Friday, August 28, 2020

MEMBERI CERAMAH BERTAJUK 'ROLES AND RESPONSIBILITIES FOR IOW AND SITE SUPERVISOR'





 CERAMAH  BERTAJUK

ROLES AND RESPONSIBILITIES FOR IOW AND SITE SUPERVISOR

BERTEMPAT

DI AVENUE BANGI HOTEL

PADA

HARI ISNIN

BERTARIKH

24 HB OGOS 2020

PERSERTA-PERSERTA

PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI

JELEBU

BENTONG

KOTA MARUDU

BANDAR PENAWAR

TELUK INTAN

SYABAS DI UCAPKAN

Thursday, August 20, 2020

TAHAP KEKUATAN TEMBOK PENGHADANG DI TEMPAT PARKIR BERTINGKAT

 Hari ini seorang warga emas berumut 63 telah meninggal dunia akibat kereta yang di pandunya melanggar tembok penghadang di parkir tingkat 3 sebush kondominium lalu terjatuh secara bebas ke tanah dan mangsa meninggal akibat kecederaan paeah di kepala.Takziah kepada keluarga Allayarham.

Kenapa tembok penghadang boleh runtuh apabila di langgar?Tembok penahan atau penghadang di bina memang tujuan untuk menghalang kereta dari jatuh  dan bukanya hiasan.Kekuatan tembok penghadang adalah di rekabentuk berdasarkan bebanan sisi  adalah sebannyak 5 atau 10 kn per mm2 iaitu satu daya hentaman yang kuat yang bole meruntuhkan tembok penghadang tersebut.

Kalau tengok dari gambar dari media massa,sebahagian tembok penghadang tersebut runtuh dan bukan secara keseluruhan tembok.Kenapa boleh jadi begini,ini adalah pandangan penulis sahaja dan penyiasatan secara menyeluruh harus di jalankan untuk mencari sebab musababnya.

Tembok penghadang dari konkrit dengan besi tetulang yang bersambungan antara satu sama lain tidak mungkin bole runtuh dengan hentaman yang dibuat oleh seorang pemandu warga emas.Besar kemungkinan bukan menuduh tembok penghadang tersebut di perbuat dari batu bata yang tidak mempunyai menahan daya daripada sisi yang kuat atau dari konkrit yang mempunyai ketebalan besi tetulangan yang tidak mencukupi untuk menahan daya sisi yang kuat.

Element tembok penghadang ini bukanlah struktur yang utama tetapi rekabentuk dan pembinaan haruslah mengikuti  nilai2 yang telah di tetapkan.Begitu juga dinding luar bangunan tinggi.Disyorkan dinding luar adalah direabentuk menggunakan dinding konkrit yang boleh menahan daya sisi yang kuat dan dinding penyekat atau dalaman bolehlah di buat dari batu bata.

Untuk railing atau tembok penghadang di atas sesuatu bangunan yang tidak adalah kawasan parkir



PANDUAN MEMBELI TANAH LOT

 Kegiatan  menjual tanah2 lot telah lama berlaku sejak tahun80 an lagi.Tanah2 lot dengan pelbagai saiz dan kedudukan di jual dengan pelbagai harga dari serendah RM 20K hinggalah keberatus ribu.

Penulis berhadapan dengan 2 kes  keadaan ta ah lot di kawasan Bangi dan kawasan Sepang.

Kes pertama apabila pemilik hendak membina rumah dan plan perlu di kemukakan di pihak majlis tempatan.Biasanya majlis akan meminta plan kelulusan infra dan perancang bagi keseluruhan tanah lot.Biasanya pemaju tidak menegemukakan apa2 plan ke pihak majlis cuma tuan tanah akan pecah sempadan dan masukan nama di pejabat tanah sahaja.

