Tuesday, July 14, 2020

Lapuran Audit-Cerun Tidak Diselenggara

Hari ini lapuran Audit melapurkan kesemua cerun di seluruh Malaysia tidak diselenggara sejak tahun 2013 adalah di sebabkan kekangan peruntukaan dari kerajaan.Kerajaan memerlukan RM 200 juta setahun untuk kerja2 kajian,kerja rekabentuk,kerja membaiki sehinggalah ke peringkat penyelenggaraan keseluruhan cerun.
Apa jadi kalau cerun tidak di selenggara?
Perkara yang paling adalah keselamatan,Baik keselamatan pengguna jalanraya atau keselamatan penghuni yang menduduki di kediaman yang berhampiran dengan kawasan bercerun.Kegagalan cerun akan terjadi dengan peralihan masa.
Cerun apabila siap tentulah mempunyai saliran atau pengaliran yang baik.Rumput atau penghalang hakisan tumbuh dan subur di permulasn tahun siapnya.Tiada pembangunan di sebelah atas atau di bersebelahan cerun2 tersebut.
Kegagalan cerun adalah fenomena yang sering terjadi dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.Banyak kegagalan cerun telah berlaku di seluruh negara seperti di bangunsan Highland Tower,di lebuhraya Sg Buluh dan banyak lagi.
Sebab utamanya di sebabkan cuaca dan hujan yang lebat.
Apabila cerun tidak di selenggara saliran akan tersumbat,permukaan atas akan terhakis dan air mula meresap ke bahagian tengah cerun.Apabila berat tanah di campurkan dengan berat air,garisan kegagalan akan segera timbul dan kegagalan akan terjadi selepas itu.
Salah satu cadangan ialah untuk mengurangkan kos ialah setiap negeri mempunyai staf dan kakitangan JKR dan agensi2 kerajaan yang lain seperti PBT ,JPS dan sebagainya untuk membuat kajian dan rekabentuk atau pihak2 universiti yang mempunyai kemudahan atau makmal untuk membuat kajian dan rekabentuk dan juga sebagai praktis kepada pelajar2 yang mengambil Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang cerun ini.
Ini boleh megurangkan kos kajian dan rekabentuk yang merangkumi 50 % dari kos penyelenggaraan.
Sepatutnya kontraktor terpilih atau pakar telah di senaraikan dengan kadar harga yang tertentu demi untuk kerajaan untuk mengurangkan kos2 pembinaan dan penyelenggaran cerun.
Tender terbuka akan menyebabkan harga akan naik dan kekadang kontraktor yang terpilih tidak berupaya untuk menyudahkan projek pembaikan cerun kerana bukan pakar.
Amat mendukacitakan kajian cerun di hentikan padahal kita mempunyai pakar2 dari universiti awam di seluruh negara.
Sepatutnya universiti tidak mengadakan kursus yang sama di setiap universiti.Sepatutnya ada satu universiti yang khas untuk kajian cerun dan lain2 seperti mendapan dan sebagainya dengan adenya segala data2 tentang keadaan tanah di seluruh negara.
Ujudkan tabung penyelenggaraan cerun dan di sokong oleh syarikat2 kerajaan yang mempunyai kaitan di dalam bidang penyelengaraan cerun ini.Jangan sampai sudah ada kehilangan nyawa barulah kerajaan hendak bertindak segera,buat kajian pun segera,lantik kontraktor segera yang boleh menyebabkan banyak kecacatan2 terjadi.
Ini adalah cadangan dari penulis bukan komen demi kebaikan bersama,Insysallah

No comments:

Post a Comment