Monday, April 13, 2020

BERLUMBA-LUMBA UNTUK PUTUSKAN PKP.....

Hari ini dengan kes melebihi 1.9 juta dan kematian melebihi 116 ribu,ade beberapa negara di dunia telah mula memutuskan PKP satu persatu.Mari kita perhatikan negara2 tersebut satu persatu.Berjaya kah mereka dalam memutus rangkaian atau siapakah yang akan kena?
1.China-negara yang telah membuka PKP di wilayah Hubei pada 9 April.Semua perkhidmatan telah mula di buka walaupun kes tempatan kadang2 ade dan kadang2 sifar dan kadar keematian yang rendah sehingga ke sifar.Kes2 import telah mula meningkat di beberapa wilayah yang bersempadan dengan Rusia.China telah mula menguji secara klinikal beberapa vaksin terhadap manusia.Sistem perubatan China tidak gagal dan bole menampung kesw yang kecil
2.Amerika-negara yang mempunyai lebih 500 ribu kes dengan lebih 23 ribu kematian masih dalam keadaan takut2 untuk membuka sekatan PKP.Presiden Trump menjangka mulai bulan Mei mungkin sekatan PKP di beberapa negeri akan di buka.Wilayah New York yang mempunyai graf yang dah mula mendatar dengan kes baru dan kes kematian menimbang untuk membuka sekolah dan perniagaan yang lain2 dengan kadar yang segera untuk menhelakan impak ekonomi yang lebih teruk berlaku.
3.Sepanyol- yang mempunyai kes lebih 70 ribu dan kadar kematian lebih 15 ribu mula membuka sekatan PKP hari ini apabila kadar kematian dan kadar kes positif lebih mendatar untuk beberapa hari kebelakang ini
Manakala Itali Perancis,UK  dan Iran serta banyak lagi negara lain belum berani membuka PKP.Saranan WHO pun menyatakan PKP hendaklah di longgar secara perlahan2 dan memakan masa.Mungkin satu persatu iaitu dari kawasan hijau dan kawasan kuning dan bukan kawasan2 yang besar seperti satu negeri bermula dengan mukim dam seterusnya hinggalah kenegeri.
SOP untuk kawasan bebas PKP hendaklah di nyatakan dan percubaan untuk 2 minggu harus di buat dahulu untuk mencari model yang sesuai dan  barulah SOP yang kekal di lskukan di kawasan terbabit.
Malaysia masih lagi dalam masa PKP sehingga 28/4  dan model dan SOP pelonggaran PKP masih menunggu data2 dari KKM.
Insyallah di dalam masa 2 minggu ini data2 dapat diperolehi dan model2 dan SOP  dapat di jangkakam dan PKP dapat di bebaskan
INSYALLAH

No comments:

Post a Comment