Pemilik kes1 ini terpaksa mengeluarkan sejumlah kos untuk melantik perancang bandar,arkitek dan jurutera untuk mengemukakan plan perancang  dan infra ke majlis.Kelulusan plan pun mengambil masa yang panjang.Selepas plan lulus dan pembinaan pun siap,bekalan air ,IWK dan sistem jalan dan longkang perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyambung sistem perpaipan dari tapak rumah sehingga ke sumber paip dari kerajaan dan kalau kawasan tersebut menggunakan sistem tangki septik individu,saluran keluar hendaklah ke longkang utama jalan dan oleh kerana tiada lagi rumah di kawasan tanah lot tersebut maka lingkang,sistem bekalan elektrik,telekom dan jalan masuk adalah di tanggung oleh pemilik ini.Bayangkan kosnya melebihi kos pembinaan rumah.

Kes 2 di kawasan Bangi dan bersempadan dengan Putrajaya.

Pemilik mungkin terpukau dengan harga yang murah dan  berdekatan dengan Putrajaya.Infra masih tiada,jalan,bekalan air,elektrik pun madih tiada.Kelihatan sebuah rumah telah dibina.Keadaan tanah yang bercerun dan di belakang lot tanah tersebut memerlukan tembok penahan dan perlu mengeluarkan kos yang terlalu tinggi untuk membinanya.

Kedua2 kes tersebut ,pemilik tanah lot tersebuy terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk melengkapkan infra sebelum CCC dapat di keluarkan.

Disini di berikan panduan pembeli2 tanah lot

1.Pastikan tanah lot berkenaan adalah sahih di Pejabat Tanah

2.Surat2 kelulusan infra dari Majlis Tempatan

3.Tengok tapak,dah ade bekalan elektrik,ait,telekom,IWK ,longkang utama dan jalan masuk mengikut pekan perancamg yang telah diluluskan

Itu saja 3 tip penting sebelum membeli tanah lot,mungkin harga yang di tawarkan untuk sekaki persegi mahal sedikit jika di bandingkan dengan kos dan kesusahan di belakang hari.Semoga info ini bermenafaat.

Wednesday, August 19, 2020

TAHAP KESELAMATAN KREN MENARA

 Trajedi demi trajedi kemalangan yang di sebabkan oleh kren menara di satu projek bangunan di bandaraya.Terbaru bahan binaan yang diangkat tiba2 jatuh keatas sebuah kereta dan menyebabkan seorang terbunuh dan seorang cedera.Di masa lepas,kren menara tumbang dan menghempap seorang buruh binaan.Dan beberapa tahun yang lepas di sebuah projek bangunan di Damansara,seorang jurutera terbunuh di hempap oleh kepingsn konkrit dari kren menara.

Apa dia kren menara?

Nama pun kren menara iaitu satu alatan binaan untuk mengangat bahan2 binaan ketempat yang tinggi.Biasanya kren menara ni di pasang untuk bangunan2 yang melebihi 5 tingkat.Kedudukan kren menara ini biasanya di kedudukan lubang lif dan biasanta di tengah2 bangunan. Kren menara mempunyai pemandu yang bekerja 4 jam dalam satu hari.Kelulusan pemasangan kren menara ini adalah dari Jabatan Kilang dan Jentera dan pemandu adalah di tauliah dari CIDB atau badan2 yang berkaitan.

Pemasangan kren menara di mulai dari tapak yang di perbuat dari konkrit yang di cerucukan dan saiz serta bilangan besi tetulang asalah dari jurutera awam.Pemasamgan gegelang kotak besi yang berukuran tertentu di pasang dengan cara manual sehingga ketinggian yang di kehendaki.

Pemasangan boom atau lengan,tempat pemandu dan kepingan konkrit pengimbang di lalukan selepas badan kren ini siap.Dengan menggunakan konsep "cantilever counter balance weight" setiap pemasangan komponen di atas adalah berdasarkan kiraan jurutera perekabentuk.

Konsep "telescopic"  di gunakan untuk menaikan ketinggian badan kren menara tersebut.Satu kelemahanya yang penulis nampak ialah tentang kekuatan beban pengimbang yang di sepit saja antara kepingan konkrit tanpa ada sokongan keselamatan yang kedua seperti kepingan tersebut harus di letak kedalam sangkar besi dan kemudian di sepit untuk langkah keselamaran kedua.

