MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Saturday, January 2, 2021

DINDING ATAU PENAHAN SISI ROBOH LAGI

 Satu tragedi yang menyayat hati seluruh rakyat Malaysia berlaku di feri Triso di Subayau ,Serawak yang mengorbankan 9 nyawa yang masih muda.Takziah di ucapkan kepada keluarga mangsa diatas tragedi ini.

Feri adalah satu jenis pengangkutan untuk membawa barang,kenderaan manusia menyeberangi sungai ataupun teluk.Di Malaysia feri Pulau Pinang dan feri ke Pulau Pangkor masih popular selain feri2 yang lain.Kebanyakan feri adalah menyeberangi laut lepas kecuali di Serawak dan Sabah yang mana pengangkutan feri adalah salah satu pengangkutan utama.

Apa yanh berlaku sebenarnya?.Menurut satu lapuran,tidak mengikuti SOP berkenderaan adalah punca yang utama selain daripada punca2 yang lain.Mengikut SOP,kenderaan hendaklah dikosongkan semasa menaiki feri dan semasa pelayaran dan semasa turun dari feri.

Kejadian yang berlaku disebabkan penumpang2 tidak turun dari kenderaan semasa naik,semasa dan turun dari feri.Kenderaan hilang kawalan dan melanggar dinding tepi sebelum jatuh kedalam sunhai yang aliranya sangat deras

Adakah tembok penahan atau besi penghalang sisi di rekabentuk mengikut amalan kejuruteraan atau memang tiada lansung tembok penhan atau besi penghalang.Mengikut rekabentuk ,tembok penahan di bina adalah untuk menghalang daya hetaman secara mengufuk.Nilai daya maksima ada di nyatakan dalm BS atau Eurocode yang mana kalau daya hetaman adalah melebihi dari di rekabentuk,maka tembok atau besi penghadang akan roboh dan menyebabkan kemalangan.

Siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh untuk mencari punca sebenar tragedi ini dan siarkan hasil siasatan kepada umum kalau boleh.

Faktor yang paling penting jangan jadikan sengketacpolitik menyebabkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia.Peruntukan 848 juta telahpun di luluskan dan di batalkan pada tahun 2018.IWalaupun pembinaan jambatan ini mempunyai kesan impak ekonomi yang kecil dan tidak menguntungkan tetapi   nyawa yang melayang tidak boleh diganti dengan duit  yang berbillion.

Maka fikir2kan lah

No comments:

Post a Comment