Tuesday, April 14, 2020

ANGKA TIDAK AKAN BERBOHONH...

Hari ini buat pertama kalinya semenjak kematian pertama iaitu sekitar 17 Mac yang lalu,angka kes pulih mengatasi kes aktif yang masih di rawat di wad3 di seluruh negara.Kes pulih seramai 2478 mengatasi ked aktif seramai 2426.Peratusan kes pulih ialah menghampiri 50%.Syabas KKM dan kerajaan Malaysia selama sebulan lebih bertungkus lumus mengawal penularan wabak ini dengan berbagai3 cara yang menyakinkan rakyat.
PKPD kelima telah di kuatkuasakan mulai malam ini hingga 28/4 di seluruh kawasan masjid India yang mempunyai kepadatan penduduk hampir 10 ribu orang  yang berkeluasan 1 km persegi dan mempunyai 136 kes positif.Pagar telah di pasang dan setisp hari saringan baru di buat di kawassn yersebut yang di huni lebih 95,% warga adinh.Macamane koloni asing boleh membuat sarang disini?.Mungkin DBKL ada jawaban yang konkrit.
Kes positif yang meningkat di sebabkan satu kluster baru telah di kenalpasti di Sendayan Seremban yang melibatkan lebih 40 kes manakala lain2 kluster menunjukan penurunan seperti di negeri Selangor yang mencatatkan penurunan kes 2 hari berturut3.
Manakala penerbangan ke Sabah dan Serawsk telah mula kembali untuk perkhidmatan penting dan mulai minggu depan sektor yang di benarkan mula beroperasi.
Di tengah2 negara di dunia mula meratakan gerafnya sendiri tanpa ada bukti yang kukuh penularan dapat di hentikan,mereka berlumba3 hendak membuka PKP di negara masing2 sehingga di tegur oleh WHO.Penulis tak nampak indikator ape yang mereka gunakan bagi mbuktikan penularan telah berjaya di sekat.Jumlah kes yang menurun dan kes kematian yang menurun tidak boleh di jadikan rujukan yang sesuai kerana ia boleh jadi akan naik lagi di masa2 hadapan.
Indikator pemulihan adalah paling efektif untuk mengatakan kejayaan membendung penularan.Indikator lain hanya fatamorgana untuk syok sendiri dan mereka3 berlumba3 untuk membuktikan siapa yang paling terer dalam hal ini.
Amerika yang tidak sampai 2 minggu membuat PKP dan mendabik dada untuk membuang PKP tanpa ada bukti yamg kukuh.Benarlah mereka ini penipu dan lebih pandai bercakap dari bertindak.
Maka ramailah penaksub3 negars maju membuat telahan dan pendapat serta komen kenapa tak ikut Amerika dan EU dalam hal PKP.Perlu dingat bukan Amerika yang kita ikut dalam membuat rujukan tetapi mengikut panduan WHO.Bagi Amerika ia hendak menjadikan WHO sebagai kuda tunggangan kerana dana yang terbanysk untuk WHO datang dari Amerika.
Jangan kita terikut3 sama dengan langkah Amerika yang kaya dan berlagak tetapi sanggup membunuh rakyat sendiri demi KUASA.
Rancangan KKM sekarang berada di landasan yang betul cuma perlu bersabar.Ini dapat di buktikan kes sebenar kes positif adalah 4987 iaitu di bawah 6300 seperti di jangka oleh John Hopkins dan 8 ribu lebih oleh MEIR.Kedudukan kes posotif pada permulaan berada di no 22 dunia,teratas di Asia Tenggara dan keempat di IOC telah berubah ke 38 di dunia dan ketiga di Asia Tenggara.Angka tidak pernah berbohong...

.







No comments:

Post a Comment