Lengan atau boom tersebut mesti ada 2 lapisan,luar dan dalam,jikalau lapisan dalam parah atau gagal,lapisan kedua akan mengambil tugas dan mengelakan kemalangan.Begitu juga badan menara kren tersebut seharusnya mempunyai 2 lapisan ,luar dan dalam.untuk langkah keselanatan yang kedua,begitu juga dengan kabel takal,besi takal,seharusnya mempunyai kembar atau pasangan untuk mengelakan kemalangan.Kalau terjadi juga itu adalah kesilapan mamusia.

Itu adalah penambahbaikan yang boleh di lalukan kepda struktur kren menara ini.Pengetahuan mengenai menara kren ini boleh di layari di internet dengan menaip KREN MENARA atau  TOWER CRANE.Kursus pemandu dan pemasangan menara kren ini ada  di CIDB dan yang berminat boleh mengikutinta.

Apakah sebabnya?.Kelalaian manusia atau kemalangan.Penulis berhadapan dengan situasi di mana tempat letak kereta bersempadan dengan projek pembinaan bangunan dengan lengan kren menara melepasi kawasan pembinaaab sehingga menjangkau keluar dari kawasan tapak pembinaan.

Adakah ini di benarkan?

Secara logiknya tanpa merujuk sebarang dokumen,jarak jauh lengan kren menara adakah dalam  lengkungan tapak pembinaan itu sahaja.Kedudukan kren menara hendaklah di tetapkan secara  betul dan pengiraan radius dan angkatan beban maksima untuk suatu radius hendaklah di kemukan kepihak Jabatan Kilang dan Jentera untuk kelulusan sebelum mendirikan menara kren tersebut.

Lebih2 lg kawasan yang bersempadanan dengan jalanraya atau kawasan pejalan kaki.Penguatkusaan dan kawalselia dari Jabatan Keselamatan Pembinaan hendaklah dilakukan secara berkala untuk mencegah pelanggaran syarat2 yang telah di tetapkan.

Takziah di ucapkan kepada keluarga mangsa dan pihak berkuasa hendaklah mengambil lamgkah2 yang sesuai untuk mengelakan trajedi ini berulang kembali.

PERLAKSANAAN IBS DI MALAYSIA

 Semalam menteri kanan kerja raya mengatakan penggunaan kompinen IBS di dalam sektor pembinaan bangunaan dan infra dapat mengurangkan 30 % masa dan kos pembinaan.Komponen IBS yang banyak digunakan didalam bangunan adalah dinding,kekuda bumbung dan lantai manakala komponen struktur seperti tiang,rasuk dan struktur seperti sub struktur seperti tetopi cerucuk,cerucuk masih menggunakan cara kovensional.

Tiada bangunan yang menggunakan 100%  komponen IBS begitu juga di pembinaa  jambatan dan sebagainya.Kombinasi antara kovensional dan IBS masih di perlukan demi kelestarian ataupun kestabilan dan kekukuhan sesuatu bangunan tersebut.

IBS telah perkenalkan lama di Malaysia sejak sebelum tahun 2000 lagi.Untuk bamgunan2 kerajaan yang melebihi nilai 10 juta dan untuk bangunan atau projek swasta yang melebihi nilai 50 juta,di wajibkan komponen IBS digunakan dan kelulusan hendaklah di perolehi di peringkat pengemukaan pelan untuk kelulusan bangunan.

Penarafan bangunan IBS telah mula di laksanakan oleh pihak CIDB dan terdapat 3 atau lebih kategori penarafan tersebut.Setiap penarafan tersebut akan di berikan insentif kepada pemaju dari segi pengurangan pembayaran levi kepada kerajaan.

