Apa yang lemahnya adalah sistem penahan tanah sementara(temporary retaining wall) yamg tidak di buat apabila pengorekan melebihi 4 kaki .Projek ini adalah besar iaitu memasang paip bergarispusat 1200 mm dan sudah tentulah kontraktor dan khidmat juruperunding yang berpengalaman di pilih untuk melaksanakan kerja-kerja ini.
Apa sebab boleh terjadi?
Di pihak perunding kegagalan menyatakan nota dan SOP di dalam speksifikasi,lukisan2 dan di dalam BQ menyebabkan kontraktor mengambil mudah "temporary platform,strut,rc wall dan sebagainya.Biasanya untuk projek2 yang besar,pengawai keselamaran tapak(safety officer) wajib mengawasi keadaan ini.
Di pihak kontraktor,pemasangan "temporary strut"ini di ambil mudah dengan tidak memasangkanya kerana bole menyelamatkan kos dan memaksimakan keuntungan kepada syarikat berkenaan.
Di pihak pemilik projek,pengawasan tapak atau lawatan tapak tidak selalu di buat dan amaran tidak di berikan terlebih awal.Kaedah2 ysmg sering di gunakan menahan tanah pada ketinggian tersebut adalah secara tradisi atau lama adalah menggunakan kayu dan kayu bakau yamg di tanam di sepanjamg kawasan bekerja berkenaan dan di sokong oleh kayu2 yang beasaiz besar manakala untuk zaman ini teknologi kepingan 2 cerucuk besi di tanam bertautan antara satu sama lain adalah banyak di gunapakai dan kosnya sememanglah tinggi.Kepingan besi cerucuk ini boleh di beli dan disewa jikalau tidak mampu.
Tidak menjadi alasan untulk tidak boleh memasang kepingan cerucuk ini sebagai penyokong sementara sewaktu kerja tersebut di jalankan.
Faktor yang utama adalah kelalaian manusia yang mengangap semua kerja tidak perlu kepada aspek keselamatan.Aspek keselamtan di ambil mudah.Kerja2 hendaklah di hentikan sehingga siasiatan selesai dan hukuman yang setimpalnya di kenakan terhadap pihak3 yang lalai sebagai panduan dan pengajaran di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment