Negara kita telah mula menggunakan applikasi BIM(Building Information Modelling) di mana setiap element di dalam bangunan telah di modelkan menggunakan teknologi 3 D.Daripada element arkitek,jurutera sivil serta elektrikal dan mekanikal dan hiasan dalaman yang mana semua input2 tersebut di persembahkan dalam bentuk 3D dan segala data2 tersimpan dalam model tersebut.Ini akan menyenang pihak pemilik dan konsultan menyemak hasil kerja mereka dalam bentuk 3D dan seterusnya semua kesilapan ataupun tiada persamaan antara kehendak pemilik dan perkara yang telah di rekabentuk.
BIM menjadi satu aplikasi yang berguna apabila projek di tender dan kuantiti dan spesifikasi bahan telah di nyatakan tepat pada model tersebut.Setiap perubahan kehendak pemilik atau syarat baru dari pihak majlis boleh di tukar dalam masa yang singkat dan ini dapat menjimatkan masa.Seperti contoh BIM untuk struktur besi tetulang,setiap perubahan beban akan di analisa dan di tambah dengan bilangan besi tetulang dan kuantiti nya otomatik berubah di dalam BQ yang mana keputusan tender kan dapat di ketahui tanpa melengahkan masa.
BIM ini juga penting apabila pihak pemilik menjalankan pemeriksaan atau penyeliaan kerja2 pemeliharaan apabila bangunan telah di siapkan dan di serahkan.Ini memudahkan kerja2 pengantikan dan kerja2 membaiki kerosakan terhadap semua element bangunan tersebut.BIM telah lama di perkenalkan didalam rekabentuk struktur keluli dan kerja2 infra struktur di luar.Banyak software seperti Prokon,Etab,Tekla dan sebagai nya telah pun mempunyai pandangan 3D dalam penghasilan rekabentuk sesuatu bangunan.Sofware tempatan seperti Esteem telah pun mengorak langkah yang sama di mana BIM telah pun di gunakan pakai.Cuma BIM yang merangkumi semua aspek dari arkitek hingga kepada hiasan dalaman telah pun lama di gunakan di luar negeri cuma di dalam negeri langkah kearah itu telah di mulakan dan di syaratkan dalam kontrak2 kerajaan.
Bagaimana dengan Infra-IM iaitu infra structure Information Modelling?Sekarang telah pun ada modelling untuk kerja tanah dan kerja2 infra struktur dalam skala yang kecil mungkin untuk sesuatu kawasan pembangunan atau kawasan di sekitar bangunan.Apa yang perlu di lihat sekarang ialah Infra-IM untuk seluruh kawasan di Malaysia terutama sekali mode2 yang berlaku apabila hujan lebat,angin kencang,ombak yang kuat dan sebagainya.Mode runtuh adalah yang paling di takuti tetapi apabila modelling dapat memberitahu dengan lebih awal,amaran boleh di keluarkan dengan lebih awal untuk mengelakan tragedi dan kemalangan.
Usaha yang padu di kalangan jabatan kerajaan yang terlibat,pihak2 swasta .pihak2 universiti dan pihak2 profesional untuk membangunakan aplikasi dengan skala yang lebih luas,lebih terperinci yang boleh di jadikan rujukan apabila sesuatu fenomena seperti hujan lebat berlaku.Dengan kemudahan internet yang serba canggih,dengan adanya informasi di hujung tangan seperti di telipon bimbit,persediaan awal terhadap tragedi dapat di buat sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi.
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi banjir,tanah runtuh.lemas dan sebagainya.Hanya teknologi sahaja yang boleh mengurangkan tragedi yang berlaku di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment