Monday, July 26, 2021

SEKTOR PEMBINAAN DIBUKA?

 Mula2 kontraktor2 yang berada di klas GI hingga G4 telah bole buka pejabat dan kemudian semalam PM mengumumkan peruntukan pembinaan harus di habiskan tahun ini dan jangan di bawa ke tahun hadapan oleh itu tender2 dan sebutharga hendaklah di laksanakan.

Harus diingat kalau sektor pembinaan di buka ia mempunyai 100 sektor yang berkaitan denganya yang seharusnya di buka.Contoh kedai hardware,kuari,pengangkutan,kedai mesin dan alatan,kedai minyak,bateri dan servis kenderaan seperti kedai tayar,kedai elekyrik,kedai tingkap seperti aluminium,kedai hiasan dalaman dan banyak2 lagi kedai2 atau syarikat2 pakar yang harus di buka guna menyokong sektor pembinaan utama untuk berjalan.Bersediakah kita?

Dengar cerita kalau nak buka sektor pembinaan kena berdaftar dengan MITI,syarat MITI pulak mesti ade surat CIDB,hendaklah dapat surat CIDB syaratnya kena bayar levi dulu,kemudian semua pekerja kena ade permit dan di vaksin semuanya terlebih dahulu dan kemudian barulah surat kebenaran di keluarkan dan bagi projek2 besar ini tidak menjadi masaalah tetapi bagaimana dengan projek berskala kecil dan sederhana.

Nampaknya banyaklah projek2 yang separuh siap dan teebengkalai di mane2 termasuk di taman2 perumahan yang banyak membina tambahan rumah dan nyamuk pun membuat tempat ia beranak dan jadilah tempat tersebut kawasan denggi dan penyakit2 yang lain.Sebab kimi ramai  warga asing yang telah mengambil kontrak dan menggunakan lesen rakyat tempatan yang taukehnya tidak pernah pergi ke tapak bina.

Buruh asing inilah yang kontrol segala2nya dan apabila syarat2 ketat ini di kenakan banyak projek yang tetap tidak boleh di teruskan dan terbengkalai untuk satu masa yang tidak dapat ditentukan.Tentu ade jalan penyekesaian yang boleh dilakukan untuk membolehkan projek2 ini dapat disiapkan.Bole di kenakan syarat kepada pemilik supaya menukar kontraktor asing yang sediada kepada yang berlesen dan berpermit untuk menyudahkan kerja2 pembinaan tersebut.

Dengan bukanya sektor pembinaan ini,ekonomi negara akan kembali stabil dan rakyat dapat berkerja seterusnya ade gaji dan boleh berbelanja dan itulah rantaian ekonomi yang sudah lama terhenti dan jangan pula bila sektor ini di buka ianya di bolot oleh kroni2 seperti tertangkapnya penjawat awam yang  amanahkan oleh rakyat membesarkan perut dan tembolok sendiri dengan bersekongkol dengan sang penamak projek dengan di hidangkan dengan habuan kereta,rumah dan melancong tanpa adenya rasa berdosa dan akan keliang lahad pada satu masa kelak.

Pemberian kontrak hendaklah melalui tapisan yang ketat dan terkawal serta intergriti setiap penjawat awam hendaklah di kawalselia pada setiap masa.Biarlah semua orang merasa dan letakan pesalah ini ke hukuman jenayah dan tiada jaminan melainkan penjara semata2.Kalau ajk pemberian terdiri dari kakitangan,pakar2 bebas dalam bidang tender tersebut dan juga ahli agamawan untuk menilai dan menganugerah projek tersebut kepada kontraktor yang betul2 layak.

Isu menggunakan atau mengawal kenkadang sehingga 70 syarikat adalah isu lapuk dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian.Ia berkenaan dengan hati dan intergriti seseorang dan tiada pihak yang boleh menghalang.Lesen akan di beri apabila cukup syarat2nya dan untuk mengenalpasti orang yang betul2 untuk menggunakan lesen tersebut amat sukar.

Harap2 lepas ini semua tender dan sebutharga akan lebih telus dan kita semua adalah di bawah satu bumbung iaitu bumbung Malaysia yang kekayaan hendaklah di nikmati secara adil dan saksama dan barulah hidup harmoni.

Insyallah.

No comments:

Post a Comment