Itu cerita bangunan besar dan apakan kesan penggunan IBS kepada bangunan persendirian atau rumah individu.Apakah komponen2 IBS telah tersedia di pasaran untuk di kormesialkan.Dengan kepelbagaian bentuk dan saiz,adakah pesanan kustom dapat di buat dan di realisasikan.?

Jangan bandingkan dengan negara jiran kerana bangunan atau rumah persendirian amat sedikit sekali jika di bandingkan dengan di Malaysia.Sekarang di projek pembangunan tang besar seperti pembangunan bercampur meliputi melebihi 1000 hktat,pihak pemaju telah mendirikan kilang IBS untuk mencetak komponen IBS mereka sediri.

Untuk projek2 persendirian yang berskala kecil dan sederhana,komponen IBS yang hendak di gunakan tentulah yang mempunyai ukuran yang standard atau piawai yang mana saiz komponen itu sendiri sudah tersedia di pasaran IBS.Pihak perekabentuk untuk sesuatu bangunan persendirian hendaklah mengetahui apakah saiz2 komponen IBS  yang tersedia di pasaran sebelum lukisan kerja arkitek atau konsep di lakarkan.

Koodinasi dengan semua perunding hendaklah di jalankan terlebih dahulu untuk mengambil input2 yang penting sebelum lukisan konsep di hasilkan.

Diharap penggunaan sistem komponen IBS ini dapat mengurangkan kerbergantungan kepada perkerja asing terutama di musim covid ini.Latihan tenaga pakar rakyat tempatan hendaklah di tingkatkan darpda peringkat pembuatan komponen sehingga keperingkat pemasangan dan di kawal selia oleh tenaga tempatan sehingga projek di serahkan.

Pelbagai insentif bole di berikan oleh kerajaan terhadap tenaga atau syarikat yang mengutamakan penggunaan sistem IBS  sebagai penggalak demi kesenambungan sistem IBS ini dalam sektor pembinaan di negara ini.

Inshallah




Monday, August 17, 2020

KENANGAN BERKAMPUNG DI FELDA TROLAK SELATAN

 Demam PRK di Slim River semangat hangat di hari ketiga.Baik calun BN atau bebas masing 2 mempunyai strategi untuk untuk menambat seberapa ramai pengundi untuk memangkah mereka.Felda Trolak Selatan ada menyimpan banyak kenangan.Penulis pada masa itu di Tahun pertama UTM untuk kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Awam telah berkampung selama seminggu di Pusat Latihan Felda Trolak Selatan  iaitu pada tahun 1983 .

Kursus yang di jalankan adalah kursus asa ukur praktikal.Seramai 100 lebih pelajar dari kursus yang sama mengikuti latihan praktikal tersebut.Selain kursus teori kursus secara lapangan di jalankan.Terdapat perserta2 dari agensi2 kerajaan yang lain mengikuti pelbagai kursus selain dari kursus kerja ukur ini.

Pemulis mengikuti kursus ukur rantai iaitu salah satu kerja2 ukur yang tertua ataupun bole di karakan asas kepada ukur moden.Kerja ukur ini adalah bertujuan untuk mencari jarak2 antara titik2 di bumi.Penerangan lanjut ukur rantai ini bole di ikuti di laman web dengan cara menaip UKUR RANTAI dan bole memahami carakerja dan tatacara ukur rantai ini di jalankan.

Oleh kerana tiada alat moden,pengukuran adalah amat lambat sekali dan di dalam satu hari mungkin dapan satu titik atau 2 titik untuk dibuat pengukuran jarak.Kalau ada halangan seperti bukit atau sungai,banyak butiran yang perlu diambil dan lagi melambatkan kerja.Nadib baiklah kawasan sekitan pusat latihan itu rata dan kurang berhutan.

Selama seminggu seriap kumpulan di wajibkan menghabiskan kerja2 yang di berikan dan hendaklah di tutup dengan darjah ketepatan dan toleren yang tertentu dan ada juga kumpulan yang tidak berjaya menghabiskan kerja ukur rantai ini.

