Wednesday, August 19, 2020

PERLAKSANAAN IBS DI MALAYSIA

 Semalam menteri kanan kerja raya mengatakan penggunaan kompinen IBS di dalam sektor pembinaan bangunaan dan infra dapat mengurangkan 30 % masa dan kos pembinaan.Komponen IBS yang banyak digunakan didalam bangunan adalah dinding,kekuda bumbung dan lantai manakala komponen struktur seperti tiang,rasuk dan struktur seperti sub struktur seperti tetopi cerucuk,cerucuk masih menggunakan cara kovensional.

Tiada bangunan yang menggunakan 100%  komponen IBS begitu juga di pembinaa  jambatan dan sebagainya.Kombinasi antara kovensional dan IBS masih di perlukan demi kelestarian ataupun kestabilan dan kekukuhan sesuatu bangunan tersebut.

IBS telah perkenalkan lama di Malaysia sejak sebelum tahun 2000 lagi.Untuk bamgunan2 kerajaan yang melebihi nilai 10 juta dan untuk bangunan atau projek swasta yang melebihi nilai 50 juta,di wajibkan komponen IBS digunakan dan kelulusan hendaklah di perolehi di peringkat pengemukaan pelan untuk kelulusan bangunan.

Penarafan bangunan IBS telah mula di laksanakan oleh pihak CIDB dan terdapat 3 atau lebih kategori penarafan tersebut.Setiap penarafan tersebut akan di berikan insentif kepada pemaju dari segi pengurangan pembayaran levi kepada kerajaan.

Itu cerita bangunan besar dan apakan kesan penggunan IBS kepada bangunan persendirian atau rumah individu.Apakah komponen2 IBS telah tersedia di pasaran untuk di kormesialkan.Dengan kepelbagaian bentuk dan saiz,adakah pesanan kustom dapat di buat dan di realisasikan.?

Jangan bandingkan dengan negara jiran kerana bangunan atau rumah persendirian amat sedikit sekali jika di bandingkan dengan di Malaysia.Sekarang di projek pembangunan tang besar seperti pembangunan bercampur meliputi melebihi 1000 hktat,pihak pemaju telah mendirikan kilang IBS untuk mencetak komponen IBS mereka sediri.

Untuk projek2 persendirian yang berskala kecil dan sederhana,komponen IBS yang hendak di gunakan tentulah yang mempunyai ukuran yang standard atau piawai yang mana saiz komponen itu sendiri sudah tersedia di pasaran IBS.Pihak perekabentuk untuk sesuatu bangunan persendirian hendaklah mengetahui apakah saiz2 komponen IBS  yang tersedia di pasaran sebelum lukisan kerja arkitek atau konsep di lakarkan.

Koodinasi dengan semua perunding hendaklah di jalankan terlebih dahulu untuk mengambil input2 yang penting sebelum lukisan konsep di hasilkan.

Diharap penggunaan sistem komponen IBS ini dapat mengurangkan kerbergantungan kepada perkerja asing terutama di musim covid ini.Latihan tenaga pakar rakyat tempatan hendaklah di tingkatkan darpda peringkat pembuatan komponen sehingga keperingkat pemasangan dan di kawal selia oleh tenaga tempatan sehingga projek di serahkan.

Pelbagai insentif bole di berikan oleh kerajaan terhadap tenaga atau syarikat yang mengutamakan penggunaan sistem IBS  sebagai penggalak demi kesenambungan sistem IBS ini dalam sektor pembinaan di negara ini.

Inshallah




No comments:

Post a Comment