Monday, June 1, 2020

KOLAM TAKUNGAN AIR BANJIR

Hari kerajaan negeri Melaka akan memberbanyak kolam takungsn banjit di semua kawasan perumahan untuk mrngelalan banjir kilat yang sering terjadi di beberapa kawasan di negeri tersebut.
Mengapa sekarang isu OSD ini timbul,? keranz MASMA telah di perkenalkan pada tahun 2000 untuk versi pertama tapi tidak dapat dilaksanakan sehingga tahun 2005.MASMA adalah panduan menyeluruh untuk data formula,pembinaan dan perincian semua yang berkaitan dengan saliran dan pengairan termasuk OSD.
Tujuan utama OSD adalah untuk menakung air larian permukaan di sebabkan hujan dan memperlahan kadar aliran yang keluar.Dengan memperlahan kadar aliran air tersebut,sistem longkang keluar akan berkebolehan untuk menyalurkan air terus ke sungai tanpa adanya kejutan aliran dari semua kawasan tadahan atau kawasan perumahan tersebut.
Faktor penting yang menentukan saiz kolam takungan adalah kadar hujan di kawasan tersebut untuk 100 tahun adalah di ketahui dari buku panduan Masma tersebut.Dulu apabila pelan pembangunan sesuatu projek perumahan ataupun pembangunan ,salah satu syarat kelulusan adalah kiraan Masma ataupun kolam takungan air atau banjir.Mungkin projek2 perumahan sebelum tahun 2000 syarat ini belum di perketatkan lagi.
Bagaimana hendak menyelesaikan masaalah ini?
Dengan taman2 perumahan yang telah lama ujud.Kajian aliran air di titik akhir pelepasan air dari longkang semasa hujan lebat hendaklah di cerap..Dari data tersebut dan di sokong oleh data2 lain,rekabentuk kolam takungan ini dapat dilakukan.
Dan yang menjadi masaalah adalah kawasan kolam tersebut mesti berada di titik paling rendah dalam sesuatu kawasan tadahan.Kawasan lapang yang hendak di rezabkan untul kawasan ini kadang2 terletak di titik aras yang tinggi dan tidak sesuai.Satu kajian yang menyeluruh di sesuatu kawasan tadahan adalah amat penting untuk merekabentuk semula kedudukan kolam takungan air tersebut.
MASMA telah di kaji semula dan versi 2012 telah pun ada dan lebih bersifat modifikasi dan lebih menyenangkan kaedah rekabentuk kolam takungan air ini.Dengan formula yang mudah saiz kolam takungan ini dapat di kira.Kadang2 penyelengaraan kolam ini yang menjadi masaalah.Masaalah rumput ysmg tumbuh telalu tebal mendapan tanah dan pasir dan masaalah aliran keluar yang terlalu perlahan di sebabkan keadaan sungai yang sempit dan sering tersumbat dengan ssmpah sarap.Satu inovasi perangkap sampai di permukaan sauk untuk bekalan air telah di cipta dan bole di gunakan di muka sauk untuk aliran keluar dari kolam takungan ini.
Walau apa kenkadang rekabentuk dah ok tapi masaalah yang medatang kemudian seperti penyelenggaran,kadar hujan lebat yang terlampau tinggi perubahan cuaca yang mendadak ,kerosakan parit dan longkang pemula menyebabkan rekabentuk boleh gagal dengan sendirinya.Persatuan penduduk setiap taman perumahan hendaklah melantik JK pemantauan bangunan dan alam sekeling atau infrastruktur demi memastikan kolam talungan ini dapat berfungsi dengan baik.
JK yang aktif sekarang adalah AJK surau ,keselamatan sahaja yang aktif di banding dengan aspek yang lain.Aspek alam sekitar,aspek bangunan dan infrastruktur pun aspek fardu kifayah yang di tuntut untuk di utama demi maslahat semua.
Pemantauan berkala dan cadangan ke PBT henklah di lakukan supaya masaalah dapat dikesan dari awal lagi sebelum menjadi lebih parah lagi sebagai contoh tanah runtuh di Taman Kelab Ukay baru2 ini.Dan pihak PBT kena alert dan boleh di bawa kemahksmah kalau aduan tidak di pedulikan kerana senua pemilik rumah adalah pembayar cukai.
Moga krisis air dan banjir kilat di Melaka dapat di atasi segera....

No comments:

Post a Comment