Teringat 40 tahun lepas semasa penulis di bangku universiti dalam pengajaran laluintas di bawah subjek kejuruteraan lalulintas,di bawah tajuk kesesakan jalan raya dan penyelesaianya.Terdapat banyak kaedah dan cara yang digunapakai oleh berbagai negara di dunia ini.
Antara langkah yang popular adalah kaedah waktu dan zon.Seperti waktu antara pukul 730 pagi hingga 1-30 pagi dan antara pukul 430 hingga 830 mlm ,kenderaan perdagangan di larang memasuki ibukota.Kaedah zon adalah adalah popular di Singapura apabila plat nombor kenderaan akan di berikan warna yang berlainan yang membawa maksud kenderaan yang plat warna tertentu akan memasuki bandar pada waktu yang di tentuakan sahaja dan jumlah kapasiti trafik akan di kawal jumlahnya dalam masa tertentu.SOP ini sedang kita praktik semasa pendamik ini iaitu ljumlah tertentu pengunjung yang di bolehkan memasuki sesuatu premis dalam waktu tertentu.
Di Malaysia ,jalanraya terangkat(elevated highway) sedang giat di jalankan sebagai jalan alternatif atau jalan pengurai kesesakan sedang giat di bina.Sepatutnya untuk kenderaan yang hendak ke utara atau ke timur atau keselatan sahaja yang di benarkan melalui jalan tersebut atau membawa maksud bahawa jalan tersebut seharus terua menghala ke selatan,utara atau timur serta barat tanpa mempunyai simpang atau jalan susur di sepanjang atau didalam kawasan bandaraya tersebut.Tetapi lain pula jadinya yang lebuhraya terangkat mempunyai banyak susur yang bersilang siur yang menggangu pemandangan bandaraya terutama Kuala Lumpur.Sesak di bawah pun belum selesai di tambah pula sesak yang terjadi di atas kepala.
Salah seorang pensyarah lalulintas telah pun membuat komen terhadap pengesyoran untuk membuat lebuhraya terangkat ini 40 tahun yang lepas.Ini bukan penyelesainya kerana negara-negara maju pun belum atau tidak menggunakan kaedah ini.Banyak lagi kaedah lain kerana keadah ini melibatkan kos yang tinggi dan bandaraya akan sentiasa sesak bukan di sebabkan kenderaan tetapi disebabkan oleh aktiviti pembinaan yang akan berlanjutan selama berpuluh tahun lagi,Ini di sebabkan ada berbagai lebuhraya yang apabila siap dibina,lebuhraya baru akan di bina dan proses ini akan di ulang entah sampai kebila.
Tup-tup kerajaan Johor hendak membuat laluan keretapi semacam di London iaitu Aliran Transit Ringan diatara kota Johor Baharu dan kota Singapura untuk menguraikan trafik yang selalu sesak di tambak Johor..Kerjaan negeri Melaka pada masa lalu pernah mengutara idea ini untuk laluan Air Keroh hingga ke bandar Melaka tetapi di batalkan begiitu juga dengan rail terangkat(elevated rail) yang semata-mata di gunakan untuk menjadi salah satu produk perlancungan.
Berbalik kepada cerita RT Johor Bahru-Singapura yang akan di mulakan pada bila-bila masa yang akan siap pada tahun 2026 sepanjang 4 kilometer daripada Bukit Cagar hingga ke Woodlands di Singapura.Kaedah inipun adalah salah satu kaedah yang dibincangan untuk mengurangkan kesesakan di bandar-bandar,Harap-harap projek ini menjadi kenyataan dan berjaya di siapkan mengikut jadual untuk kemudahan rakyat kedua-dua negara.Inshallah
2.KESESAKAN BANDARAYA TERKINI
Pagi hari Isnin,penulis menghantar dari Kajang menuju ke Gombak.Daripada Lebuhraya Grand Saga melalui Jalan Persimpangan Connoutcdan melalui bulatan sebelum memasuki MRR2.Kesesakan tersebut telah bertahun-tahun berlaku dan berbagai2 usaha telah di lakukan termasuk memperkenalkan laluan kontra dari pukul 630 pagi hingga 930 pagi dan yang terbaru lebuh raya bertingkat SUKE sedang dalam pembinaan untuk menguraikan kesesakan yang terjadi pada saban hari .
Telah di ketahui hubungan antara pertambahan trafik adalah berkadar terus dengan kemudahan jalanraya yang disediakan.Lebih banyak lebuhraya akan bertambahlah jumlah kenderaan yang menggunakanya sehingga keadaan menjadu tepu.Bila keadaan tepu berlaku perancangan untuk menguraikan di lakukan dan di bina sehingga dalam masa pembinaan keadaan trafik akan menjafi sesak dan apabila lebuhraya itu siap keadaan atau jumlah trafik akan menjadi tepu sampai bila?
