Tup2 ada berita cerun runtuh di Bukit Antarabangsa.Kawasan yang kerap berlaku runtuhan sejak tahun 2008.Terdapat 4 arau 5 kejadian tanah runtuh di kawasan ini dan Hingland Tower adalah kejadiam yang paling besar yang turut mengorbankan banyak nyawa.
Sebab utama adalah sama iaitu keruntuhan cerun di sebabkan oleh lumpur dan tekanan air hujan yang tinggi di sebelah atas kawasan bercerun tersebut.
7 rumah dan 40 penghuni telah berpindah sementara ke De Palma Hotel sementara .Menurut jurucakap persatuan penduduk,rekabentuk tembok penahan dan parit adalah teknologi 80 han.Apa maksudmya?
Setahu penulis semua rekabentuk untuk tembok penahan adalah sama sejak 100 yang lalu dan sama untuk beberapa ratus tahun akan datang.Konsep rekabentuk adalah sama dan kalau adepun yang berubah adalah teknologi pembinaanya sahaja.
Untuk merekabentuk suatu tembok penahzn ,data atau keadaan tanah hendaklah di kaji terutama keupayaan galas tanah kawasan tersebut.Penggunaan cerucuk hendaklah di gunakan jikalau keadaan tanah terlalu lembut.Pengiraan tekanan air disebabkan air hujan dan beban tanah yang terendam hendaklah di ambilkira untuk mengetahui saiz tembok atau ketebalan tembok penahan dan keluasan tapak yang di perlukan.
Manakala untuk rekabentuk parit,BS untuk rebentuk adalah sama saja sejak seratus tahun yang lalu dan terpakai untuk beratus3 tahun akan datang.
Bagi penulis,bukan isu rekabentuk tapi lebih kepada perancangan dan pemantauan penyelenggaraan.Kawasan di sebelah atas mungkin telah di tarah dan air terlalu banyak meresap masuk ke belakang tembok penahan dan menghasilkan tekanan yang terlalu tinggi dan bole menyebabkan ia runtuh.
Tiadanya penyelenggaraan tembok penahan seperti pemeriksaan berkala terhadap sistem peparitan di sebelah atas dan bawah tembok penahan dan lohong ait resapan yang tersumbat.
Kalau di perhati dari gambar,setback atau zon penampan adalah tidak mencukupi.Mengikut Akta Perancang,zon penampan adalah berkadar 1:1 yang mana kalau tinggi cerun adalah 15m ,zon penampan adalah 15m juga.Tiada binaan di benarkan kecuali longkang dan jalan serta kawasan hijau dan intuk langkah pembaikan hendaklah bermula dari atas cerun.Selain dari merendahkan cerun zon penampan hendaklah di adakan dan kerajaan hendak membayar ganti rugi kepada pengambilan tamah di kawasan sebelah atas cerun.
Kemudian barulah tembok penahan di bina fi kawasan zon penampan tersebut.
Ini cuma cadangan dari penulis dan mungkin pihak yang lagi pakar mempunyai solusi yang lebih effisien tapi pada dasarnya itulah penyelesaianya.
Kalau tidak ada zon penampan atau menjadi sukar untuk mendapatkan kerjasama dari tuan tanah di atas cerun,rumah tersebut tidak selamat diduduki walaupun tembok penahan di bina berhampiran dengan dinding rumah.
Yang penting rekabentuk tiada versi samada 80 90 atau alaf 2000.Modifikasi terhadap formula rekabentuk secara kecilan ada dilakukan
Cuma teknologi pembinaan ada versi dari kovensional ke IBS untuk mrmudahkan kerja dan menjimatlan masa serta mengurangkan kos pembinaan.
Kita tunggu penyelesaian dari pihak berkuasa....