Ari ini kita di kejutkan dengan kematian 3 orang pekerja pembersihan di loji kumbahan di ibukota.Semua pekerja telah meninggal di tapak loji berkenaan manakala 2 lagi sempat melarikan diri dan sedang di rawat.Kenapa ini boleh terjadi dan di mana SOP keselamatan di tempat kerja.
Semua loji kumbahan mengeluarkan satu jenis gas yang amat merbahaya iaitu ammonia iaitu dalam bentuk Ammonical Nitrogen atau NH3.Ammonia yang berlebihan boleh menunjukan tahap pencemaran di sesuatu tempat termasuk di kawasan loji atau kemalangan berlaku di dalam tempat yang terkurung.
Kontak dengan amonia yang berketumpatan tinggi dalam udara boleh menyebabkan mata,hidung,tekak rasa terbakar dan seterusnya menyebabkan buta dan juga menyebabkan terputusnya bekalan nutrien keotak dan seterusnya menyebabkan kematian.Oleh kerana gas amonia tidak mempunyai warna dan amat menyukarkan pihak pekerja untuk mengelakan kecuali setelah menghidu gas tesebut dan ini adalah di luar kawalan dan satu indikator secara saintifik hendaklah di letakan di loji terbabit untuk mengesan tahap gas beracun ini pada setiap keadaan dan masa.
Indikator ini penting untuk memeriksa atau mengetahui samada air kumbahan tersebut mengandungi tahap amonia yang tinggi yang boleh menghasilkan effluen yang tinggi kadar amonia yang di lepaskan ke sungai2 yang boleh menyebabkan pencemaran sungai yang mana sungai yang menjadi sumber air kepada seluruh penduduk di Malaysia atau kemalangan maut menjadi indikator kepada tahap pencemaran di loji2 kumbahan.
SOP yang ketat telah ada di setiap loji dan kekadang penyeliaan adalah kurang cekap,Penyelia gagal untuk memastikan pekerja2 mengikuti SOP atau penyelia memang tiada lansung di kawasan tersebut pada waktu kerja2 di jalankan aatau pun pekerja menjalankan kerja2 mengikuti SOP masing-masing.
Memandangkan gas amonia yang di hasilkan adalah berubah2 pada setiap masa dan jam,satu indikator hendaklah di pasang di pintu masuk ke setiap loji.Memandangkan sekarang banyak teknologi sensor yang boleh di gunakan untuk mengesan tahap pencemaran didalam loji berkenaan.Indikator -indikator ini menjadi rujukan apabila sesuatu kerja2 pembersihan yang hendaklah di lakukan di kawasan loji tersebut.
Kalau di kawasan terkurung pihak pengurusan telah ada SOPnya tersendiri untuk mencegah segala bentuk kemalangan termasuk kematian.Cuma penyeliaan adalah berada pada tahap yang tidak memuaskan.Gas amonia yang berlebihan akan menyebabkan ia meresap masuk kedalam salur darah dan boleh menyebabkan organ2 yang penting akan berhenti berfungsi dan seterusnya menyebabkan kematian.
Siasatan yang mendalam harus di jalankan untuk mencari punca tragedi ini dan penyelesaian bukan setakat mencari punca tetapi penambahbaikan sistem atau SOP yang sedia ada hendaklah di jalankan untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Tetapi hari ini adalah hari cuti yang mana kebanyakan pihak pengurusan adalah bercuti dan kenapa di benarkan pekerja berkerja pada waktu ini dan disini pihak Jabatan Buruh dapat menyiasat kejadian ini yang mana pada waktu cuti hanya kerja2 kecemasan saja di benarkan dengan SOP yang ketat.
Takziah kepada keluarga yang terlibat dan pampasan yang setimpal haruslah di berikan kepada keluarga yang tinggal.
No comments:
Post a Comment