penulis di minta menulis satu lapuran tentang sebab musabab dinding penahan itu runtuh untuk tuntutan insuran.Biasalah apabila tekanan hidrostatik dari air hujan bertambah dan ia akan menolak kearah sisi tanah dan kalau dinding penahan tersebut tidak di rekabentuk dengan betul terjadilah runtuhan.
Pemilik memaksa penulis mrmadukan kejadian ribut petit adalah sebab utama dinding itu runtuh.Penulis di panggil oleh pihak insuran untuk menerangkan lebih lanjut berkenaan perjara tersebut di ibupejabat insuran yang di haditi oleh kedua2 belah pihak
Hasilnya tuntutan itu tak berjaya du sebabkan
1.Kejadian ribut petit itu bukan malapetaka.Maksudnya kalau kawasan tersebut telah di istiharkan oleh kerajaan sebagai kawasan malapetaka akibat dari hujat ribut itu barulah bole menuntut pampasan dari pihak insuran.
Apa pelajaran dari petistiwa ini?
1.Tembok penahan hendaklah di rekabentuk dengan betul dan selamat dan barulah bole di insurankan.
2.Semasa mengambil polisi insuran dan sebelum bersetuju membayar ptemium,terma2 yang ada dalam insuran hendaklah di kaji dahulu dengan pihak peguam atau pihak yang pakar dalam perjanjian .
Kepada pemilik minta maaf tidak dapat menolong kamu dalam kesusahan.

JARAK ANJAKAN BANGUNAN(BUILDING SET BACK),KENAPA PENTING?

Hari ini lebih 39 keluarga yang menghuni rumah sewa tiga tingkat di Lorong Kiri 5.Taman Keramat telah di arah perpindah oleh DBKL ekoran dari tanah mendap dan bangunan retak.
Melihat dari gambar yang di siarkan melalui portal media masa bangunan tersebut berada di lokasi yang sesak dengan bangunan di kiri kanan tanpa ada ruang kosong diantara nya.Penyewa mengatakan bahawa keretakan mula timbul dengan teruk apabila projek rumah pam yang berjarak 2 m dari kawasan bangunan rumah sewa tersebut bermula.Setiap rumah akan bergoyang  apabila kerja2 pembinaan di lakukan.
Retak bermula di dinding dan kawasan sekitar sebelah luar dan pintu telah tidak boleh di buka dan seterusnya rumah menjafi condong.
Apa sebenarnya yang terjadi?
1.Jarak anjakan tiada-jarak anjakam adalah penting apabila mendirikan sesuatu bangunan.Selain dari kawasan lapang ubtuk utiliti atau kereta bomba dari segi struktur ia adalah zon penahan gegaran atau zon penampan gegaran.Dengan jarak anjakan 10 atau 7 kaki,zon oni berupaya untuk mengurangkan gegaran ke struktur bangunan
Penulis tak pasti samada bangunan rumah sewa atau projek rumah pam itu tidak mempunyai jarak anjakan.
2.Bamgunan rumah sewa itu di katsksn tidak ada kelulusan dari pihak DBKL.Kelulusan amat penting dimana bangunan tersebut di telah di rekabentuk  dengan mempunyai jarak anjakan yang di benarkan.Pemohonan akan menjadi gagal kalau jarak anjakan tidak di patuhi.
Dari segi struktut bangunan segera sebegini selalunya tidak rekabentuk dengan betul.Mungkin pemilik tidak perihatin araupun kos akan jadi meningkat kalau pembinaan mengikut pelan struktur yang betul.Kalau bangunan di rekabentuk dengan betul ,gegaran kecil bisa di tangani kecuali gegaran dari gempa bumi.
3.Tanah mendap-penulis tidak mrmpunyai data tentang keaadan tanah di kawasan tersebut dan memandangkan bangunan segera tersebut telah di bina lebih dari 10 tajun lepas dibina di atas tanah asal kejadian tanah mendap jarang berlaki kecuali tanah tersebut adalah tanah tambak atau berhampiran dengan sungai.Bangunan segera selalunya kajian tanah tidak di lakukan dan penentuan jenis penapak yang betul tidak di gunakan dan oleh kerana bangunan ini terletak di dalam daerah Kuala Lumput,penanaman cerucuk jenis ,jack in ' adalah di perluksn dan kos pembinaanya adalah tinggi.Kalau adanya jenis penapak yang betul,gegaran kecil tidak akan mengoyangkan dan meretakan bangunan.
Penguatkuasaan amat penting untuk memastikan semua bangunan persendirian terutamanya yang melibatkan di huni oleh penyewa atau orang ramai adalah selamat dan mematuhi undang2 demi keselanatan dan masaalah sosial dapat di elakan.
Kejadian kebakaran bangunan tahfiz di kawasan yang berhampiran yang telah meragut banyak nyawa akan berulang kembali.Sama2 kita berdoa agar kejadian ini tidak berulang.Amin



