MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Tuesday, January 12, 2021

SEMUANYA MATEMATIK

 Penulis di ajukan soalan matematik oleh seorang pelajar diploma dari sebuah universiti tempatan dan soalah nya berkenaan dengan hukum sin,cos,tan,sec dan cot.Soalanya pun ade tricky yang mengata terdapat dua jenis sudut iaitu sudut 'obtuse' dan 'acute'.Penulis yang memang meminati matematik pun mengolah soalan dan memberi jawapan tetapi salah.Bayangkanlah dah 30 tahun lebih penulis meninggalkan bangu sekolah dan universiti terpaksa melayari internet dan terjumpa akan penyelesainya.

Sudut 'obtuse' adalah sudut di antara 90  hingga 180 darjah manakala sudut 'acute' adalah sudut di bawah 90 darjah.Untuk sudut 'acute' hukum sin atau cos yang biasa ataupun segitiga bersudut tepat dapat diselesaikan dengan mudah.Bagi segitiga 'oplique' atau segitiga yang mempunyai sudut 'obtuse' terdapat sedikit perbezaan pada hukum cos sahaja.Hukum kos untuk sudut 'obtuse' adalah bersifat negatif dan hukum2 yang lain seperti sin,tan,sec dan cot akan mengikuti hukum cos ini.Akhirnya penulis mempunyai satu ilmu yang dulu mungkin telah belajar tapi sudah terlupa.

Hukum cos adalah banyak berdasarkan kepada teoram pythagores,Hukum pythagoras menyatakan hasil tambah luas di kedua2 sebelah segitiga adalah sama dengan luas yang selebihnya dengan syarat salah satu sudut adalah bersifat 90 darjah dan lebih dua sudut lagi adalah 'acute'.Hukum a^2 + b^2= c^2 dan hukum ini menjadi hukum yang amat berguna dalam pengunaan seharian.Hukum ini bermula dari trigo 3,4,5 dan seterus 5,12,13 dan banyak lagi triplet ini sehingga menjangkau 100 triplet,

Siapa atau saintis yang memulakan teoram pythagoras ini?Phythagoras di lahirkan di Greek pada abad 580 SM hingga 500 SM dan seorang ahli falsafah dan ahli matematika.Ia menyatakan yang matematika boleh di ukur dengan corak dan ulangan.Di kenali dengan Bapa Nombor dan ahli falsafah yang terkenal pada abad yang ke enam.

Saintis Islam telah merintis dan mengembangkan lagi usaha pythagoras ini dan lebih 500 tahun selepas itu lahirlah saintis Islam yang mempelopori teorem ini dan hukum -hukum trigonometri yang lain.Antaranya adalah Abu al-rayhan al-Biruni,Abu Wafa al Bawzajani,Abu nash Mansur,Aljayani dan Al Murwazi.dan apabila  Islam jatuh pada tahun 1924,semua ciptaan saintis Islam ini telah di rampas dan di terjemahkan dalam pelbagai bahasa dan mereka mempelopori kemajuan teknologi yang mana semua ini adalah di asaskan oleh saintis Greek kemudian oleh saintis Islam dan kemudian di terajui oleh saintis Barat.

Ini baru dalam bidang matematik ,banyak lagi ahli sain Islam yang mempelopori bidang lain seprti bidang perubatan,kimia,pertanian,fizik,astronomi dan juga bidang2 yang lain.Angka O yang di gunakan dalm perkomputeran adalah di ilhamkan oleh saintis Islam yang mana angka roman adalah mendahului zaman.Angka 0 hingga 9 adalah hasil ilham oleh saintis islam yang mana sistem 0 dan 1 adalah sistem asas pada teknologi komputer dan seterusnya internet masa kini.

Generasi kini harus didedahkan tentang sejarah ilmuan ini agar menjadi satu motivasi yang uztaz,lebai,ulama pada suatu masa dahulu bukan sahaja mahir dalam ilmu ugama terutama AL Quran tetapi juga pencetus satu idea yang di gunakan oleh jutaan umat manusia dari zaman lampau hingga kini untuk mencari cahaya dari kegelapan dan balasan syurga dari Allah untuk mereka2 ini sebagai fardhu kifayah di atas mukabumi ini.

Kita sebagai pengikut atau pengguna amat bersyukur ke hadrat Allah kerana menghantar umat ini ke dunia untuk membimbing manusia dalam bidang kehidupan.Allahu Akbar

No comments:

Post a Comment