MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Sunday, January 3, 2021

BANJIR DAN TANAH RUNTUH

 Semalam di negeri Johor,hujan seharian dari oagi hingga kepagi.Daripada rennyai ke lebat dan renyai,berulang2 sehingga air tidak mampu meresap lagi ketanah ataupun tepu.Cuma intensiti hujan tidaklah lebat sehingga bokeh menyebabkan banjir.Angin dan suasana sejuk semacam Cameron Highland membuatkan susah hendak menyentuh air.

Kenapa ukuran intensiti penting dalam kiraan hidrolik?.Semalam bacaan di kebanyakan stesen bacaan hujan adalah antara 250mm hingga 350mm yang mane 326mm adalah bacaan tertinggi di Kluang yang mengakibatkan banjir di seluruh kawasan sekitar atau daerah yang berhampiran.

Indikator ini penting untuk rekabentuk hidrolik seperti longkang,kolam OSD dan sebagai.Biasanya intensiti yang di ambil semasa rekabentuk adalah antara 100mm hingga 20omm/jam dan kalau bacaan ini lebih daripada biasa,kapasiti longkang tidak lagi untuk mengangkut air dan seterusnya melimpah ke kawasan sekitar.

Semalam,rata2 intensiti adalah tinggi di semua stesen2 di Johor dan semua kawasan telah pun banjiir dan sebanyak 6 ribu penduduk telah pun dopindahkan.Rentetan dari hujan yang berlebihan tanah tambak runtuh menyebabkan perhubungan jalan terputus 2 di dua tempat iaitu di jalan Segamat-Muazam dan yang terbahru di Genting Highland.

Aliran air yang tingggi dan keadaan longkang yamg tidak dapat menampung air teesebut menyebab kan tanah tepu dan menjadi lebih berat dan keadaan tekanan yang tidak sama menyebabkan tanah tergelincir dan runtuh.Jalanraya yang terletak diatas tanah tambak tersebut runtuh dan terbahagi dua.

Mungkin lebih banyak kejadian tanah runtuh akan berlaku lagi memandangkan keadaan hujan lebat yang berterusan di awal tahun baru ini.Untuk mengelakan kejadian ini memerlukan kajian dari peringkat rekabentuk lagi dan memerlukan kos yang tinggi.

Buat masa ini hanya pembaikan sahaja boleh dilakukan kerana masa yang terhad .Di harap penunggang motosikal dan pemandu kenderaan lebih berhati2 apabila melalui kawasan2 yang di amggap kritikal dan bahaya.Pemantauan dan meletakan banyak papan tanda pada siang dan malam sebagai lamgkah berjaga2 keselamatan untuk mengelakan kejadian yang tidak dingini berlaku.



No comments:

Post a Comment