MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Saturday, December 26, 2020

MENDAPAN TANAH

Semalam di laporkan dalam satu portal berita,perkhidmatan keretapi dari Gemas ke JB di hentikan di kawasan Stesen Kempas gara-gara kejadian mendapan tanah berhampiran di kawasan laluan keretapi tersebut.Semua penumpang di angkut menggunakan bas untuk meneruskan perjalanan ke stesen JB.

Kenapa mendapan tanah terjadi?Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan mendapan tanah.Faktor semasa,dahulu dan akan datang.Faktor dahulu adalah di sebabkan kerja2 pemadatan dan pengukuhan tanah di kawasan tersebut di buat dengan betul dan mengikut amalan kejuruteraan yang betul,Sebagaimana ramai tahu,kawasan Kempas adalah terletak di kawasan tanah yang mempunyai kadar organik yang tinggi atau lebih di kenali sebagai tanah gambut.

Rawatan atau kaedah untuk membaikpulih tanah jenis gambut ini ubtuk di jadikan sebagai asas adalah melalui kajian dan analisa yang mendalam untuk memahami akan kelakuan jenis tanah gambut yang berada di kawasan tersebut.Tanah gambut mempunyai berbagai2 veriati dan sifat dari sudut kejuruteraanya adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat.Analisa setempat hendaklah di lakukan sebelum sesuatu keputusan kaedah pembaikan tanah di kawasan tersebut adalah sesuai untuk di jadikan apa2 asas bangunan atau sebagainya.

Faktor semasa adalah keadaan persekitaran dengan kawasan laluan landasan keretapi tersebut.Samada keadaan nya masih seperti dahulu ataupun telah berubah dengan pembangunan terutama tentang arah saliran kerana pengaliran air ataupun air yang tidak bergerakan menyumbang kepada jumlah mendapan atau sebab utama mendapan ini.Faktor sekeliling seperti ada pembinaan yang melibat gegaran yang berlebihan seperti perletupan dan pengorekan yang mengunakan mesin atau alat 2 yang besar atau penanaman cerucuk yang menghasikan gegaran yang berlebihan kepada struktur tanah di bawah ,

Faktor masa hadapan seperti ada tambahan beban ,gegaran dari keretapi atau daya brek atau hetaman brek yang berlebihan yang menyebabkan tanah mengalami daya mampatan yang berlebihan dan seterusnya menyebabkan tanah mengalami pengecutan yang berlebihan yang boleh menyebabkan mendapan.Pengukuhan kedua adalah fenomena yang terjadi apabila usia pembangunan adalah antara 3 hingga 10 tahun dan juga pengukuhan tanah peringkat 3 sedang berlaku.

Mendapan di sebabkan pengukuhan peringkat 3 memang sukar untuk dielakan dan boleh di elakan apabila di ambilkira di peringkat rekabentuk semasa kerja-kerja penambakan.Bahan penambakan ,kadar pengukuhan peringkat 2 dan 3 harus di kira atau di ambil perhatian.

Insiden telah pun berlaku dan siasatan penuh KEJURUTERAAN AWAM harus di jalan dan lapuran nya hendaklah di lapurkan dalan jounal2 kejuruteraan untuk di jadikan rujukan para perekabentuk atau jurutera di masa hadapan. 

No comments:

Post a Comment