Sekarang dalam ukur moden,kerja2  dan alatan yang di gunakan anatlah canggih dan di dalam satu alat saja segala bacaan sudut,bering,ketinggian,kelebaran dan jarak bole di ambil di dalam satu station saja dan ketepatan amatlah jitu sekali dan segala bacaan di lapangan hanya di simpan dan dengan menggunakan sofrware tertentu di ofiz,lukisan susunatur lengkap dengan data ukur dapat di sediakan dengan cepat sekali dengan menggunakan software yang mesra autocad.

Kiraan seperti jumlah tambakan dan potongan tanah pun bole dikira dari dara cara pengukuran sebegini dan dengan adanya teknologi robotik seperti dron,pengukuran di tempat yang sukar dan tinggi dapat di laksana dengan begitu cepat dan hasil yang jitu di perolehi.

Itu adalah kenangan semasa menjadi pelajar di sekitar tahun 80 an dahulu.

Tuesday, August 4, 2020

PANDUAN MEMBINA BANGUNAN PERSENDIRIAN-BAH 2

Sambungan dari bahagian 1.Bahagian 2 ini membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan dengan proses2 pembinaan setelah kelulusan bahagian bangunan dari PBT di perolehi.Dalam bahagian ini terbahagi kepada beberapa sub bahagian.
Sub bahagian
1.Kerja2 tanah dan ujian kekuatan tanah
2.Kerja2 struktur utama bangunan
3.Kerja2 arkitek utama bangunan
4.Kerja2 mekanikal dan elektrikal
5.Kerja2 luar bangunan

Apa dia kerja2 tanah ini?
Kalau tanah seakan 2 rata,kerja2 untuk mendapatkan aras lantai rumah senang di tentukan.Kalau tanah berbukit2,ada lurah dan ada bukit,kerja2 memotong dan menambak tanah wajib di jalankan untuk mendapatkan aras rumah yang sesuai.Aras banjir perlu di ketahui dulu,aras jalan masuk,aras longkang sedia ada wajib di ketahui dahulu sebelum aras lantai bangunan di rekabentuk.Lebihan tanah wajib di bawa keluar dan plan Hakisan dan Kelodak hendaklah di kemukakan bersama2 dengan plan kerja tanah untuk mengetahui langkah2 untuk mengawal hakisan dan seterusnya banjir lumpur terjadi andaikata hujan turun ketika kerja tanah di jalankan.
Plan kerja tanah di sediakan oleh pihak jurutera bersama2 dengan info dari pihak arkitek.
Sebelum kerja tanah di lakukan,ujian kekuatan tanah perlu di jalankan untuk menentu jenis asas yang bakal di gunakan.Samada asas cetek atau tapak gajah atau asas dalam atau cerucuk perlu di tentukan.Untuk projek2 di bawah 2 tingkat ,ujian yang selalu di lakukan adalah Mc Tosh probe atau ujian proba JKR yang kosnya lebih murah dan cepat.Kosnya antara RM 600 hingga RM 1200 yang 3 point atau lubang di sekitar kawasan pembinaan.
Untuk bangunan melebihi 3 tingkat atau ujian proba JKR mengalami tidak ketentuan keputusan ujian lubang Gerikan atau BORE HOLE dijalankan.Ujian ini lebih tepat dan kosnya adalah bergantung kepada kedalaman dan berapa banyak parameter tanah yang hendak diuji atau di ketahui bacaanya.Biasanya kos antara RM 4000 hingga RM 6000 untuk satu lubang gerikan.
Semua keputusan akan di analisa oleh pihak jurutera dan menentukan jenis asas yang sesuai untuk bangunan tersebut.Terdapat kawasan terutama sekali di bandaraya KL dan kawasan yang sesak dengam bangunan,penggunaan cerucuk hentakan tidak di benarkan.
Cerucuk jenis mikro dan hentakan hidraulik adalah 2 pilihan yang utama dan kos yang tinggi di perlukan untuk penggunaan jenis cerucuk ini.
Bersambung..........