Seminggu sebelum pengambilan dos kedua vaksin penulis telah di serang oleh bacaan teksnan darah yang terlalu tinggi yang melebihi 200 pada bacaan di atas dan melebihi 100 pada bacaan bawah yang menyebabkan beberapa kali suntikan dos kedua vaksin di tangguhkan.
Atas nasihat doktor overall check up hendaklah dibuat dan dengan bermodalkan rm 60,medical check up telah di buat dan seperti biasa banyaklah parameter2 yang tidak berada dalam julat yang selamat seperti kolestrol,lemak hati dan fungsi buah pinggang dan asid urik yang tinggi.
Episod makan ubat secara harian pun bermula dan kepala masih lagi sengal dan berbayang2 dan ini adalah serangan daeah tinggi yang kedua dalam masa lima tahun.Simptom yang sama dimana kepala menjadi seolah2 berbayang2 dan pergeraksn menjadi tidak stabil.
Yang paling di takuti serangan darah tinggi boleh menyebabkan strok dan kerosakan buah pinggang.Sebelum nie memang ade makan ubat darah tinggi tapi tidak di kawal dengan dan tidak mendapat nasihat doktor.
Sebelum ini penyakit gout pun sering menyerang dan seperti biasa ubat tahan sakit menjadi penawarnye yang juga bole menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.
Yang pasti bila gula kurang di ambil baik dalam minuman ataupun makanan manis gout menjadi kurang dan kemungkinan gula adalah penyebab kepada segala penyakit kerana gula tersembunyi berada di dalam semua makanan kecuali sayur dan kalau ikutkan gula dalam minuman di hadkan kepada 5 mg sehari.
Bayangkan dalam minuman,nasi dan kuih muih sehari2 mengandungi gula yang tinggi yang mane gula tidak diurai akan disimpan dalam bentuk kolestrol atau lemak di dalam darah dan diorgan2 penting.
Sekarang dah sedikit pulih tapi masih ade sekali sekala bila tension dan inilah menjadi sebab utama kenapa telah 6 bulan lebih tidak menulis diruangan blog ini.
Yang pasti kurangkan tekanan dan makanan dan lebihkan senaman dan senyuman agar kesihatan terjaga.wasallam