Saturday, October 31, 2020

Arah Kiblat

 Arah kiblat adalah arah arau bearing yang di tentukan oleh seorang jurukur apabila hendak menetukan arah kiblat dalam pembinaan tempat ibadah umat islam seperti musolla,surau maupun masjid.

Sebelum sebarang kerja penjajaran bangunan di lakukan,arah kiblat akan di tentukan oleh pihak majlis ugama tempatan bersama dengan jurukur dan arah kiblat akan di tandakan secara kekal dan selanat di tapak projek.

Pihak majlis ugama tempatan akan mengeluarkan sijil dengan bacaan bering kiblat bagi sesuatu ptojek tersebut.Untuk pengetahuan arah kiblat bagi semua tempat di Malaysia adalah dalam julat 291 darjah hingga 293 darjah.

Kenkadang arah kiblat telah di catit dalam kompas yang berada di dalam pelan kunci pihak arkitek.Arah ini hendaklah di tentukan dan di periksa sebelum projek berjalan.Kekadang teknologi "copy dan paste' ini bole mendatangkan kekeliruan.

Apabila bangunan sudah terpusing ataupun tidak mengikut kiblat,pelan susunatur menjadi bercelaru seperti kawasan jalan dan parkir yang tidak mencukupi dan akan terkesan di peringkat kebenaran merancang dan kalau bangunan telah siap,barisan saf akan di lencongkan mengikut kiblat yang betul.Banyak terjadi masjid2 lama yang kiblatnya terpesong terus dan masjid yang baru mula di dirikan.

Zaman dulu tekñologi menentukan arah kiblat adalah dengan cara yang lama dan kesilapan mungkin berlaku.Sekarang applikasi menentukan arah kiblat telah ada di dalam telipon bimbit dan setiap tahun mungkin sekali atau 2 kali matahari betul2 tepat di atas Kaabah dan di masa tersebut bole memeriksa arah kiblat semasa di setiap inci tanah di dunia.

Arah kiblat akan bergerak atau berubah sedikit dari tahun ketahun dan pemeriksaan adalah perlu pada setiap tahun dengan kaedah di atas.Semoga artikel ini berfaedah pada semua.