Saturday, July 3, 2021

WAJARKAH LATIHAN KEMAHIRAN DI HENTIKAN SEMASA PKP?

 Lebih 175 pusat kemahiran telah dan sedang menggulungkan tikar yang telah lama di bentangkan.Dengan tidak ade kemasukan pelajar baru belajar secara bersemuka sejak 1 tahun yang lepas,pembelajaran kemahiran telah terbantut.

Wajarkah di hentikan pembelajaran kemahiran ini di musim PKP?..Latihan krmahiran ini di jalankan secara teori dan praktikal.Teori boleh di jalankan secara online dan bagaimana dengan praktikalnya?.Dengan tidak boleh bersemuka latihan praktikal tidak dapat di jalankan dan 70% markah keterampilan adalah dari latihan praktikal sebelum di anugerah SKM 1 dan SKM tahap 2.

Oleh kerana negara masih bergelut dengan kekurangan tenaga mahir di dalam segala sektor terutama di sektor pembinaan,latihan kemahiran harus di teruskan walaupun musim PKP ini dengan SOP yang lebih ketat.Penulis mempunyai pengalaman mengajar di salah sebuah pusat latihan kemahiran pada tahun 2002 dan masa tu memang ramai yang memohon untuk memasuki pusat latihan kerana selama 2 tahun,bantuan kewangan daripada JPK amatkah lumayan berbanding kini yang semua kursus kemahiran telah di pendekkan menjadi 6 bulan.

Dengan bantuan modul NOSS semua pelajar kemahiran akan di ajar teori dan praktikal dan 70 peratus adalah di modul praktikal.Sebenarnya menarik mengajar di dalam bidang kemahiran ini apabila pelajar dapat menguasai kemahiran dengan baik apabila tamat belajar cuma peluang untuk untuk keperingkat yang lebih tinggi adalah terbatas kerana kurangnya pusat kemahiran yang menawarkan SKM tahap 4 dan 5.

Di cadangkan untuk tahap 4 dan 5 ,para pelajar hendaklah di serapkan di universiti dan kolej yang sediaada dan MQA hendaklah di syaratkan di pusat2 kemahiran untuk para lepasan pusat kemahiran dapat memperoleh diploma dan ijazah didalam bidang kemahiran dan modul harus di rangka ataupun modul diploma dan ijazah sekarang di ubahsuai supaya di masuki oleh element2 kemahiran supaya bersesuaian dengan suasana di dalam alam pekerjaan.

Latihan kemahiran ini wajar di teruskan dengan SOP yang ketat supaya tenaga kemahiran di negara ini mencukupi apabila fasa pemulihan berlaku nanti.Insyallah

No comments:

Post a Comment