Saturday, March 7, 2020

APA PENTINGNYA BEBAN HIDUP(LIVE LOAD) DI DALAM SESUATU BANGUNAN

Hari ini kita di kejutkan dengan runtuhan bangunan di salah satu wilayah di negeri.Dengan penyakit yang di bawa oleh viru corona yang menyebabkan ribuan meninggal dunia dan yang di jangkiti melebihi 98000 ribu orang malapetaka kefua iaitu bangunan yang menempatkan pesakit yang di kuarantin telah runtuh dan memerangkap lebih dari 70 mangsa.Usaha meneyelamat masih di teruskan.
Situasi ini terjadi di sebabkan kekurangan hospital.Bangunan yang mula asalnya adalah sebuah hotel telah di tukarkan kepada sebuah hospital dalam keadaan yang terdesak.
Satu faktor yang mungkin pihak berkuasa lupa atau terdesak adalah faktor beban hidup.Beban hidup adalah beban mudah alih.CP 3 iaitu kitab dari piawai British adalah rujukan.Jenis-jenis beban yang di ambil kira adalah beban dari maniusia beban perabot dan peralatan,beban mesin beban katil dan sebagai.Nilai beban hifup ini adalah berbagai bergantung keoada kepergunaan bangunan tersebut.
Misalnya untuk rumah kediaman adalah 1.5 kn/m2,untuk ofis 3.0 kn/m2,untuk sekolah dan masjid 4.0 kn/m2 dan untuk beban dari mesin dan ade gegaran mungkin melebihi 5.0 kn/m2.
Berbalik kepada kes du atas bangunan hoyel biasanya beban hifup di antara 2 hingga 2.5 kn/m2 sedangkan untuk bangunsn untuk di jadikan hospital beban hidup mestilah antara 3 hingga 4.0 kn/m2.Di sini dapat di lihat perbezaan yang nyata beban hidup di antara 2 bangunan tersebit walaupum faktor keselamatan untuk beban hidup adalah 1.6.Faktor ini mungkin telah di gunakan pada masa pembinaan dan telah menjadi kurang.
Oleh itu runtuhan bangunan tersebut di sebabkan beban hidup telah bertambah dan seterusnya semua elemen strukur seperti penapak dan tiang adalah di bawah nilai rekabentuk.
Kejadian ini bole di jadikan panduan di masa hadapan bahawa faktor beban hidup adalah penting dan perubahan penggunaan bangunan hendaklah di ambil kira.
Takziah kepada kerajaan China di atas kejadian ini.

BANGUNAN RUNTUH -TAMBAHAN BEBAN WALAUPUN SATU TINGKAT

Hari ini di Pakistan,16 oranh terbunuh di sebabkan pangsapuri 5 tingkat runtuh.Asalnya pangsapuri ini setinggi 4 tinggi tetapi telah di tambah setingkat lagi secara haram.
Penulis dalam menjalankan tugas kerana beberapa agensi majlis perbandaran meluluskan permohonan tambah tingkat.Alasan nya adalah ruang tanah yang terhad untuk pembinaan ruang tambahan?
Apa implikasi dari struktur binaan?.Dari sudit arkitek mungkin tidak menjadi masaalah yang besar tapi dari segi struktur banyak faktor yang harus di ambil kira.
Langkah-langkah yang berikut adelah kaedah yang di praktikan untuk mendapatkan kelulusan dari segi struktur
1.Pemilik hendaklah melantik pihak ketiga untuk meyediakan 'structural intergrity report" bagi mengesahkan struktur yang sedia ada kukuh untuk menerima tingkat tambahan.Biasanya kos lapuran ini cukup mahal melebihi RM 30 k.
2.Kalau daripada lapuran di perkara 1 tu ok barulah tambahan tingkat tersebut di benarkan.
Biasanya lapuran ini tidak memihak kepada pemilik kerana tambahan beban dari semua element akan menyebabkan struktut akan mengalami kegagalan terutamanta di bahagian penapak.Kesukaran yang utama ialah untuk mendapatkan lukisan asal dan perincian dari pemaju.Oleh kerana lukisan tersebut menjadi hakmilik pemaju melainkan dengan arahan mahkamah.
Kesukaran yang kedua ialah untuk projek yang telah melebihi 10 tahun lukisan dan sebagainya tiada lagi dalam simpanan pemaju ataupun pemaju telah jatuh bankrap dan sebagainya.
3.Penyelesaian yang lain pemilik masih bole menambah tingkat dengan syarat tambahan tingkat yang baru di dokong oleh struktur yang baru bermula dari penapak hingga ke bumbung.Kesukarannya adalah banyak kerja2 penebukan terhadap struktur yang lama dan mengakibat gegaean,bunyi bising dan habuk yang terlalu banyak.Kerja2 pun adalah merumitkan dan harga pembinaan akan menjadi lebih mahal.
4.Penyelesaian yang paling ideal adalah meroboh dan membina bangunan baru.Kalau untuk bangunan 4 tingkat untuk di robohkan dan membina  semula mestilah melebihi 4 tingkat untuk lebih menguntungkan.
Mudah-mudahan perkara sebegini tidak terjadi di Malaysia.Amin