Kegiatan menjual tanah2 lot telah lama berlaku sejak tahun80 an lagi.Tanah2 lot dengan pelbagai saiz dan kedudukan di jual dengan pelbagai harga dari serendah RM 20K hinggalah keberatus ribu.
Penulis berhadapan dengan 2 kes keadaan ta ah lot di kawasan Bangi dan kawasan Sepang.
Kes pertama apabila pemilik hendak membina rumah dan plan perlu di kemukakan di pihak majlis tempatan.Biasanya majlis akan meminta plan kelulusan infra dan perancang bagi keseluruhan tanah lot.Biasanya pemaju tidak menegemukakan apa2 plan ke pihak majlis cuma tuan tanah akan pecah sempadan dan masukan nama di pejabat tanah sahaja.
Pemilik kes1 ini terpaksa mengeluarkan sejumlah kos untuk melantik perancang bandar,arkitek dan jurutera untuk mengemukakan plan perancang dan infra ke majlis.Kelulusan plan pun mengambil masa yang panjang.Selepas plan lulus dan pembinaan pun siap,bekalan air ,IWK dan sistem jalan dan longkang perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyambung sistem perpaipan dari tapak rumah sehingga ke sumber paip dari kerajaan dan kalau kawasan tersebut menggunakan sistem tangki septik individu,saluran keluar hendaklah ke longkang utama jalan dan oleh kerana tiada lagi rumah di kawasan tanah lot tersebut maka lingkang,sistem bekalan elektrik,telekom dan jalan masuk adalah di tanggung oleh pemilik ini.Bayangkan kosnya melebihi kos pembinaan rumah.
Kes 2 di kawasan Bangi dan bersempadan dengan Putrajaya.
Pemilik mungkin terpukau dengan harga yang murah dan berdekatan dengan Putrajaya.Infra masih tiada,jalan,bekalan air,elektrik pun madih tiada.Kelihatan sebuah rumah telah dibina.Keadaan tanah yang bercerun dan di belakang lot tanah tersebut memerlukan tembok penahan dan perlu mengeluarkan kos yang terlalu tinggi untuk membinanya.
Kedua2 kes tersebut ,pemilik tanah lot tersebuy terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk melengkapkan infra sebelum CCC dapat di keluarkan.
Disini di berikan panduan pembeli2 tanah lot
1.Pastikan tanah lot berkenaan adalah sahih di Pejabat Tanah
2.Surat2 kelulusan infra dari Majlis Tempatan
3.Tengok tapak,dah ade bekalan elektrik,ait,telekom,IWK ,longkang utama dan jalan masuk mengikut pekan perancamg yang telah diluluskan
Itu saja 3 tip penting sebelum membeli tanah lot,mungkin harga yang di tawarkan untuk sekaki persegi mahal sedikit jika di bandingkan dengan kos dan kesusahan di belakang hari.Semoga info ini bermenafaat.
No comments:
Post a Comment