MADRASAH RAMADHAN

Pages

others related field

Wednesday, June 16, 2021

SEKTOR PEMBINAAN DI ERA PKP

 Semalam di khabarkan hanya 16 % sahaja di benarkan beroperasi di musim PKP ini.Ini bermakna 84% tapak pembinaan tidak di benarkan beroperasi.Ini bermakna kadarnya cukup kecil tapak pembinaan yang boleh beroperasi.Apakah kesannya?

Walapun PKP ini boleh mendapatkan EOT tetapi adakah kesan terhadap aktiviti2 pembinaan di tapak adakah besar?.Perkara pertama yang terkesan adalah pekerja2.Kalau setiap hari ada saja kerja dan mendapat upah dan seterusnya berbelanja untuk meneruskan hidup tetapi di masa PKP ini hanya terperap di kongsi dan tidak bekerja tetapi perut tetap lapar dan perlu diisi dan di manakah hendak mendapatkan duit belanja.Orang yang paling pening adalah taukeh atau empunya projek.Kalau nak tanggung makan dan minum untuk bilangan yang sedikit tidak menjadi masaalah untuk suatu jangkamasa pendek dan kalau ramai dan lama lalu bagaimana?

Itu bab pekerja di tapak bina dan begitu juga di pihak pengutusan di ofis.Gaji tetap di bayar apabila sampai cukup bulan tetapi income atau progress kerja tidak ade.Pembina hanya bergantung kepada progress kerja untuk mendapatkan payment dan seterusnya boleh membayar gaji staf dan pekerja.

Perkara kedua adalah tentang aktiviti2 yang lama ditinggalkan boleh mengakibatkan besi tetulang menjadi berkarat,dinding yang berlumut dan kalau terjadinya hujan dan panas yang berterusan banyak bahan2 binaan yang terbiar dan menjadi rosak.Untuk memulakan semula bahan2 yang rosak harus di buang dan dipesan yang baharu dan ujian hendaklah di jalankan terhadap bahan tersebut jikalau ingin di gunakan semula dan semua itu melibatkan kos tambahan kepada Pembina.

Perkara ketiga sudah tentulah progress kerja dah terbantut dan EOT boleh di perolehi dengan sebab PKP tetapi dengan masa yang lebih panjang kos pengurusan akan bertambah.Insuran kerja dan pekerja hendaklah di sambung,sewa mesin,sewa ofis,gaji staf hendaklah di tambah masanye dan boleh menyebabkan kos tambahan kepada Pembina jika tidak boleh dituntut bayaran tambahan di sebabkan PKP.

Pendek kata,PKP ini akan menambahkan kos pembinaan yang diluar jangka dan perkara ini tidak boleh dielakan kerana menjaga nyawa adalah lebih penting dari segala2nya cuma di musim pendamik ini kajian hendaklah di lakukan keadah yang terbaik untuk mempercepatkan tempoh pembinaan berbanding kaedah lama.Dan satu kaedah yang aktiviti pembinaan boleh diteruskan walaupun dalam era pendamik.

Banyak kaedah moden seperti sistem IBS hendaklah di perluaskan,sistem 3D printer yang belum di uji di negara ini,dan juga bahan2 yang baharu yang boleh mempercepatkan tempoh pembinaan seperti konkrit padat sendiri yang telah terbukti melajukan progress pembinaan.

Apapun projek pembinaan hendaklah diteruskan kerana sumbanganya terhadap ekonomi negara amatlah besar.Bukan sahaja industri pembinaan itu sendiri tetapi industri2 yang menyokongnya terlalu banyak yang dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini dan doakan agar pendamik ini segera berakhir dan industri pembinaan akan pulih kembali.Insyallah


No comments:

Post a Comment