Dalam mengharungi keadaan trafik yang sesak,penulis terfikir bagaimana kalau aliran trafik ini di uruskan dengan satu kaedah.Penulis mencadangan kaedah waktu dan jenis kenderaan di gunakan.
Untuk waktu dari pukul 600 pahi sehingga 1100 pagi hanya kenderaan persendirian fan motosikal yang bole berada di atas jalanraya.Kenderaan perdagangan di haramkan lalui pada waktu -waktu ini.
Antara pukul 1100 pagi hingga 1600 ptg ini adalah untuk waktu kenderaan perdagangan dan haram untuk kenderaan pensendirian.
Jikalau ada orang persendirian ingin memasuki atau untuk pergi ke pusat membeli belah dan sebagainya,gunakanlah pengangkutan awam.Di sinilah cara untuk kerajaan melatih orang ramai untuk menggunakan kenderaan awam.
Waktu diantara pukul 1600 petang hingga 2000 malam hanya kenderaan persendirian dan motosikal di benarkan berada di jalan raya ini.Selepas pukul 2000 malam hingga ke pukul 500 pagi laluan ini terbuka kepada kenderaan persendirian dan semua jenis kenderaan.
Waktu memunggah .menghantar barang dari satu destinasi ke satu destinasi hendaklah di ubah mengikut ketetapan waktu dan jenis kenderaan tang sudah di dtentukan.
Untuk kenderaan kerajaan dan kenderaan pengangkutan awam tiada had waktu di tentukan.
Apapun kajian wajib di lakukan selama waktu yang di tentu untuk mengetahui sistem ini berkesan atau tidak untukmengatasi kesesakan di falam bandaraya2 du Malaysia.
Pernah DBKL tidak membenarkan semua jenis kenderaam memasuki Jalan TAR tetapi mendapat bantahan dan di batalkan.Dengan usaha kerajaan untuk berjimat dan mengurang kadar karbon dalam bandaraya,cadangan kaedah ini bole di cuba.
Kalau kajian lapangan adalah terlalu sukar mendapat kerjasama dari orang ramai kajian secara sumilator dengan perisiam komputer wajib di bangunka dengan menngunapakai tenaga kerja yang sedang menggangur dan dana CSR dari syarikat2 pengangkutan yang terlibat.
Inshalkah berjaya.
3.LALUAN KONTRA MENGURAI KESESAKAN
Laluan kontra adalah laluan yang di cipta di sebelah jalan yang sesak dan membawa maksud laluan yang kontra dengan arah trafik jalan tersebut.D KL banyak jalan kontra yang telah di lakukan contoh jalan ke Putrajaya dan jalan Cheras menuju ke pusat bandar.
Apa kegunaan laluan kontra,laluan kontra adalah semata2 di buat untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut dan mase nye di waktu puncak iaitu di waktu pagi dan petang.Terjadi juga kesesakan berlaku fi jalan yang ade jalan kontra tersebut dan adakah sistem bole alih efektif dan savecost?
Bandar Johor Bahru pun tidak terlepas untuk mengadaksn jalan kontra di 3 kawasan utama ysng mengalami kesesakan.Sebelum membuat krputusan jalsn kontra ini di laksanakan satu kajian trafik di jalankan oleh pihak berkuasa seperti JKR atau DBKL.
Tujuan utama nye adalah untuk memcari kepadatan trafik dalam 1 jam dalam satu hari semalam dan biasanye kajian ini mrngambil masa beberapa hari.
Penulis ade pengalaman membuat survey trafik di KL pada tahun 1983 atau 84 fi Jalan Tun Razak.Dengan bantuan polis kereta2 yang dipilih akan di tahan dan di beri borang kaji selidik unyuk di jawab.Soalan seperti tujuan perjalanan,masa perjalanan',berapa jumlah penumpang dan kekerapan melalui jalan tersebut.Daripada survey tersebut dapatlah mungkin di buat model tentang traffic pattern di Kuala Lumpur dan cara penyelesaiannya.
Selalu kita terlihat traffic volume survey di buat oleh pihak JKR di beberapa batang jalanraya dilakukan.Tujuanye untuk mendapat data traffic volume dalam mase2 tertentu dan menjadi info yang berguna untuk laluam kontra dibuat keatas sebatang jalanraya yang sesak.
4.KESESAKAN PUSAT PELANCONGAN
Lapuran dari satu portal berita yang melapurkan kesesakan jalan2 di pusat peranginan C. Highland di waktu bukan puncak iaitu waktu biasa bukan pada hari2 cuti sekolah ataupun hujung minggu.Penulis mempunyai pengalaman melalui jalan di situ sebelum waktu PKP dan tempat2 stratejik yang menjadi tumpuan pelancong2.
Selalunye di kawasan3 tersebut sahaja sesak dan satu kajian impak kepada trafik yang di sebabkan oleh pembangunan baru seperti hotel,pusat membeli belah dan juga pusat perlancungan yang baru.
