Pada 10 Jun yang lepas seramaia 400,000 lebih pelajar SPM 2020 telah mendapat keputusan peperiksaan yang buat pertama kalinya di jalankan di bulan Mac tahun berikutnya dan pemebelajaran banyaknya di buat melalui online dan juga penandaan kertas pula di lakukan dengan kaedah online juga,Ramai suara-suara nakal mengatakan skala gred telah di ubah tanpa pembuktian yang kukuh,Mengikut statistik seramai 88% pelajar telah lulusa dan selebih nya tidak lulus lah.Kemana arah tuju pelajar-pelajar ini?.Kumpulan pelajar-pelajar ini boleh di bahagikan kepada beberapa kategori
- Yang mendapt keputusan cemerlang iaitu 9A atau 8Adan 7A boleh lah memohon untuk keluar negeri dalam apajua bidang semaada perubatan,kejuruteraan dan lain-lain.
- yang mendapat 6A,5A dan 4A boleh memohon matrik atau asasi di universiti2 tempatan kerna dengan keputusan yang sedemekian sepatutnya golongan pelajar2 ini layak untuk memohon kategori ini.Banyak universiti swasta yang menawarkan program asasi dan KPM yang menawarkan program matrikulasi.
- yang medapat 3A,2A dan 1A ia boleh di bahagi kepada 3 kategori
- kategori pertama pelajar yang berminat untuk memasuki universiti awam melalui UPU dalam bidang diploma.Banyak universiti awam yang menawarkan program diploma terutamanya UITM yang paling banyak menawarkan program diploma
- kategori ibu bapa yang mempunyai sedikit kelebihan untuk menghantar anaknya ke program diploma yang di buat oleh universiti swasta .Tetapi yang tidak berapa enaknya yuran universiti swasta telah menaik dengan mendadak sekali.
- program tingkatan 6 yang di buat oleh KPM melalui sekolah-sekolah yang terpilih.Orang kata tingkatan 6 pelajarannya susah tetapi pokok pangkalnya belajar(jangan marah ye kerana penulis tidak mempunyai pengalaman melalui tingkatan enam ini) tetapi kalau lulus dengan cemerlang ,untuk melanjutkan pelajaran keperingkat Sarjana Muda amatlah luas dan semua universiti awam dan swasta baiin di dalam negeri maupun universiti di luar negeri menerima keputusan STPM yang di katakan mempunyai standard Cambridge di luar negara.
- yang mendapat kredit yang banyak KPM banyak menwarkan tempat seperti ILP,Politeknik,Kolej Komuniti yang boleh di pohon melalui UPU atau kolej itu sendiri.
- pihak Mara juga ada menawarkan kolejnya yang banyak yang membuat kolabrasi dengan universiti luar negeri dan juga ada yang menawarkan program diploma seperti Kolej Kemahiran Tinggi Mara
- yang tidak mendapat keputusan lulus atau sijil banyak tempat2 yang telah di sediakan oleh pihak kerajaan terutama di dalam bidang kemahiran seperti IKM,Giat Mara dan seumpamanya.
Pelajar-pelajar di sarankan memilih bidang yang di minati dan juga sesuai dengan keputusan yang di dapati dan kadangkala ramai pelajar yang tersalah pilih bidang dan akhirnya apabila telah ada diploma tidak bekerja di bidang tersebut dan beralih kebidang lain dan ini merugikan masa dan wang ringgit yang telah di curahkan selama 3 atau 4 tahun untuk lulus.
Perkara kedua adalah pelajar telah mendapatkan sesuatu program dan belajarlah meminati program tersebut sehingga lulus dengan cemerlang supaya pengorbanan selama 3 atau 4 tahun tidak sia-sia.
Selamat memilih kursus apa yang hendak di pohon dan senantiasa ingat bahawa kursus apa juga yang dipohon bukan untuk faedah kita sendiri ia juga untuk faedah keluarga ,bangsa dan ugama dan juga membina negara.Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment