Negara masih lagu belum reda dengan kuman covid dan kes yang trendnya kejap menurun dan kejap menaik umpama trend sideway di dalam pasaran saham.Rakyat masih menunggu vaksin yang sebenarnya sampai dan terus boleh digunakan.
Belum reda lagi,musim peralihan monsun yang menyaksikan hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari dan di bantu oleh air pasang besar menengelam banyak kawasan terutana di Pahang,Terengganu dan Johor.
Rentetan dari keadaan hujan ini,banyak cerun dan jalan runtuh,longkang tidak lagi menampung air hujan dan tersumbat.Aliran puing terjadi di sebabkan hakisan yang kuat mengumpul segala bentuk batu,tanah batang pokok tang menghasilkan halaju dan daya hetaman yang tinggi.
Dimana tugas badan profesional dalam menghadapi situasi begini.Penglibatan jabatan dalam menangani atau menyelesaikan masaalah adalah bersifat sementara.Dmana para graduan sarjana dan kedoktoran dalam membuat penyelidikan terhadap fenomena dan seterusnya menyediakan data2 yang di perlukan dan cara penyelesaian yang bukan cuba dan try
Mengambil data2 dari lapangan semasa kejadian tanah runtuh dan hujan lebat adalah langkah2 terbaik untuk menyediakan data yang lebih jitu sebagai panduan untuk merekabentuk sistem peparitan,keserongan cerun dan kaedah terbaik untuk menambak atau pemulihan tanah untuk kawasan tambak yang terlalu sensitif seperti kawasan berpaya dan di kawasan tanah gambut.
Di Pahang,kebanyakan fenomena adalah tanah runtuh kerana sebagai besar kawasan adalah kawasan banjaran atau kawasan berbukit dan pengawalan dan pemerhatian kawasan cerun adalah di utamakan.Laluan ke Cameron Highland dan Genting Highland mencatitkan bilangan runtuhan yang pailing ketara sekali.
Manakala di kawasan sebelah negeri Johor,tanah gambut mengambil kawasan yang begitu luas sekali.Pemulihan tanah gambut untuk di jadikan tapak bangunan,tapak rel keretapi,tapak untuk jalanraya memerlukan kajian yang mendalam bukan di masa kering sahaja tetapi di masa hujan yang mana tanah telah tepu sepenuhnya dengan air.
Manakala bahagian negeri Terengganu,sebahagian tanah nya adalah tanah berpasir atau terletak di pesisiran pantai yang terdedah kepada angin laut dan juga air pasang besar atau 'king tide' yang selalu merosakan struktur2 yang di bina di tepi pesisiran laut.Kajian yang mendalam hendaklah di jalankan di lapangan semasa musim tengkujuh ini dengan lebih kerap lagi bagi menyediakan data2 yang berguna untuk kajian atau panduan di masa hadapan.
Telah banyak juga kajian di jalankan di kawasan2 yang kritikal jenis tanahnya tetapi cuaca tidak sama berlaku pada masa yang sama dan sentiasa berubah2 pada saban tahun disebabkan kecairan ais di kutub,pencemaran dan ketipisan lapisan Ozon yang boleh mengubah keadaan cuaca an taburan hujan pada setiap 2,5,10,20,50 dan 100 tahun.
Purata intensiti air hujan (ARI) untuk kawasan2 hendaklah di perbanyakan lagi di mana stesen pengumpulan air hujan yang mengukur intensiti air hujan hendaklah berada di setiap pelusuk mukim bagi mengukur (ARI) yang tepat untuk kegunaan merekabentuk segala kemudahan pengairan dan saliran bagi sesuatu kawasan.
Dengan kemajuan penyimpanan data yang terlalu maju sekarang dan ruangan menyimpannya yang boleh menyimpan berjuta2 data,dengan aplikasi telepon sahaja,segala data mengenai pengairan dan saliran dapat di capai dengan sekali klik sahaja dan rekabentuk bole di lakukan hanya melalui aplikasi di dalam telipon sahaja.
Kalkulator saliran dan pengairan belum lagi di bangunkan mungkin disebabkan kita kekurangan banyak data di banyak kawasan.Umpama rekabentuk struktur seperti rasuk bangunan atau rasuk jambatan boleh di rekabentuk melalui applikasi telipon sahaja,Kalau kita sudah mempunyai aplikasi seperti itu barulah negara akan lebih maju seiring dengan pembangunan IR 4.0 yang telah di lancarkan oleh kerajaan.
Sekali klik,semua selesai.Inshaallah
No comments:
Post a Comment