Penulis pernah mempunyai projek yang berkehendakan lapuran impak trafik di kemukakan ke majlis untuk di nilai terutama kesesakan apabila ade sesuatu pembsngunan hendak di laksanakan dan mengikut lapuran tersebut semua persimpangan dari Air Keruh hingga Bandar Hilir adalah gagal terutama di hari hujung minggu dan cuti2 Malaysia dan akhirnya satu persimpangan mitc bertingkat telah di bina dan kesesakan di persimpangan tersebut dan jalan2 sekitar dapat diatasi dan fi kawasan bandar hilir adalah kawasan warisan unesco yang di kawal atau di maintain kawasan warisan dan selepas sempadan warisan boleh fi bangunan termasuk membina lebuhraya bertingkat bertujuan menguraikan kesesakan trafik.
Di Kuala Lumpur lebuhraya bertingkat penguraian trafik telah lama dibina untuk mengatasi kesesakan di kawasan2 yang terlibat dan nampsknye berjaya mengurangkan kesesakan tetapi tolnya tidak tertahan.
Dikawasan2 lain trafik akan sesak di persimpangan terutama bila menjelang raya sahaja dan kaedah penguraian belum bole di laksanakan kerna belum mendesak seperti juga seperti CH yang tiada keperluan mendesak dan berdasarkan pengalaman kesesakan tragik di CH di sebabkan kenderaan di park dikiri dan kanan jalanfi kawasan laluan tragik tinggi dan satu cadangan kalau di kawasan sesak di sediakan tempat letak kereta yang mrncukupi dan anggota keselamatan seperti rela di letakan untuk mengawal trafik dan kaedah contra lane juga tidak sesuai memandangkan kebanyakan jalan di CH adalah 2 hala.
3.LRT ROSAK
Fakta-fakta kemalangan LRT semalam
KEJADIAN
- Terjadi pada pukul 8.45 malam di laluan terowong KLCC dan Kg baru
- Kerja-kerja menyelamat menjadi sukar kerana laluan yang sempit
- Mangsa-mangsa di tempatkan di beberapa hospital di Kuala Lumpur
- Tren penumpang bertembung dengan tren rosak yang sedang di uji
- 166 penumpangan cedera ringan,46 parah dan 6 daripada kritikal dan 3 dengan alatan bantuan penafasan
PUNCA KEMALANGAN
- Sedang di siasat dari pelbagai sudut dan lapuran sipa dalam masa dua minggu
- Masaalah kecuaian adalah punca utama
- Tren rosak yang di uji tidak sepatutnya berada di situ
- Tren penumpang membuat brek mengejut sebelum menghentam tren ujian
- Kelajuan tren penumpang adalah 40 km/j dan berjarak 2 kilometer dari tren ujian
APA TINDAKAN SEPATUTNYA
- Perkhidmatan tren harus di hentikan serta merta sementara siasatan selesai
- Pengendali komunikasi di gantung tugas serta merta
- Semua keluarga mangsa di berikan pampasan yang setimpal
- Taraf ISO Prasarana di turunkan atau di batalkan
- SOP pengendali tren dan komunikasi di kaji semula
- Syarikat konsesi di denda dengan jumlah yang besar
MENGAPA LRT DIGUNAKAN
- Untuk mengatasi masaalah kesesakan di bandar Kuala Lumpur
- Untuk mempelbagaikan pengangkutan awam di bandar raya
- Untuk mengurangkan masaalah pencemaran karbon di bandaraya
- Untuk mengelakan kemalangan
- Untuk menjadi salah satu pengangkutan awam yang berteknologi tinggi
CADANGAN PENINGKATAN SOP
- Sistem komunikasi hendaklah di update selalu
- Adakan sistem alerting atau sistem amaran di setiap inci landasan
- Lapuran kejadian sepatutnya on the spot tahu kerana sistem semua termasuk kamera berfungsi sepenuhnya secara automatik dan daripada rakaman tersebut boleh di ketahui puncanya.Sistem automatik hendaklah di pertingkatkan dan di kemaskan lagi kerana LRT menggunakan sistem automatik sepenuhnya.
Selama lebih dari 23 tahun LRT telah beroperasi dengan kemalangan sifar dan kejadian ini menjadi satu pelajaran kerana tidak selalunya sistem auto akan selamat kerana yang mengerakan sistem auto adlah terdiri daripada manusia juga yang tidak sunyi dari kecuaian dan kesilapan.Kita doakan agar mangsa yang kritikal selamat dan sembuh seperti sediakala dan juga yang lain-lain yang mengalami cedera ringan.Ya Allah ,sembuhkanlah dia sesungguhnya engkau maha penyembuh dan tiada kesembuhan melainkan dengan kekuasaan engkau,amin ya rabalalamin.
Topik lain- lain yang menaik
Jambatan baru buka di Bagan Dato retak?