Tuesday, June 2, 2020

TAMAN KELAB UKAY VS TAMAN SILIBIN

Kedua2 taman ini mengalami nasib yang sama pada musim syawal ini.Tanah runtuh,satu taman yang terletak di Selangor dan satu taman lagi di Perak.
Apa bezanya?
Satu nyawa telah mekayang di tmn Silibin hari.Seorang pekerja Indonesia berusia 40 han telah terkorban gara3 di himpit oleh dinding konkrit yang runtuh semasa membuat kerja2 pembersihan di lakukan di salah sebuah rumah yang terlibat dalam kawasan taman perumahan tersebut.
Kenapa ini terjadi?
Peruntukan untuk membaiki runtuhan sedamg di pohon dari kerajaan negeri.Mana SOP?
Sepatutnya semua rumah di kawasan terlibat harus di kosongkan serta-merta.Kenapa masih boleh dibenarkan penghuni masih menduduki rumah tersebut dan membuat kerja2 pembersihan.
Apabila berlalunya cerun runtuh pergerakan tanah dan sebagainya semua asas struktur menjadi tidak stabil dan kukuh dan bila2 masa bole menyebabkan struktur di atasnya roboh dan runtuh.Pengawai penyiasat sedang mencari puncanya.
Puncanya mudah asasnya tembok tersebut telah tidak stabil di sebabkan tanah di sekelilingnya telah bergerak dan menjadi longgar dan tidak mampu mengalas fungsi sebagai asas yang kukuh untuk menyebarkan beban ke tanah. Bila tembok telah kehilangan asas ia menjadi tidak stabil dan menunggu masa yang sesuai atau sedikit gangguan atau gegaran untuk ia jatuh ke bumi.Masaalahnya kenapa kawasan tersebut tidak di kosongkan?
Berbanding dengan di taman kelab Ukay,penghuni diarah mengosongkan rumah serta-merta dan kawasan cerun telah di tanam dengan cerucuk kepingan besi untuk menahan gerakan tanah dari berterusan dan kerja2 awal penyiasatan tanah sedang di jalankan.
Kenapa SOP kedua2 negeri berbeza untuk trajidi yang sama iaitu tanah atau cerun yang runtuh.
Di mana peranan jurutera awam atau sivil?
Sepatutnya SOP nya sama dan tidak berbeza antara negeri kerana MS atau etika kejuruteraan adalah dari buku yang sama.
Perkara seperti inilah harus di teliti dan di selaraskan di semua negeri oleh satu badan profesional seperti IEM,Persatuan Jurutera2, dan badan2 profesional di Universiti2.Amat memalukan golongan profesionsl apabila dua senario yang sama tapi penyelesaian kejuruteraanya berlainan.Jangan bergantung kepada orang politik atau pentadbiran membuat keputusan.Seharusnya golongan profesional kehadapan dalam soal berkaitan kejuruteraan.
Semua pihak ada tugas masing2 dan sepatutnya EXCO yang menjaga potfolio kejuruteraan mendapat nasihat dari golongan profesional.
Dedahan kepada hasil penyiasatan amat di nantikan oleh semua pihak.
Bukan untuk menyalahkan sesiapa tapi kelemahan dari pihak mana dan langkah2 yang perlu di lakukan hatta mengubah dasar demi menjaga nyawa manusia.
Di pihak Selangor,syabas tindakan yang tepat dan cepat di lakukan dan dapat menyelamatkan 40 nyawa manusia.
Polisi,dasar sudah ada dan apa lagi yang kurang.. .. 

No comments:

Post a Comment